RotiKaya |
- Kekasih Baru Shahz Jaszle: Saya Bukan Perampas!
- Fizz Fairuz & Almy Nadia Nikah Hujung Minggu Ini
- Lisa Surihani Dilantik Sebagai Hos HBO Sentral
- Fesyen Teletubbies Bertudung Rabecca Nur Al Islam Dapat Perhatian Peminat
- Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.540)
- Astro On The Go Fan Choice Awards — Kini Dalam Fasa Undian, Pilih Kegemaran Anda Sekarang!
- Syamsul Yusof: Perkahwinan Lengkapkan Hidup Saya
| Kekasih Baru Shahz Jaszle: Saya Bukan Perampas! Posted: 21 Apr 2014 05:25 PM PDT Well girl, selamat datang ke dunia Shahz Jaszle dan anda kini sedang dalam permainan kasih sayang playboy selebriti terbesar dekad ini. Baru baru ini, gadis bernama Hanis Husna menjadi perhatian ramai setelah beliau mengakui bergelar kekasih baru Shahz Jaszle. BACA: Tinggalkan Tunang, Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru Bermacam gelaran diberikan terhadap gadis ini termasuklah istilah perampas dan pemusnah kebahagiaan orang lain selepas beliau telah didakwa menjadi punca Shahz Jaszle meninggalkan ‘tunang’ beliau, Redzwani Puteri. Dalam satu kenytaan kepada Harian Metro, Hanis Husna meluahkan rasa sedih beliau terhadap tohmahan orang ramai yang menganggap dirinya sebagai perampas tetapi tidak mengetahui perkara atau cerita sebenar di sebalik hubungan mereka. "Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya. Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya” "Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar," kata Hanis Husna yang dihubungi. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Kah kah kah. (rtky/m) |
| Fizz Fairuz & Almy Nadia Nikah Hujung Minggu Ini Posted: 21 Apr 2014 02:45 PM PDT Terkejut juga membaca laporan Utusan Malaysia malam tadi yang menyebut pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada hujung minggu ini dan bukan 30 Mei seperti yang diumumkan pihak lelaki tidak berapa lama dahulu. BACA: Fizz Fairuz Umum Bakal Nikahi Almy Nadia 30 Mei Ini Laporan menyebut yang Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia akan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar pada 26 April 2014 iaitu hujung minggu ini dan perkara ini disahkan oleh bakal pengantin perempuan. Menurut Almy Nadia, setakat ini persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai. “Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya kepada Utusan Malaysia. Ditanya perasaannya ketika ini, kata Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sukar untuk dia berkongsi apa-apa memandangkan belum lagi bergelar isteri kepada Fizz. “Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja,” katanya. (rtky/m) |
| Lisa Surihani Dilantik Sebagai Hos HBO Sentral Posted: 21 Apr 2014 01:59 PM PDT Bagi Lisa Surihani pemilihan sebagai hos selebriti pertama HBO Sentral tempatan merupakan satu penghormatan terhadap dirinya. Siang tadi pihak Astro telah mengumukan pelancaran HBO Sentral panduan bulanan untuk menarik orang ramai menonton saluran HBO di channel 411 yang bakal dihoskan oleh Lisa Surihani. HBO Sentral merupakan sebuah program bulanan baru di HBO dan HBO HD yang menyajikan pandangan menarik tentang apa yang baru di semua saluran HBO dan bakal dipersembahkan secara unik dalam gaya yang menyeronokkan berinfomasi dan secara perbualan harian dan santai oleh Lisa Surihani. BACA: Suami, Keluarga & Rakan Artis Rai Ulangtahun Kelahiran Lisa Surihani Ke 28 Bagi Lisa peluang yang diberi merupakan satu peluang luar biasa kerana dari medium tersebut dia dapat meluahkan minat nya secara terus kepada orang ramai menerusi filem. "Informasi yang akan Lisa sampaikan adalah berkaitan tentang trivia pasal filem tersebut. Boleh jadi juga mengenai para pelakon yang membintangi filem dan ya kami juga akan sediakan tribute kepada para pelakon signifikan dalam dunia hiburan yang telah tiada” "Dalam setiap episod Lisa akan highlight kesemua 6 filem untuk bulan tu dan Lisa akan ketengahkan setiap segmen untuk setiap episod. Kami juga sudah sediakan macam silibus untuk setiap filem yang bakal dipaparkan,” ujar Lisa Surihani. HBO Sentral menyediakan tawaran dwi bahasa bagi menambah lebih ramai penonton