RotiKaya |
- Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk Para Setiausaha
- Pesta Songkran: Remy Ishak Harap Peminat Jangan Fikir Negatif Sahaja
- Kris Dayanti Akui Suami Kuat Cemburu, Letak Syarat
- Dynas Mokhtar Nafi Bercerai
- 6 Fesyen Pilihan Tampil Cantik Seperti Intan Ladyana
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.537)
- Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015
| Afgan Relakan Diri Dicium Dan Dipeluk Para Setiausaha Posted: 16 Apr 2014 04:03 PM PDT Saat pelawak Kuah Jenhan selaku hos menyebut nama “Afgan…!!!”, seluruh dewan terus gamat dengan sorakan penonton. Inikan pula, apabila penyanyi kegilaan ramai ini muncul di depan mata. Lantaran membuatkan para peminatnya jadi tidak keruan. Bahkan saat dia mempersembahkan lagu-lagu hitsnya, para peminat tidak melepaskan peluang naik ke pentas untuk berselfie bersamanya. Dan satu momen yang berjaya mencuri perhatian sekalian penonton ialah di ketika jejaka kelahiran Jakarta, Indonesia ini mendendangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu tanpa disangka meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipitnya. Dan penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya. Itu yang terjadi kepada empunya nama sebenar Afgan Syahreza sewaktu membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha 2014 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi. Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, Panas Asmara, Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminatnya. Namun belum sempat dia melawat dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuninya. Meskipun persembahan kali ini memberi peluang secara eksklusif kepada peminat mendekati diri penyanyi ini, tetapi berdasarkan pemerhatian penulis, persembahan Afgan hanyala biasa-biasa sahaja. Interaksinya dengan peminat juga kurang. Menerusi persembahan lebih kurang 1 setengah jam, lagu lain yang turut didendagkan seperti Pesan Cinta, Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta. Terdahulu ditampilkan penyanyi jazz yang tidak asing lagi, Noryn Aziz yang membuat persembahan pembukaan. Pujian buat Noryn kerana meskipun sedang hamil 4 bulan namun tidak menghalang beliau memperdengarkan vokal dan persembaan yang mantap menerusi lagu seperti ‘Natural Woman’, medley ‘Rolling in the Deep’ dan ‘Set Fire to the Rain’, ‘Tinta Puti’h, ‘Cinta Sejati’ serta medley ‘Happy dan You to Me Are Everything’. Persembahan bersempena Minggu Setiausaha 2014 itu juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah buat para hadirin dan acara tamat pada kira-kira jam 11.15 malam. (rtky/fr) |
| Pesta Songkran: Remy Ishak Harap Peminat Jangan Fikir Negatif Sahaja Posted: 16 Apr 2014 01:01 PM PDT Baru baru ini di laman sosial Instagram pelakon hero Malaya, Remy Ishak telah dihujani beberapa komen negatif selepas dia memuat naik gambar percutiannya di Bangkok, Thailand minggu lalu. Gambar-gambar percutian yang singkat itu mengundang kemarahan beberapa peminatnya kerana beranggapan bahawa Remy Ishak telah menyambut pesta Songkran dan seolah-seolah dia turut sama meraikan perayaan sambutan tahun baru masyarakat di Thailand itu. Pelakon itu yang ditemui semasa majlis pelancaran filem CEO di Cathay Cineplex semalam telah memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perkara ini telah menjadi isu dan menjelaskan bahawa dia ke sana hanyalah mahu sekadar bercuti melepaskan tekanan dan berehat dan tidak pernah menyangka bahawa ada satu Pesta Songkran yang diraikan masyarakat di sana dan menganggap bahawa ini adalah satu kebetulan. “Sebenarnya saya tidak pernah pergi ke Pesta Songkran. Ini semua kebetulan apabila saya mahu melepaskan tekanan dan berehat selepas menjalani penggambaran Antara Satu di Langkawi dan Pulau Tioman. Saya fikir ketika itu hanyalah mahu bercuti dan berehat dan mahu bercuti di tempat-tempat yang dekat lalu memilih Bangkok sebagai lokasi percutian singkat selama 5 hari. Kebetulan saya pergi ada pesta Songkran,” ujarnya. Dia memberitahu tidak ada salahnya kerana bukannya meraikan pesta tersebut secara membabi buta tetapi hanyalah secara kebetulan dan dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya masyarakat Asia Tenggara terutamanya. “Tidak ada salahnya kerana kita lihat negara kita sendiri pelbagai kaum tinggal di bawah satu negara, meraikan pelbagai perayaan dan tradisi. Di sini saya ingin jelaskan bahawa saya seorang penggemar budaya dan mahu mengetahui dengan jelas budaya yang disambut oleh masyarakat Asia beserta warisan yang ada. Saya rasakan di sini peminat tidak perlulah berfikiran negatif dan tidak perlulah perbesarkan isu ini,” katanya lagi. (rtky/hfz) |
