RotiKaya

RotiKaya


Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh

Posted: 23 Apr 2014 05:29 PM PDT

Ruangan komen di akaun Instagram selebriti boleh menjadi hiburan buat kita semua. Ada sahaja perbalahan atau debat yang sentiasa berlangsung tentang apa sahaja — dari hukum hakam agama sehinggalah fesyen selebriti.

Terbaru salah satu gambar Yana Samsudin yang kini berada di Sarajevo, Bosnia & Herzegovina berjaya mencetuskan perang komen dikalangan peminat apabila ianya menunjukkan aktress itu sedang didukung oleh seorang lelaki tempatan.

Kalau dibaca ayat yang menemani gambar tersebut, jelas Yana Samsudin bukan sengaja mahu meminta lelaki itu mendukungnya namun satu insiden yang menyebabkan kakinya terseliuh memaksa beliau untuk bergerak dengan bantuan orang lain.

#01 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA

"Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh nak berjalan langsung,” ujar Yana Samsudin kepada Harian Metro.

"Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran di sini”

Yana Samsudin kini berada di Sarajevo bersama Iqram Dinzly (dan beberapa orang krew juga pelakon lain) untuk menjalani penggambaran di sana. Kepada peminat, jangan cepat melatah jika tidak tahu situasi ya. Berikut gambar mereka ketika di sana. Enjoice! (rtky/m)

#90 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #89 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #88 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #87 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #86 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #85 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #84 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #83 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #82 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #81 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #80 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #79 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #78 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #77 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #76 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #75 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #74 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #73 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #72 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #71 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA #70 Lelaki Dukung Yana Samsudin, Peminat Bergaduh Di Instagram - ROTIKAYA

Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan

Posted: 23 Apr 2014 10:01 AM PDT

Malaysian Digest (23 April) — Walaupun ada dikalangan anda yang tidak berapa mengikuti drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), tapi setidaknya anda pasti pernah terbaca laporan media mengenai kontroversi gambar babak intim dua teraju utamanya iaitu Nelydia Senrose yang memengang watak Mastura dan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak Jebat.

Menurut Nelydia Senrose mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu berikan lakonan yang terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak yang tertulis dalam novel asalnya.

“Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel — kami dah berikan lakonan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar.

Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.

Tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja ‘menayangkan’ momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat. (rtky/fr)

#67 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #68 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #69 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #62 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #63 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #64 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #65 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #66 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #58 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #59 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #60 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA #61 Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.542)

Posted: 23 Apr 2014 09:51 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kalau lemah jantung elakkan menonton video ini kerana ianya menunjukkan 2 orang gila terjun bebas dari puncak bangunan Burj Khalifa yang berketinggian 829.8 meter.

Pemenang Oscar dan bintang 12 Years a Slave, Lupita Nyong'o telah dipilih oleh majalah People untuk menduduki tempat teratas dalam senarai tahunan 50 Most Beautiful mereka. – Just Jared

Isteri kepada pelakon Hollywood terkenal, Cuba Gooding Jr. dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai selepas mengharungi alam perkahwinan bersama selama 20 tahun namun atas sebab kenapa tidak pula dilaporkan. – TMZ

Selepas status beliau yang mempersoal ceramah Ustaz Don Daniyal, Wardina Safiyyah telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menguruskan akaun Facebooknya sendiri dan serahkan semuanya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu. – mStar Online

Aktress popular Drew Barrymore telah dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi perempuan beberapa hari lalu yang telah pun diberi nama Frankie dan ini merupakan anak kedua beliau bersama Will Kopelman. – Huff. Post

Penyanyi duo Leessang dan juga ahli tetap program variasi Infinity Challenge, Gil telah ditahan memandu dibawah pengaruh alkohol ketika pulang dari keluar minum bersama dan lesen memandu beliau telah dibatalkan pihak berkuasa. – Soompi

Transcendence, Bila Manusia Cuba Menjadi Tuhan

Posted: 22 Apr 2014 07:19 PM PDT

Menonton sebuah filem techno-thriller, saya harus berfikiran terbuka kepada sesuatu yang moden. Hasil penontonan sesebuah filem sebegitu, sewajarnya mampu mengajak saya merenung tentang kemungkinan kemampuan sains dan teknologi di masa hadapan? Transcendence (2014) ialah sebuah filem techno-thriller dan fiksyen sains arahan Wally Pfister yang terkenal sebagai pengarah fotografi untuk filem Inception (2010) yang telah melonjakkan nama beliau.

Kisahnya bermula begini; Dr. Will Caster (Johnny Depp) ialah seorang saintis pakar dalam kajian artificial intelligence (AI). Dia sedang dalam fasa akhir untuk menghasilkan rekaan mesin 'Transcendence' yang hampir sempurna mempunyai gabungan sedikit naluri dan kepandaian perisian komputer dinamakan P.I.N.N. (Physically Independent Neural Network). Kajian Will dibantu rapat oleh 2 orang lagi saintis iaitu isterinya, Evelyn Caster (Rebecca Hall) dan rakan karib mereka, Max Waters (Paul Bettany).