di Malaysia dengan penyediaan maklumat yang lebih komprehensif bagi santapan hiburan dalam gaya yang lebih menarik dan interaktif. Pelancaran HBO Sentral dalam bahasa Malaysia adalah sangat penting kerana HBO mempunyai kandungan yang hebat bagi menarik penonton. Selain pemilihan Lisa Surihani sebagai hos, HBO Sentral juga mendapatkan beberapa selebriti bagi membuat penampilan istimewa. Antara selebriti yang terlibat adalah Erra Fazira, Sherry Ibrahim, Hafiz Hamidun, Nabil Ahmad, Mila Jirin, Adam Korie, Michael Ang, Raja Azura dan Sharifah Sakinah yang semuanya merupakan artis tempatan. Peraduan turut disediakan dalam setiap episode HBO Sentral dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Orang ramai Cuma perlu menggunakan hashtag #HBOSentral di media sosial. Pastikan anda semua tidak terlepas dari menonton episod pertama HBO Sentral bermula Ahad ini, 27 April 2014 jam 7.15 malam di saluran HBO 411 dan HBO HD 431. (rtky/bsr) |
| Fesyen Teletubbies Bertudung Rabecca Nur Al Islam Dapat Perhatian Peminat Posted: 21 Apr 2014 11:50 AM PDT Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mana mana selebriti tempatan lebih lebih jika ianya melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh. BACA: Rabecca Nur Al Islam Tampil Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Kerjakan Umrah Tetapi, pada hemat kami yang tidaklah pandai mana ini, ianya haruslah selari dengan pemakaian lainnya dan bukan bertudung semata mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram. Baru baru ini, Rabecca Nur Al Islam telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara dan busana yang dikenakan pelakon ini seakan tidak sesuai dengan imej bertudung beliau. Peminat yang perasan akan penampilan selebriti ini ada yang meninggalkan komen mengatakan ianya terlalu ketat dan tidak kurang juga ada yang menyamakan penampilan beliau itu tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies. Peminat fesyen, apa kata anda? (rtky/m) |
| Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya Posted: 21 Apr 2014 10:05 AM PDT Tempoh 24 jam ini memang mencabar nampaknya buat pasangan Adam AF & Fiza Elite apabila kedua dua mereka menjadi tumpuan media juga para peminat selepas ada khabar mengatakan yang si isteri sudah pun memfailkan penceraian di mahkamah. BACA: Bergaduh Besar, Fiza Elite Failkan Penceraian Di Mahkamah Minggu Lalu? Adam AF dalam satu kenyataan kepada mStar Online berkata beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkembangan terbaru ini dan meminta semua memberikan mereka ruang selain mendoakan yang terbaik. “Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya. Mereka berdua juga khabarnya sudah sepakat untuk tidak mengeluarkan apa apa kenyataan buat masa ini dan meminta semua pihak agar memahami keadaan mereka. Dalam masa yang sama juga, Fiza Elite melalui akaun Instagram beliau telah dilihat memuat naik status yang semakin menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan mereka yang membacanya. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa sebenarnya sedang berlaku dan kami berharap Adam Af & Fiza Elite akan menjawab persoalan ramai dengan jelas tidak lama lagi. Adam AF dan Fiza Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. (rtky/m) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.540) Posted: 21 Apr 2014 09:17 AM PDT VIDEO HARI INI: Kamu sudah tua belaka namun masih suka menonton pertunjukan magic dan jejaka bergelar ahli silap mata di atas pentas Britain’s Got Talent ini benar benar memukau kami & pastinya anda semua juga. We go like whatttttt, all the time. Sejak membintangi siri realiti TV sendiri di rangkaian OWN, Lindsay Lohan tidak sunyi dari kisah sensasi dan terbaru selebriti mendedahkan yang beliau telah mengalami keguguran ketika membuat penggambaran untuk program beliau itu. – The Washington Post Bekas isteri kepada Sham Kamikaze, Farazila AJ tampil memberikan kenyataan di sebuah akhbar hujung minggu lalu mendedahkan perangai buruk dan hipokrit bekas suaminya itu termasuk meninggalkan dirinya di tepi lebuh raya selama 6 jam. – Beautiful Nara Seorang model bernama Emma