RotiKaya |
- Anas Ridzuan Masih Kuasai Persaingan Minggu Kedua Mentor Kumpulan A
- Bob Kuman Akui Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan, Perlukan Bantuan
- Akibat Tekanan Jiwa: Bekas Pengacara Rancangan Gossip Minum Bahan Peluntur?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.95)
- Nikah Di Masjid Wilayah, Natasha Hudson Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Carleed Khaza
| Anas Ridzuan Masih Kuasai Persaingan Minggu Kedua Mentor Kumpulan A Posted: 15 Apr 2012 11:43 AM PDT
Sebelum bermula apa apa, bagaimana dengan wajah baru Rotikaya.com ini yang kami reka khas untuk anda semua supaya tidak malu untuk melayan laman hiburan di’tempat kerja. Kami terasa cantik, classy tetapi masih bercirikan moden. Perasan itu perlu dalam bidang ini. Anas Ridzuan, anak didik Faizal Tahir dalam program Mentor musim ke-6 sekali lagi membuktikan penguasaan apabila berjaya menduduki tempat pertama mingguan untuk dua persaingan berturut turut. Peserta yang membawa lagu solo, Dewi & duet bersama Caroline untuk lagu Keliru berjaya menambat hati juri tetap, juri awam & penonton di’rumah dengan membawa pulang 64 markah meninggalkan jauh dua lagi peserta dalam Kumpulan A malam tadi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Bob Kuman Akui Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan, Perlukan Bantuan Posted: 15 Apr 2012 10:08 AM PDT
Bob Kuman kini menurut wartawan tersebut sedang terlantar & sukar untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Menurut Bob Kuman, semuanya bermula apabila beliau terjatuh di Hulu Langat ketika penggambaran drama TV Jangan Pandang Belakang Congkak sekitar tahun 2011 & terpaksa memandu sendiri ke hospital ketika itu. Keluar sahaja dari rawatan, hospital memberitahu yang beliau berhutang RM7,000 kos perubatan & Bob Kuman berkata pihak penerbitan drama tersebut tidak sedikit pun membantu. Sehingga ke artikel ini di’tulis, Bob Kuman berkata beliau sudah menjelaskan sebahagian besar kos perubatan tersebut & kini hanya berbaki RM3,600 tetapi beliau hanya ada RM36 dalam akaun Maybank beliau semalam. Berita terbaru dari Mazidul Akmal Sidik, akaun Maybank Bob Kuman kini di’bekukan kemungkinan besar kerana transaksi yang terlalu kerap dalam tempoh 24 jam yang lepas. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Akibat Tekanan Jiwa: Bekas Pengacara Rancangan Gossip Minum Bahan Peluntur? Posted: 15 Apr 2012 09:30 AM PDT
Sekitar jam 5.00 petang tadi, seorang selebriti yang bergelar pelakon juga bekas pengacara sebuah rancangan gossip popular telah di’gegaskan ke sebuah hospital. Khabarnya, sebelum selebriti ini di’kejarkan ke hospital, beliau berasa terlalu tertekan sehingga mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri. Ahli keluarga yang kebetulan berada di’rumah bersama selebriti ini sedar akan perbuatan beliau & tidak mengambil masa lama untuk membawa selebriti ini ke hospital & terus di’gegaskan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.95) Posted: 15 Apr 2012 08:32 AM PDT
Ini sebenarnya satu perkembangan yang baik untuk Ashton Kutcher selepas di’sahkan bakal membawa watak Steve Jobs, lelaki kacak ini di’lihat keluar bersiar siar bersama seorang wanita yang masih samar sama ada sekadar kawan atau kekasih. Hmm. – Lainey Gossip Kalau anda terlepas, ini barisan gambar yang menunjukkan Emma Watson (gambar) di’set lokasi penggambaran filem The Bling Ring dengan pakaian yang agak seksi tetapi masih selamat. Heh. – The Superficial Ini pula jika anda peduli, SNSD (Girl’s Generation) tampil dengan iklan televisyen terbaru untuk jenama tilam Ace Bed dan aksi Yoona pada permulaan video sebenarnya mengundang banyak reaksi peminat. Hmm. – allkpop (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Nikah Di Masjid Wilayah, Natasha Hudson Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Carleed Khaza Posted: 14 Apr 2012 09:00 PM PDT Alhamdulillah. Kenyataan Natasha Hudson untuk bernikah minggu lalu hari ini menjadi satu majlis yang sederhana tetapi cukup indah. Tepat jam 11.50 pagi tadi, Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada Khalid Kamal atau nama komersial, Carleed Khaza dengan sekali lafaz sahaja & mas kahwin sebanyak RM80 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Dalam majlis itu juga, Natasha Hudson menyediakan 7 dulang hantaran dan 5 dulang hantaran sebagai balasan dari pihak Carleed Khaza. Tahniah dari kami buat pasangan ini & semoga kekal selamanya. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Runtun juga hati kami apabila membaca
Perkhabaran kurang gembira kami terima dari mereka yang rapat dengan selebriti ini. Hendak percaya pun agak sukar untuk kami buat masa ini.
Selepas hampir 30 tahun menjadikan rumah agam ini sebagai kediaman rasmi, Harrison Ford menjual kediaman mewah beliau di Brentwood, LA untuk US$8.3 juta. Lebih 8 kali ganda pelaburan pada tahun 1983. – 
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.