| Kris Dayanti Akui Suami Kuat Cemburu, Letak Syarat Posted: 16 Apr 2014 12:40 PM PDT Selapas hampir empat tahun berehat dari dunia nyanyian, diva popular Indonesia, Kris Dayanti kini kembali aktif. Membuat kemunculan semula menerusi album Persembahan Ratu Cinta, figura yang lebih mesra di sapa sebagai KD ini tampil dengan single terbaru berjudul Bertubi-tubi. Nah, ibu anak empat ini kembali ‘dapat’ mikrofon, kembali beraksi di pentas sekaligus kembali menghiburkan para peminatnya. Namun, kembalinya Kris Dayanti ke persada seni suara sebenarnya bersyarat — ditetapkan suaminya. “Suami saya, dia cemburu dengan waktu saya. Begini, kalau saya menyanyi, masa saya untuk keluarga sudah terpaksa dibahagikan. Jadi suami cemburu pada sebahagian masa saya di luar. Kerana itu dia memberikan syarat kepada saya. Katanya, saya tidak boleh menyanyi hari-hari. Harus ada masa bersama keluarga. Malah katanya, kalau album kali ini tidak sukses, saya harus berhenti saja dari menyanyi (gelak)” “Saat saya suarakan padanya yang saya mahu kembali menyanyi, pada mulanya sukar untuk dia benarkan. Selapas hampir empat tahun berehat dari dunia nyanyian, diva popular Indonesia kini kembali aktif. Membuat kemunculan semula. Sehingga sekarang pun dia banyak mempersoalkan mengenai situasi kerja saya” “Seperti hari ini, dia tidak biasa berdepan dengan media. Setiap kali dia bertanya, saya jelaskan satu persatu. Sambil itu dia belajar lebih memahami dunia kerjaya saya. Sekarang ini juga dia sudah buka sebuah syarikat rakamana iaitu Raya Music dan sedang belajar selok belok dunia perniagaan hiburan,” kata Kris Dayanti ketika ditemui pada pelancaran album terbarunya. Rakam Video Muzik Di Kota Paris Bersama Anak Pada majlis tersebut, KD yang turut ditemani suaminya, Raul Lemos menyatakan rasa teruja dan sebak dengan penghasilan klip video single terbarunya itu. Menariknya, klip video yang menjalani penggambaran di kota Paris itu menggambarkan bertapa dalam perasaan cintanya terhadap suami dan anak-anaknya. Bahkan dia seakan tidak mampu meneruskan kehidupan tanpa kehadiran keluarga tercinta. Lebih istimewa, muzik video tersebut dilancarkan buat pertama kali di Malaysia dan bukan di Jakarta. Kata KD, dia memilih untuk melancarkan muzik video berkenaan di sini sebagai tanda penghargaanterhadap peminat-peminatnya di Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kariernya. “Muzik video ini mengbadikan saat saya, suami dan aanak-anak saya bercuti di Paris. Kalau saya boleh berkongsi, seperkara yang buat saya berasa sangat istimewa iala apabila saya menjadi seorang ibu. Di samping suami dan anak-anak, hidup saya lebih berwarna” “Walaupun saya melalui pelbagai dugaan yangg datang bertubi-tubi, tapi saya tidak pernah berasa keseorangan kerana saya sentiada mempunyai keluarga, ibu serta kakak saya yang menyokong” “Lagu ini dicipta oleh Melly Goeslow. ‘Bertubi-tubi’ merupakan ssatu semangat yang luar biasa untuk saya sebarkan pada masyarakat dan memberi mereka inspirasi bahwa derita itu pasti akan berakhir satu hari nanti dan kebahagiaan pasti akan muncul. Saya rakamkannya sewaktu saya hamil 7 bulan. Sementara gambar pada kulit album ini pula saya rakamkan ketika saya kandungan saya mencecah 8 bulan,” katanya. KD dan Raul berkahwin pada 24 Mac 2011. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos. Penyanyi yang juga popular dengan lagu ‘Aku Wanita Biasa’ ini sebelum ni mencetuskan kontroversi kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah. Terdahulu, KD telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. (rtky/fr) |
