RotiKaya |
- Hafiz Suip Sangkal Dakwaan Guna Bomoh Untuk Berjaya
- Beego, Linda Hashim Sambut Kelahiran Bayi Perempuan
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.541)
- Sebutan Kes Cerai Adam AF & Fiza Elite Isnin Hadapan
| Hafiz Suip Sangkal Dakwaan Guna Bomoh Untuk Berjaya Posted: 22 Apr 2014 06:15 PM PDT Kalau ketika ini ditanya penyanyi manakah yang menjadi kegilaan & rebutan ramai pihak? Siapa lagi yang harus kita berikan namanya, kalau bukan jutawan muda Hafiz Suip. Dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sejak tahun lalu hingga kini, Hafiz cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Namun dalam pada jejaka 23 tahun ini rancak mencipta rekod kegemilangannya sekaligus melipatgandakan lagi pencapaiannya, timbul dakwaan kononnya segala yang dikecapi itu bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Dalam erti kata lain, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah. “Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri,” kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut. BACA: Belum Bersedia Untuk Kahwin, Hafiz Suip Sorok Teman Wanita? Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, semalam. Bagaimanapun Hafiz tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah dalam perjalanan untuk berjaya. “Biasalah manusia ni kadang kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita,” ujarnya sambil tersenyum” Sementelah, tidak cukup dengan dakwaan guna ilmu hitam, Hafiz dituduh pula mengambil dadah. Menguatkan lagi spekulasi, kerana susuk tubuh pelantun ‘Deritaku Bahagiamu’ ini dilihat kini semakin susut. Sekali lagi Hafiz tertawa mendengar tuduhan tersebut & memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bakan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah. “Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau ianya akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dasyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu” “Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih,” tegasnya.(rtky/m) |
| Beego, Linda Hashim Sambut Kelahiran Bayi Perempuan Posted: 22 Apr 2014 05:29 PM PDT Dari maklumat yang kami terima, isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Tawakkal Specialist Hospital sekitar jam 12.30 tengahari semalam, 22 April 2014. Khabarnya juga, nama anak perempuan pasangan ini sudah pun di’pilih iaitu Jelita. Belum ada lagi sebarang kemaskini di laman sosial mereka setakat ini namun dari gambar yang kami terima, keluarga dan rakan terdekat mengesahkan perkara ini. Tahniah buat keluarga Beego & Linda Hashim atas kehadiran orang baru ini. Beego & Linda Hashim bernikah pada 8 Jun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. (rtky/m) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.541) Posted: 22 Apr 2014 09:58 AM PDT VIDEO HARI INI: Kami tidak pernah tahu wujudnya alat untuk menganggu percakapan manusia yang dipanggil speech jammer dan lelaki ini memberikan review senapang, sambil di’ganggu oleh peranti tersebut. Bermula pada saat 0:20. Kelakar. Niat asal mahi berkenalan lebih lanjut kerana tahu yang teman wanita baru bekas suaminya, Tiger Woods akan meluangkan banyak masa dengan anak mereka namun Lindsey Vonn kini nampaknya telah menjadi kawan baik kepada Elin Nordegren. – Us Weekly Sham Kamikaze berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk menjawab tuduhan bersikap hipokrit biarpun sudah berhijrah seperti didakwa oleh bekas isterinya, Farazila baru baru ini kerana semuanya sudah menjadi sejarah. – mStar Online Selepas gandingan pengarah David Fincher & pelakon Christian Bale dikatakan tidak mungkin terjadi untuk filem biopik Steve Jobs, Leonardo DiCaprio khabarnya akan membawa watak tersebut apabila pengarah Danny Boyle disebut sebagai pengganti. – The Verge Beberapa figura terkenal dalam industri fesyen seperti Brian Atwood & Peter Som telah meminta semua untuk memboikot rangkaian hotel milik Sultan Brunei selepas mengumumkan bakal mengenakan hukuman berat mengikut Islam kepada homoseksual. – THR Nampaknya para peminat masih pergi ke panggung wayang untuk menonton filem animasi Frozen menurut data terbaru selepas filem itu berjaya menjadi filem keenam paling laris dalam sejarah dengan mengutip US$1.129 billion sehingga ke hari ini. – Huff. Post |
| Sebutan Kes Cerai Adam AF & Fiza Elite Isnin Hadapan Posted: 21 Apr 2014 11:12 PM PDT Harian Metro (22 April) — Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan. Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan. Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing. Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak. Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.