RotiKaya

RotiKaya


Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket

Posted: 15 Apr 2014 05:38 PM PDT

Kalau Instagram anda penuh dengan gambar rakan rakan bercuti ke luar negara, ketahuilah oleh anda yang sekarang ini memang musim rakyat Malaysia mencari kedamaian di luar negara — kerana Lembah Klang tidak cukup cool tanpa bekalan air. Eh.

Selebriti kita juga tidak terkecuali untuk memanfaatkan musim bercuti ini untuk menghabiskan masa di luar negara. Semalam kita sudah melihat Ana Dahlia dan kekasih lengan besar beliau bercuti di Bangkok untuk mengambut pesta Songkran.

BACA: Ana Dahlia Dan Kekasih Basah Di Bangkok, Thailand Sambut Songkran

Tasha Shilla juga tidak mahu ketinggalan dan ketika artikel ini ditulis, beliau bersama kekasihnya Hans kini sedang berada di pusat percutian popular di Thailand untuk bercuti — pantai dan makanan sedap dan Phuket.

Hujung tahun lalu, Tasha Shilla ada memberikan kenyataan yang beliau dan Hans masih mengenal hati budi masing masing dan belum bergelar kekasih. Kami ambil percutian bersama ini sebagai tanda yang anda berdua sudah bercinta. Heh.

Berikut merupakan beberapa keping gambar percutian pasangan ini yang Tasha Shilla kongsikan di laman Instagram beliau untuk tatapan para peminat dan membuatkan kita semua yang tidak dapat bercuti ke mana mana ini cemburu. Huh. (rtky/m)

#28 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #29 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #30 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #31 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #32 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #33 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #34 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #35 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #36 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #37 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #38 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA #39 Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket - ROTIKAYA

Hanez Suraya Tarik Diri Dari Jadi Duta Aura White

Posted: 15 Apr 2014 05:05 PM PDT

Persoalan tentang status Hanez Suraya sebagai duta produk kecantikan Aura White akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengakui yang beliau tidak akan terus menjadi duta jenama tersebut selepas kontroversi yang melanda dirinya.

Namun, beliau tidak digugurkan seperti yang didakwa ramai. Hanez Suraya sendiri yang meminta supaya kontrak enam bulan beliau bersama Aura White sejak Disember ditamatkan tanpa memperbaharui, menurut wakil Aura White.

BACA: Kekasih Hanez Suraya Mahu Selesai Luar Mahkamah, Cerai Cara Baik

“Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia undur diri. Kami faham dengan situasinya,” jelas Pegawai pemasaran produk Aura White, Nurul Lina.

“Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin”

Wakil Aura White itu juga berkata yang produk kecantikan jenama itu sebenarnya menjadi lebih popular selepas kontroversi Hanez Suraya dan sekaligus meningkatkan jualan. Baguslah begitu, sila pujuk Hanez Suraya untuk kekal. (rtky/m)

#27 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #26 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #25 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #24 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #23 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #22 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #21 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #20 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA #19 Hanez Suraya Tarik Diri Dari Terus Jadi Duta Aura White - ROTIKAYA

Wardina Safiyyah Kritik Ustaz Don Daniyal Di Facebook

Posted: 15 Apr 2014 11:04 AM PDT

Wardina Safiyyah telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana dengan menulis ayat ayat berikut:

“Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran”

“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam”

Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:

“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?”

“Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260″

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)"

“Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW”

Hari Ini Dalam Hiburan (N.536)

Posted: 15 Apr 2014 09:27 AM PDT

VIDEO HARI INI: Sebelum anda tonton pilihan kami hari ini, amaran yang video ini akan membuatkan kita semua rasa tua. Peranti Walkman ini satu gajet epik dalam kehidupan remaja kita dan anak anak sekarang tidak kenal. Heh.

Disebabkan insiden yang sengaja memperlihatkan payudaranya dalam muzik video Coke Bottle, semakin ramai yang anti dengan penyanyi Indonesia, Agnez Mo atau Agnez Monica lebih lebih tiada usaha untuk membuat suntingan semula. – Sinar Harian

Laporan media menyebut yang sepasang anting anting rhinestone yang dipakai aktress Marylin Monroe ketika sebuah tayangan perdana filem di Hollywood sekitar tahun 1955 telah dilelong dengan harga US$185,000 dan pembelinya minat dirahsiakan identiti. – Huff. Post

Pengarah filem The Social Network, David Fincher yang sepatutnya mengarah filem biopik Steve Jobs dilaporkan telah menarik diri selepas permintaan beliau untuk dibayar US$10 juta pendahuluan dan beberapa permintaan lain tidak dapat ditunaikan. – THR

Taylor Swift baru baru ini telah membuat kejutan terhadap seorang peminatnya yang juga bakal pengantin dengan hadir ke majlis bridal shower tanpa diduga. Bagus sebenarnya beliau, pandai menjaga peminat. Jumpa di Malaysia nanti, eh. – People

Penyanyi kecil molek Korea Selatan, IU membuat pengakuan dalam satu temubual radio terbaru yang beliau jatuh hati dengan seseorang dan meluahkan perasaannya itu pada tahun lalu namun masih belum mendapat jawapan sehingga kini. Alahai. – Soompi

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...