| Posted: 16 Apr 2014 11:20 AM PDT Sebenarnya, di kalangan peminat dan pihak media sendiri masih tertanya tanya akan khabar angin yang kedengaran sejak dua bulan yang lalu ini. Adakah benar rumahtangga Dynas Mokhtar kini dilanda masalah? Menjawab soalan daripada wartawan portal GUA, Dynas Mokhtar yang ditemui baru baru ini menafikan cakap cakap yang kononnya beliau sudah bercerai dengan suaminya, Hafizy Hafiz pada 25 Februari yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. GUA turut melaporkan yang Dynas Mokhtar bagaimanapun dilihat cuba mengelak apabila diajukan mengenai perkara tersebut. “Ini semua hanya gosip. Perkara tersebut tidak benar sama sekali. Saya rasa lebih baik jika kita bercakap mengenai isu ini pada waktu lain kerana anak-anak saya ada di sini, jadi tidaklah sesuai rasanya,” ujar Dynas Mokhtar. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Dynas Mokhtar berkata yang hubungan beliau dan suaminya kini baik sahaja & tidak ada sebarang masalah seperti yang didakwa sesetengah pihak. “Saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya & dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain,” ujarnya. Masih lagi berhubung antara satu sama lain? Apa yang cuba disampaikan Dynas Mokhtar sini — adakah pasangan ini sudah tinggal berasingan? Hmm. (rtky/m) |
| 6 Fesyen Pilihan Tampil Cantik Seperti Intan Ladyana Posted: 16 Apr 2014 10:55 AM PDT Fesyen Lookbook kali ini Wanista.com tampilkan pelakon ayu dan cantik manis, Intan Ladyana. Intan yang bertubuh kecil molek dan kulit putih gebu nampak cantik mengenakan apa sahaja corak dan warna. Diperhatikan melalui pemilihan fesyen, Intan banyak memilih rona terang seperti hot pink, oren bagi menampakkan kontra. 1. Comel sungguh padanan denim overall bersama headband rona merah yang dipakai Intan. 2. Retro sekali fesyen yang dikenakan pelakon cantik manis ini, skirt polkadot paras lutut bersama top hitam. 3. Intan memilih outwear dikenakan denim, printed top, pencil cotton skirt paras lutut rona biru gelap dan juga classy dengan converse. 4. Manis dengan hanya mengenakan maxi dress rona terang, statement necklace dan juga floppy hat pelengkap gaya. 5. Intan miliki warna kulit putih gebu jadi apa warna yang dipakai nampak cantik sekali. Sebagai contoh, Intan memilih rona merah jambu, paduan pada jaket, tas tangan dan juga Dr.Martens nampak manis sekali. 6. Simple sahaja mengenakan hoodies jacket bersama boots ketika bercuti ke negara empat musim. |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.537) Posted: 16 Apr 2014 09:25 AM PDT VIDEO HARI INI: Kenapalah tidak terfikir akan jalan cerita alternatif untuk filem animasi Frozen ini. Jelas dan nyata Elsa layak menyertai pasukan X-Men untuk menentang kejahatan dunia. Eh. Di kala ramai peminat dan pemerhati hiburan masih belum menerima kenyataan yang pasangan ini bercinta, Sean Penn & Charlize Theron khabarnya kini merancang untuk berkahwin dan rakan rakan yang rapat tidak akan terkejut jika mereka umumkan perkara itu. – Lainey Gossip Stesen televisyen TV Al-Hijrah sedang meneliti isi kandungan beberapa video yang disebarkan di laman sosial termasuklah tuduhan kononnya ustaz selebriti Don Daniyal yang dikatakan telah menyampaikan ceramah bersama hadis-hadis palsu. – mStar Online Miley Cyrus telah membatalkan konsert beliau di Kansas City Sprint Center selepas dikejarkan ke hospital dan ditahan selepas mengalami alahan teruk terhadap antibiotik dan meminta maaf kepada semua peminatnya yang sudah membeli tiket. – People Adik beradik lelaki kepada mendiang Paul Walker telah berbesar hati untuk menggantikan pelakon itu dalam baki babak yang diperlukan untuk melengkapkan filem Fast & Furious 7 dan berkata ianya salah satu cara untuk ‘pelakon’ itu terus hidup. – CNN Anggota kumpulan Secret, Hyosung dilaporkan akan muncul dengan album solo sekitar Mei menurut beberapa sumber dalaman dan album tersebut kini dalam peringkat akhir rakaman. Beliau pernah meluahkan keinginan untuk bergerak solo tahun lalu. – Soompi |
| Zizan Razak Umumkan Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015 Posted: 15 Apr 2014 10:37 PM PDT Mungkin berita gembira yang ingin didengar oleh para peminat pasangan selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Zizan Razak dan Emma Maembong. Zizan Razak dalam satu temubual bersama Media Hiburan baru baru ini mengakui yang hubungan beliau dan Emma Maembong kini dalam fasa serius dan mereka telah isytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih pada 24 Februari 2013 lalu. BACA: Emma Maembong Buat Zizan Razak Ungkap Kata Cinta Di Khalayak Ramai “Kami mula serius atau dalam erti kata lain ‘declare’ sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment” “Soal kahwin, insya-Allah bulan Januari 2015. Ini kerana kami perlu melihat segala kontrak yang kami ada dahulu,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Abang Long Fadil. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.