RotiKaya

RotiKaya


Maya Karin Tunggu Dua Tahun Lagi Untuk Berkahwin

Posted: 20 Apr 2014 05:21 PM PDT

Umum rasanya sudah mengetahui yang ketika ini memang hati Maya Karin sudah dimiliki seseorang dan pastinya akan ada yang tertanya bilakah pelakon juga penyanyi popular ini akan kembali menjalani kehidupan berumahtangga.

BACA: Maya Karin Akui Kini Sedang Bercinta, Pilih Jejaka Inggeris

Bercakap kepada Kosmo! baru baru ini, Maya Karin yang masih mengunci mulut tentang identiti kekasihnya itu berkata yang beliau sendiri sebenarnya masih berteka teki tentang masa hadapan — lebih lebih lagi soal cinta dan jodoh ini.

“Saya pun macam dalam lirik lagu saya juga, lagu Teka-Teki itu tentang pencarian hidup, tentang rahsia-rahsia yang belum menemukan jawapan. Saya mengaku, saya memang sedang memiliki si dia, tetapi siapa dia dan dari mana asalnya, saya mahu zip mulut dulu. Cukup setakat itu”

Namun, Maya Karin ada berkongsi harapan beliau untuk berumahtangga dan memberi tempoh dua tahun kepada kekasihnya kini untuk melangkah ke fasa yang lebih serius itu atau beliau akan mencari bahagia yang lain.

“Kita tengoklah sejauh mana hubungan ini akan berterusan. Saya tunggu sehingga dua tahun sahaja lagi, kalau masih tidak ke mana, saya akan cari bahagia yang lain. Nak tunggu sampai umur berapa lagi, saya pun mahu kahwin,” tambah Maya Karin. (rtky/m)

#40 Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #39 Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #41 Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #37 Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #36 Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #38 Maya Karin Beri Kekasih Tempoh Dua Tahun Untuk Berkahwin - ROTIKAYA

Fiza Elite Failkan Penceraian?

Posted: 20 Apr 2014 04:51 PM PDT

Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan dan akhir akhir ini timbul satu lagi dakwaan yang mengatakan hubungan mereka semakin tidak dapat dipulihkan.

Laporan Utusan Malaysia hujung minggu lalu menimbulkan lagi satu persoalan sama ada rumahtangga Adam AF & Fiza Elite ini mampu bertahan atau pun tidak selepas si isteri khabarnya sudah berkunjung mahkamah untuk selesaikan masalah yang melanda.

Wartawan tersebut ada menulis yang khabarnya Fiza Elite ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.

Walaupun pemergian beliau ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang dedahkan Fiza Elite dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

Adam AF pula dalam beberapa kenyataan media terbaru berkata yang mereka tidak mempunyai masalah besar seperti didakwa dan hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain — kami doakan yang terbaik sahaja buat kalian berdua. (rtky/m)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.539)

Posted: 20 Apr 2014 09:24 AM PDT

VIDEO HARI INI: Tonton video muzik untuk lagu paling kerap dimainkan di radio ketika ini, Happy nyanyian Pharrell Williams tanpa muzik latar dan hanya bunyi vokal juga tapak kaki. #LOL

Filem terbaru Johnny Depp, Transcendence nampaknya gagal untuk meraih kutipan besar pada hujung minggu pembukaan selain ditewaskan oleh tiga buah filem lain yang sudah ditayangkan berminggu lebih awal seperti Rio 2 & filem sekuel Captain America. – THR

Iklan terbaru untuk filem Godzilla yang diberi nama Nature Has An Order mempamerkan kepada kita semua bentuk penuh raksasa yang bakal muncul dalam filem itu kelak dan kami mempunyai harapan tinggi terhadap filem ini. – Huff. Post

Banyak program hiburan di Korea Selatan telah dibatalkan atau ditangguhkan ekoran insiden feri Sewol dan data terbaru juga menunjukkan yang peminat filem kurang mengunjungi pawagam untuk menonton filem terbaru sebagai tanda berkabung. – allkpop

Laporan terbaru menyebut yang penyanyi kumpulan No Doubt, Gwen Stefani telah diikat untuk menjadi salah seorang mentor dalam musim terbaru The Voice menggantikan Christina Aguilera yang mengumumkan pada Februari lalu yang beliau kini sedang hamil. – Rolling Stone

Kerana masih terlantar di hospital akibat alergik, Miley Cyrus telah mengambil keputusan untuk menunda konsert jelajah Bangerz yang sepatutnya diteruskan kini di Amerika Syarikat sehingga ke bulan Ogos nanti, termasuk jelajah di Eropah. – NY Daily News

Hans Isaac Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini?

