RotiKaya |
- Emma Maembong Bersedia Kahwin Usia Muda
- Rozita Che Wan: Ikut Suka Hati Sayalah Nak Beri Hadiah Apa
- Isu Bercium: Fazura Baru Tahu, Enggan Komen Lanjut
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.538)
- Cepat Hamil Anak Kedua — Fasha Sandha Anggap Rezeki, Mahu Anak Perempuan
| Emma Maembong Bersedia Kahwin Usia Muda Posted: 17 Apr 2014 05:34 PM PDT Berita yang disambtu baik ramai peminat minggu ini adalah kisah niat murni Zizan Razak untuk berkahwin dengan Emma Maembong awal tahun hadapan dan pendedahan kisah cinta mereka yang sudah bermula sejak Februari 2013. BACA: Zizan Razak Umum Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 Dalam laporan Kosmo! hari ini, Emma Maembong yang berusia 22 tahun berkata beliau bersedia untuk untuk mengahwini kekasihnya yang juga pelawak terkenal itu pada usia muda. dan tidak mempunyai masalah sekiranya sudah sampai jodoh. “Saya sudah sedia berkahwin pada usia sekarang kalau sudah sampai jodoh dan waktunya” Sedang dikemaskini … |
| Rozita Che Wan: Ikut Suka Hati Sayalah Nak Beri Hadiah Apa Posted: 17 Apr 2014 05:19 PM PDT Selepas kecoh berita Rozita Che Wan akan menghadiahkan anaknya Ammar dengan sebuah kereta mewah BMW berharga RM 700,000, bermacam komen negatif dilontar kepadanya. Dia terus dilabel berlagak oleh orang ramai. Malah ada segelintir yang kata Che Ta berangan macam orang kaya, orang kaya pun tak berlagak macam Che Ta dan bermacam lagi. BACA: Anak Che Ta Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series Bernilai RM700,000 Bagi memperbetulkan kenyataan tersebut Rozita Che Wan yang ditemui para media baru baru ini membidas tohmahan orang ramai yang melabel dirinya sebagai berlagak. “Ya memang kereta Audi R8 tu favorite car dia. Tapi I tak cakap pun I nak belikan dia kereta tu atau tidak. I tak menunjuk. Orang yang sibuk sana sini ambik tahu. Tanya I itu ini” “Jadi takde istilah I berlagak ataupun nak menunjuk kat sini. Mulut orang yang suka buat cerita yang menampakkan macam I ni menunjuk,” katanya. Sebetulnya tambah Che Ta, sebelum ini dia tidak pernah memberitahu orang ramai jenama kereta yang bakal dihadiahkan kepada Ammar. dengan mengumumkan jenama kereta, sekaligus dia akan mendedahkan keluarganya pada bahaya. "Kalau I canang sana sini kereta apa I nak bagi anak I, lagi senang pencuri nak dekati I. Penjenayah sekarang ni ramai. Silap haribulan I boleh kena culik" "Perkara hadiahkan anak di benda biasa. Ramai lagi parents yang hadiahkan anak-anak mereka. Bila dihebohkan sana sini, itu yang jadi orang tengok macam menunjuk. Tapi biasanya mereka yang kebiasaan mengata kita, mereka ni cemburu & tak mampu nak memiliki apa yang kita ada" Menurutnya lagi, tiada istilah memanjakan anak anak malah setiap kali mereka menunjukkan kejayaan dalam pelajaran, dia akan memberi hadiah sebagai pendorong kepada mereka supaya lebih maju di masa hadapan. Che Ta juga sudah menyediakan rumah untuk anak-anaknya. "Apa yang kita bagi ni adalah sebagai galakan. Bukan untuk manjakan mereka. Jika sebelum ni I dah belikan rumah untuk anak I. I tak bercerita pada orang. Jadi tiada masalah untuk I belikan sebuah kereta untuk Ammar sebagai hadiah” “Mereka ni anak I, suka hatilah nak belikan keretapi atau kereta kebal sekalipun. I tak minta duit dari ibu bapa mereka. Malah Zain atau ex-husband pun tak cakap apa-apa,” tambah Rozita Che Wan lagi. Entahnya, suka hati dialah. #eh (rtky/bsr) |
