RotiKaya

RotiKaya


Kekasih Hanez Suraya Mahu Selesai Luar Mahkamah, Cerai Cara Baik

Posted: 14 Apr 2014 05:34 PM PDT

Kekasih pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.

Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang Isnin (semalam).

BACA: Hanez Suraya Dakwa Hubungan Dengan Romie Mendapat Restu Keluarga

Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai dengan isterinya itu secara baik.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana diteruskan.

Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.

Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki. (rtky/fr)

Filem Minggu Ini: Rio 2

Posted: 14 Apr 2014 05:23 PM PDT

Anggapan pertama saya bila hendak menonton sebuah filem kartun dengan poster yang comel, mungkin ceritanya biasa-biasa mudah sahaja kerana sasaran utamanya ialah kanak-kanak dan ibu bapa yang perlu menemani anak-anak. Ia sudah tentu berunsurkan hiburan untuk seisi keluarga dengan klasifikasi U oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) iaitu 'keseluruhan bahan sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat'. Tambahan pula ini filem sekuel dimana yang pertama dahulu kisahnya begitu 'jinak' mengenai sepasang burung dan rakan-rakannya.

Rio 2 (2014) ialah sebuah filem komedi muzikal animasi-komputer dalam versi 3D sambungan dari filem terawalnya, Rio (2011). Sekali lagi ia diarahkan oleh Carlos Saldanha yang juga terkenal dengan pengarahan dan penerbitan francais siri filem Ice Age yang sangat meletup di pasaran. Walaupun judulnya masih mengekalkan 'Rio' tetapi sebahagian besar ceritanya berlaku di hutan Amazon. Muzikal? Ya! Kali ini filemnya lebih menari-nari dan sangat berpesta warna-warni!

Kepada penggemar filem pertamanya dahulu, sudah tentu mengenali pasangan burung Macaw warna biru iaitu yang jantan, Blu (Jesse Eisenberg) dan yang betina Jewel (Anne Hathaway) serta rakan-rakannya yang lain di Rio, Brazil. Sila tonton DVD Rio (2011) terlebih dahulu untuk mengetahui kisah asal-usul pasangan romantik Blu-Jewel.

RIO2-2

Rio 2 kali ini pula ialah kisah sambungannya beberapa tahun kemudian apabila Blu dan Jewel sudah mempunyai 3 ekor anak iaitu Carla (Rachel Crow), Bia (Amandla Stenberg) dan Tiago (Pierce Gagnon). Manakala pasangan manusia yang kini juga sudah berkahwin yakni bekas penjaga Blu sejak kecil ialah Linda Gunderson (Leslie Mann) dengan Tulio Monteiro (Rodrigo Santoro).

Filem ini juga masih mengekalkan kawan-kawan beburung Blu iaitu Rafael (George Lopez), Nico (Jamie Foxx), Pedro (will.i.am) dan seekor anjing, Luiz (Tracy Morgan). Penjahat dari filem pertama juga kembali iaitu seekor burung Cockatoo bernama Nigel (Jemaine Clement) yang kini ada sidekick pembantu watak baru penjahat iaitu seekor katak beracun, Gabi (Kristin Chenoweth) dan seekor tenggiling tanpa dialog bernama Charlie. Ketua konco pembalak haram pula ialah Big Boss (Miguel Ferrer).

Ok! Anda tidak perlu menghafal nama-nama mereka ya!

Kejutan kepada kehidupan aman Blu berlaku apabila Linda dan Tulio melaporkan di televisyen yang mengesyaki bahawa Blu, Jewel dan anak-anaknya bukanlah burung Macaw warna biru yang terakhir, tetapi spesis itu masih banyak membiak di hutan Amazon. Lantas Jewel mengajak Blu dan anak-anaknya untuk terbang dari Rio ke hutan Amazon untuk mencari keluarga dan keturunannya yang lain.

RIO2-1

Maka pengembaraan dan penerbangan yang tidak diduga dan agak keberatan oleh Blu ditemani rakan-rakan burung yang lain, Rafael, Nico dan Pedro. Anda sekeluarga kenalah ke pawagam sekarang untuk menyaksikan apakah yang akan berlaku seterusnya kepada Blu dan burung-burung itu?

Rio 2 dibarisi terlalu ramai watak dan begitu banyak cabang plot seperti melepaskan batuk di tangga. Maksud saya, filem ini terlalu bercita-cita besar untuk bercerita kisah yang lebih besar dari filem pertamanya dahulu. Kali ini, isu pembalakan haram di hutan Amazon yang mungkin kedengaran bagus tetapi berselari dengan kisah konflik kekeluargaan yang dihadapi oleh Blu. Ditambah pula kisah perebutan kawasan di antara kumpulan burung Macaw warna biru melawan warna merah.