Posted: 19 Apr 2014 10:17 PM PDT

Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.

Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.

Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.

“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

"Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial," ujar Hans Isaac kepada portal GUA.

Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan? (rtky/m)

Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab

Posted: 19 Apr 2014 09:53 PM PDT

Dek kerana pakaiannya yang agak tidak bersesuaian dalam sebuah program hiburan di China baru-baru ini, penyanyi antarabangsa Shila Amzah telah dikritik. Bertemu beliau di sidang media Konsert Cinta Shila Amzah telah merungkai apa yang telah terjadi di sebalik isu ini.

BACA: Penampilan Seksi Shila Amzah Di Program TV China Dapat Perhatian

“Sebenarnya itu sahaja pakaian yang disediakan oleh pihak penganjur program. Jadi tidak ada pilihan untuk dibuat dan terdapat warna yang seakan sama sahaja. Saya terpaksa pakai pakaian itu tetapi masih lagi menyesuaikan dengan keadaan saya yang berhijab ini”

Bapa Shila Amzah, ND Lala yang turut ditemui media ketika majlis itu turut berkata yang beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah terjadi selain menyifatkan ianya satu kesilapan jujur (honest mistake).

“Saya bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku terhadap Shila mengenai pemakaiannya di sebuah program di China pada ketika itu, dan apa yang dijelaskan pada hari ini apabila pihak penganjur yang sudah menyediakan pakaian yang telah sedia ada”

“Saya ingin jelaskan di sini juga agak tidak adil apabila dilabelkan Shila sebagai ikon muslimah kerana dia adalah ikon penyanyi. Tetapi sebagai bapa saya berharap dia dapat memperbaiki lagi untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Shila Amzah bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 13 September 2014, dan sebelum itu dia bakal mengadakan dahulu konsert sulungnya di Shanghai China dan akan pulang ke Malaysia untuk konsertnya pada bulan September ini.

Konsert yang bakal diadakan di Mega Star Arena yang boleh memuatkan seramai 2500 penonton akan bermula jam 8.00 malam dan akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Bertemakan cinta Shila Amzah bakal menyampaikan 20 lagu-lagu cinta tetmasuklah dalam bahasa mandarin, melayu dan inggeris. Harga-harga tiket adalah seperti berikut RM268, RM138 dan RM 88. (rtky/hfz)

#29 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #28 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #33 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #27 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #30 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #34 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #31 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #32 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA #35 Isu Pakaian Shila Amzah, ND Lala Bertanggungjawab - ROTIKAYA

Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru?

Posted: 19 Apr 2014 09:22 PM PDT

Selebriti yang masih dalam perbicaraan kes khalwat beliau nampaknya kini menjadi perhatian para peminat hiburan sekali lagi apabila dikhabarkan sudah meninggalkan tunang atau kekasihnya yang selama ini kuat menyokong dirinya. Kami persembahkan, Shahz Jaszle.

Laporan awal Beautiful Nara pagi ini menyiarkan sekeping gambar Shahz Jaszle dengan seorang gadis baru yang dipercayai merupakan teman wanita baru aktor tersebut dan ini mengejutkan ramai pihak — termasuk tunang beliau, Redzwani Puteri.

Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik, Shahz Jaszle sendiri mengakui yang gadis bernama Hanis Husna itu merupakan teman wanitanya kini selain gadis itu sendiri memberi komen yang pelakon itu sudah memutuskan hubungan dengan Redzwani Puteri.

Menariknya, Redzwani Puteri turut meninggalkan komen bertanya apakah sebenarnya yang terjadi sebelum beliau sendiri memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram memaklumkan kepada semua yang beliau sendiri tidak tahu apa apa sekarang ini.

Untitled-1

Untitled

Untitled-2

Satu perkembangan yang menarik untuk diikuti sepanjang minggu yang mendatang. Ini kes klasik habis madu sepah dibuang. Eh. (rtky/m)

#14 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #15 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #16 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #17 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #18 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #19 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #20 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #21 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #22 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #23 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #27 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA #29 Tinggalkan Redzwani Puteri & Shahz Jaszle Kini Bersama Kekasih Baru? - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...