Cita-cita besar Will itu ditentang oleh kumpulan anti-teknologi gerakan bawah tanah bergelar R.I.F.T. (Independence From Technology) yang diketuai oleh Bree (Kate Mara). Kumpulan itu melancarkan serangan ala pengganas ke beberapa makmal kajian P.I.N.N. secara serentak di seluruh dunia. Will juga menjadi salah satu target utama serangan mereka sehingga menyebabkan dia tercedera hingga nyawa-nyawa ikan! Apa yang berlaku seterusnya kepada Will dan kajian P.I.N.N. itu? Ya! Maka bersegeralah kalian ke pawagam sekarang.

AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler.

TRANSCENDENCE

Transcendence tidak dinafikan ialah sebuah filem yang hebat dari kerja kameranya. Ia filem fiksyen sains yang mahu kelihatan 'hidup' sebagai sebuah drama menghampiri realiti seperti garapan filem Gravity dan Man of Steel tahun lalu, 2013. Maksud saya, pemaparan visual dan suntingannya begitu ketara hendak menjadi kisah yang benar-benar berlaku. Walaupun kisah hubung kait manusia dan mesin dalam Transcendence mirip filem A.I. Artificial Intelligence (2001), I Robot (2004) dan paling dekat dengan kisah Her (2013) tetapi rupa dan latar filem ini seboleh-bolehnya tidak mahu nampak 'futuristic' langsung. Bagus!

Ok. Filem ini sebenarnya sangat berpotensi tinggi untuk menjadi sebuah filem yang baik mengenai persepsi dan tekaan kemajuan teknologi hari ini yang akan menjadi kenyataan di masa akan datang. Idea mengupas kemungkinan wujudnya super-computer sebijak dan sebijik kemampuan emosi dan perasaan manusia iaitu pemikiran dari otak Will yang digabungkan dengan perisian komputer dalam versi P.I.N.N. ialah konsep tinggi untuk difilemkan.

TRANSCENDENCE

Namun begitu, Transcendence telah merencahkan idea besar mengenai kisah Will atau mesin yang mahu menjadi seperti 'Dewa' pencipta kehidupan baru dunia tetapi disepahkan dengan terlalu banyak plot lain yang meleret-leret tanpa mengembangkan dan menyimpulkan semuanya dengan baik. Saya suka dengan penambahan konflik dan kontra oleh kumpulan R.I.F.T. dari ideologi asal kenapa mereka mahu menentang kajian oleh Will. Malahan kejutan ironi apabila Bree memberitahu Max bahawa kewujudan kumpulannya bermula tercetus dari cerapan kenyataan satu artikel dari Max sendiri.

Kawan menjadi lawan, ia suatu kisah yang dramatik. Max sendiri yang sukarela membantu Evelyn untuk memuatnaik pemikiran Will ke dalam P.I.N.N. Akhirnya Max juga yang gusar sama ada ia benar-benar Will atau 'raksasa' ciptaannya dan Evelyn? Lantas kegilaan dan ketaksuban Evelyn pula dihasut oleh perasaan cintanya kepada Will untuk kisah pengembangan seterusnya. Waktu yang sama, hubungan pakar komputer Joseph Tagger (Morgan Freeman) dan ejen FBI, Donald Buchanan (Cillian Murphy) menjejaki kegiatan R.I.F.T. juga sesuatu yang menarik. Tetapi ia menjadi kisah polis siber yang amatur apabila projek Will dan Evelyn berjaya sampai terbinanya makmal canggih selepas bertahun-tahun tanpa berjaya dikesan langsung? Hello!

T11

Transcendence mula terbarai dan semakin terasa mengantuk selepas babak-babak kejayaan penciptaan Will versi P.I.N.N dan penjejakan havoc oleh kumpulan R.I.F.T. dimana kronologi pembinaan bangunan berteknologi tinggi, Brightwood Data Center oleh arahan dan seliaan Evelyn di sebuah pekan kecil terpencil.

Di situ, penceritaan filem ini seperti hilang punca dan dorman dimana yang dipaparkan seiras filem pendek cedokan dari kesunyian dan kebergantungan watak Theodore Twombly kepada Samantha dalam filem Her (2013) apabila Evelyn semakin mempercayai kewujudan dan kesempurnaan Will yang seolah 'dilahirkan' semula.

Persoalannya adakah 'Will' ialah sebenar-benar Will Caster? Jawapan ada di hujung filem dari monolog voice-over oleh Will dan Max.