Appleton telah mendedahkan yang jurugambar selebriti terkenal, Terry Richardson telah menawarkan beliau sesi fotografi bersama majalah popular Vogue jika dan hanya jika model itu bersetuju mengadakan hubungan seks dengannya. – BuzzFeed Ada khabar angin mengatakan yang pasangan Bradley Cooper dan Suki Waterhouse kini dalam masalah dan hubungan mereka berantakan namun kelibat mereka yang keluar bersama di Paris, Perancis baru baru ini seakan menafikan semua khabar angin yang timbul. – Just Jared Penyanyi dan juga penulis lagu, Yoon Jong Shin membatalkan program Monthly Yoon Jong Shin untuk bulan April untuk menghormati tragedi feri Sewol dan program itu telah menerbitkan sebuah lagu ciptaan beliau setiap bulan sejak Mac 2010. – Soompi |
| Astro On The Go Fan Choice Awards — Kini Dalam Fasa Undian, Pilih Kegemaran Anda Sekarang! Posted: 21 Apr 2014 09:17 AM PDT Terima kasih kepada anda semua yang telah mencalonkan selebriti, program TV & filem kegemaran anda, Astro On The Go Fan Choice Awards kini sudah memasuki fasa undian terakhir untuk menentukan siapakah yang layak membawa pulang gelaran pilihan ramai ini. Empat finalis untuk setiap kategori kini sudah diketahui dan ianya kini menjadi tanggungjawab (ya, seperti ianya wajib) untuk anda mula mengundi untuk pilihan kegemaran anda. Anda mempunyai enam undi untuk digunakan setiap minggu. Enam undi anda boleh digunakan untuk mana mana kategori (eg. Melayu) dan juga sub kategori (eg. Best Actor) namun anda hanya boleh mengundi satu calon sahaja untuk setiap sub kategori (eg. Aaron Aziz untuk Best Actor). Buatlah pilihan yang bijak! Kesemua enam undian anda boleh dilakukan dengan sekaligus dan selepas anda selesai mengundi, undian anda akan dikunci dan tidak akan boleh diubah. Jadi, fikirkan sedalam dalamnya sebelum mengundi. Anda bukan sahaja mengundi untuk selebriti, program TV, sukan & filem kegemaran anda untuk membawa pulang gelaran di Astro On The Go Fan Choice Awards, malah anda sendiri boleh memenangi hadiah menarik dengan melibatkan diri dan mengundi. Peminat dengan jumlah mata terkumpul yang terbanyak akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa peranti popular iPhone 5S Gold dan juga berpeluang menghadiri 'VIP Party' pada acara Astro on the Go Live Explorer bersama selebriti-selebriti popular yang akan diadakan di Paradigm Mall. Apa tunggu lagi? Jom! |
| Syamsul Yusof: Perkahwinan Lengkapkan Hidup Saya Posted: 21 Apr 2014 12:10 AM PDT Hujung minggu lalu, telah berlangsung satu majlis persandingan atau resepsi perkahwinan berkembar untuk pasangan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana dan juga Syafiq Yusof & Aiesha Zainal yang telah bernikah beberapa minggu yang lalu. Resepsi yang digambarkan sebagai sederhana tetapi meriah itu telah mengambil tempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dan ianya turut dihadiri oleh rakan artis, kaum keluarga dan para media yang ingin meraikan kedua dua pasangan pengantin baru ini. Penuh syahdu dan islamik, konsep majlis ini bertepatan dengan penghijrahan Syamsul dan Puteri Sarah yang kini memilih untuk lebih mendalami agama di samping sesuai dengan status bapa mertua Syafiq Yusof yang bergelar ustaz. Dalam kenyataan kepada Sinar Harian, Syamsul Yusof berkata yang beliau telah banyak berubah selepas bergelar suami dek kerana mempunyai tanggungjawab yang besar kini selain terasa hidupnya lebih lengkap dengan ikatan yang sah ini. "Lepas kahwin saya jadi lebih bertanggungjawab. Bukan sahaja dalam kerja tapi dalam perkara wajib macam solat. Sebab saya tahu sekarang saya bukan sahaja kena didik diri sendiri tapi kena didik isteri juga” "Sebelum kahwin saya rasa ada sesuatu yang kurang dalam hidup saya, tapi perkahwinanlah yang melengkapkan hidup saya. Tanggungjawab lebih besar tapi saya rasa lebih baik begitu," kata Syamsul Yusof yang ditemui media. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis persandingan kedua dua pasangan mempelai ini yang kami perolehi sekitar internet untuk tatapan anda semua. Doakan mereka berbahagia sehingga ke pintu syurga. Enjoice! (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.