| Isu Bercium: Fazura Baru Tahu, Enggan Komen Lanjut Posted: 17 Apr 2014 04:56 PM PDT Dek kerana ketika isu ini timbul, Nur Fazura atau Fazura berada di luar negara untuk bercuti maka kesempatan bertemu pelakon ini baru baru ini digunakan para media untuk bertanyakan tentang dakwaan beliau bercium di lapangan terbang baru baru ini. BACA: Nur Fazura Bercium Sakan Di Lapangan Terbang? Kisah yang dilaporkan oleh laman berita Malaysian Gazette itu mengatakan ternampak Nur Fazura bersama-sama dengan seorang lelaki yang dikatakan teman rapatnya telah bercium di KLIA. Tetapi sewaktu bertemunya di pelancaran wajah baru portal berita mStar Online, beliau telah menafikan segala apa yang diperkatakan itu dengan hanya menjawab no comment dan memberitahu media yang dia tidak tahu-menahu mengenai isu ini. “Saya tidak boleh komen dan baru dengar hari ini. Terpulang pada anda boleh bertanyakan pada orang tersebut yang telah mencetuskan isu ini. Bagi saya Allah lagi nampak setiap apa yang dilakukan. Cerita begini kena tanya dia. No comment at all,” ujarnya ringkas. (rtky/hfz) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.538) Posted: 17 Apr 2014 09:01 AM PDT VIDEO HARI INI: Sedikit terlambat namun video ini harus anda tonton untuk menghargai pekerjaan paling payah & tidak berbayar di dunia. Kami sayang mak. Kes saman pelakon Hanez Suraya terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial telah diselesaikan secara baik namun kedua dua belah pihak tidak mendedahkan terma penyelesaian. – Sinar Harian Selepas berpisah sejak tahun 2012 yang lalu, sekarang ini baru pasangan Will Arnett dan Amy Poehler memfailkan penceraian di mahkamah dan mereka mencari hak jagaan bersama untuk dua orang anaknya selain hak melawat. – People Model terkenal, Kate Upton sebelum ini dikatakan memberikan kenyataan yang beliau mahukan payudara lebih kecil menyelar laporan media dengan berkata beliau sukakan keadaan badannya sekarang dan tidak mahu apa apa berubah. – NY Daily News Penyanyi dan pelakon drama Gu Family Book, Bae Suzy (miss A) dikritik selepas dilihat hilang fokus dan tidak mampu memberikan ucapan yang baik ketika menerima anugerah di pentas 2013 MBC Drama Awards baru baru ini. – Soompi Pasangan Mila Kunis & Ashton Kutcher dilaporkan bakal menyambut kelahiran seorang bayi perempuan selepas beberapa sumber terdekat memaklumkan kepada media di Hollywood. Mesti comel! Yang penting bila hendak kahwin? – Us Magazine |
| Cepat Hamil Anak Kedua — Fasha Sandha Anggap Rezeki, Mahu Anak Perempuan Posted: 16 Apr 2014 10:07 PM PDT Ini rasanya kenyataan pertama dari Fasha Sandha tentang kehamilan kali kedua beliau sejak ianya menjadi bualan para peminat beberapa minggu lalu & dalam sesi fotografi bersama majalah EH! — selebriti nampak sangat berseri dan cantik. Menjawab kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan kehamilan kedua Fasha Sandha terlalu rapat dengan anak pertama, beliau menganggap semua ini merupakan ketentuan Tuhan. BACA: Fasha Sandha Dan Keluarga Bercuti Ke Paris, Perancis "Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki," jawab Fasha Sandha apabila diajukan soalan berkaitan. Usia anak pertama Fasha dan suaminya yang mesra dipanggil Jejai baru sahaja mencecah setahun pada hari penggambaran ini (Selasa lalu). Menurut Fasha anaknya itu tidak berapa sihat sejak pulang dari bercuti di luar negara baru-baru ini. Pabila ditanya tentang jantina anak keduanya ini tentu sekali beliau mahukan anak perempuan — namun beliau menerima sahaja pemberian Tuhan dengan penuh rasa syukur. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.