Dari sudut lakonan, Johnny Depp awalnya sebagai seorang saintis pakar komputer bolehlah tahan tetapi semakin kaku dan biasa-biasa sahaja selepas 'terperangkap' dalam ruang lakonan terhad di skrin komputer di makmal itu dengan mimik muka yang tanpa perasaan sebab dia hanyalah data komputer. Yang sangat menyerlah ialah lakonan oleh Rebecca Hall dan Paul Bettany yang terbukti mampu beremosi. Yang lain-lain, sekejap ada sekejap tiada dan segera mudah dilupakan.

T9

Pujian boleh diberikan selain sinematografi yang bagus ialah beberapa babak ber-CGI penyebaran zarah-zarah, molekul-molekul dan partikel-partikel yang berterbangan dan bertebaran ke udara. Best lah! Aksi-aksi pergaduhan, tembak-menembak dan kejar-mengejar ke babak-babak akhir juga mampu menyegarkankan semula rasa kekontangan penontonan filem ini.

"The internet was meant to make the world a smaller place. But it actually feels smaller without it" kata Max Waters. Mungkin filem ini akan menjadi 'cult' kepada generasi cyberpunk tegar yang begitu taksub kepada internet suatu hari nanti, di masa akan datang. Siapa tahu?

KESIMPULAN

Transcendence ialah filem yang bercita-cita besar dengan bajet yang besar, tetapi memberi impak yang agak kecil. Saya suka. Saya tak suka. Bercampur-baur.

Saya berikan 3 BIJI ROTIKAYA.

KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula!

Posted: 22 Apr 2014 06:49 PM PDT

Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.

Kami sendiri tertanya tanya apakah sebenarnya Kax ini dan melalui apa yang kami tahu, Kax bukan hanya ada satu tetapi lapan variasi yang masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Sesuai untuk menjadi teman kepada sesiapa pun.

so #cheeky la my #BFF si #Dolly ni.. nak duduk atas bahu je.. tapi dia takpayah bulu mata pelesu pun... by nadzainal16Ini Nad Zainal bersama Kax bernama Dolly yang kami pasti karakternya sebagai seorang yang nakal dan kelakar namun dalam gayanya yang suka bermain main, tidak bermakna Dolly tidak mahu serius untuk berjaya.

Buat Nad Zainal, Dolly memang teman baik yang memahami — lihat sahaja mimik wajah mereka, boleh kelihatan serupa. Heh.

PrincessmEanieUntuk Najwa Latif pula, Kax bernama Peachy ini menjadi pilihan beliau untuk bergelar BFF kerana perwatakan yang senyap dan tidak suka kecoh namun suka membiarkan kejayaan menjadi ‘jurucakap’.

Peachy juga khabarnya satu karakter yang mampu bertegas jika keadaan memerlukan, satu sifat positif yang dikongsi Najwa Latif. Seorang lagi selebriti yang memilih Peachy adalah Qi Razali.

Ehhhh, spot abe @fizoomar dekat kedai makan dengan si biru #kax ! #bff dia always dgn dia. Profile picture dia pun dgn #bff dia. Comel je! by syadaamzahhAhli perniagaan dan juga selebriti berjaya seperti Fizo Omar pastinya mahukan Kax seperti Foxy kerana ianya tahu dengan jelas apa yang dimahukan dalam hidup — ciri positif seorang yang mahu berjaya dan anda tidak akan mahu menjadi penghalang kepada keinginan mereka. Bahaya!

Jika anda mencari BFF sebagai teman untuk berjaya setiap hari, Foxy yang juga menjadi pilihan Iqram Dinzly, Hanis Zalikha dan Erin Malik ini pasti menjadi pilihan. Kita semua perlukan BFF begini.

Tetapi …

Di mana kita semua boleh dapatkan patung comel Kax ini kerana maklumat yang berjaya kami temui hanya memberikan laman web rasmi Kax di www.kax.com.my dan ya, kami sendiri masih mencari.

Di sana anda boleh mengetahui kesemua lapan karakter Kax yang bakal (sudah?) berada di pasaran kini dan kami juga bakal berusaha mengumpul kesemuanya kerana terlalu comel dan bersifat positif untuk dilepaskan sebagai BFF.

Sebentar, apa yang kami jumpa juga sebenarnya agak mengejutkan. Ada beberapa edisi khas Kax sudah mula dijual di laman web eBay dengan harga yang sangat eksklusif. Boleh menangis mahu pecahkan tabung untuk beli. Sila maklumkan kepada kami jika jumpa yang lebih murah.

Screen Shot 2014-04-22 at 11.33.15 PM

Kax yang mana akan menjadi pilihan anda untuk bergelar teman baik atau BFF sepanjang masa?

#46 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #47 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #48 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #49 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #50 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #51 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #52 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #53 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #54 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #55 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #56 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #57 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #39 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #40 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #41 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #42 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #43 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #44 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #45 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #37 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA #38 KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula! - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...