Plot dendam kesumat oleh Nigel kepada Blu juga dipanjangkan serentak. Malahan kisah Linda dan Tulio yang mencari spesis burung Macaw juga ialah satu lagi naratif. Tidak lupa, kini kawan-kawan Blu iaitu Rafael, Nico dan Pedro yang sedang sibuk membuat sesi ujibakat untuk sebuah persembahan mega oleh semua haiwan di hutan Amazon!

Namun begitu, apa yang menyelamatkan penceritaannya ialah segmen-segmen visual muzikal yang meriah dan ceria. Juga dibantu dalam babak-babak lucu yang mampu dicetuskan dari bahagian yang tidak begitu penting kepada kisah utama watak Blu iaitu misalnya sesi ujibakat persembahan yang berbagai-bagai bentuk dari berbagai spesis binatang di hutan itu. Penampilan kembali watak Nigel dan percintaannya yang tidak masuk akal dengan kegilaan obses oleh watak Gabi juga sangat kelakar. Ditambah dengan sesekali aksi naif oleh si tenggiling Charlie.

RIO2-7

Yang paling mencuri perhatian saya ialah persembahan nyanyian oleh Nigel melalui lagu 'I Will Survive' serta persembahan Bruno Mars dalam versi burung watak Roberto menyanyikan lagu 'Welcome Back' juga nyanyian Gabi/Nigel lagu 'Poisonous Love'. Sila cari di Youtube ya!

Kisah watak utama, Blu sebenarnya menarik juga. Tetapi sekadar seperti tekapan dari kisah filem Meet the Parents (2000) dimana konflik Blu dengan bapa mertuanya, Eduardo (Andy GarcĂ­a) serta perebutan perhatian Blu kepada isterinya yang kini bersaing dengan bekas kekasih Jewel iaitu Roberto boleh dijangka dan klise versi animasi-komputer. Cerita Blu membesarkan anak-anak yang semakin moden juga ialah mimikan apa yang berlaku dalam kehidupan manusia kini. Waktu yang sama ia juga mengenai Blu yang terlalu bergantung kepada kecanggihan alat GPS dan peralatan dalam pouch-bag yang sepatutnya janggal kepada burung. Eh?

RIO2-10

Akibat dari terlalu banyak plot yang hendak diceritakan berselang-seli menjadikan filem ini terasa seakan memenatkan dan berserabut untuk diikuti satu-persatu. Tidak tahulah sama ada penonton kanak-kanak akan merasa bosan atau keliru? Pada saya, filem ini sudah mencuba sebaik-mungkin untuk bercerita kisah dalaman keluarga Blu dan konflik luaran kehidupan Blu sebagai hero penghuni asing di seluruh hutan Amazon untuk menyelamatkan habitat semulajadi mereka yang semakin terancam. Ok! Saya tidak perlu terlalu serius untuk mengulas filem animasi yang jelas sekali sekadar memanjangkan kisah filem pertamanya dahulu untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin dek kerana populariti Rio (2011).

KESIMPULAN

Rio (2014) ialah sebuah filem animasi yang terlalu berwarna-warni tetapi mudah dilupakan. Mungkinlah ringkasannya ialah 'marilah kembali ke asal-usul di kampung?.. Saya sudi berikan 3 BIJI ROTIKAYA sahaja.

Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik

Posted: 14 Apr 2014 05:05 PM PDT

Kali terakhir para peminat tegar Ziana Zain menyaksikan konsert beliau ialah pada tahun 2001 iaitu di konsert ‘ZZ in the Park’ yang berlangsung di PWTC. Masa tu, penulis baru nak masuk sekolah menengah. Heh.

Kini selepas 15 tahun tidak muncul dengan persembahan mega, penghibur bersuara lantang ini bakal mengubat kerinduan para peminat dengan konsert yang diberi nama I Am Ziana Zain.

Satu kelainan yang dibawakan oleh diva kesayangan ramai ini, konsert mega tersebut akan berlangsung di negeri kelahirannya, di negeri bersejarah Melaka iaitu lokasinya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 27 September 2014.

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana impian saya selama ini akhirnya akan menjadi kenyataan apabila pihak penganjur menyatakan hasrat mereka untuk merealisasikan konsert saya. Saya tak sangka pada usia begini, masih ada pihak yang percaya dengan saya”

“Konsert ini juga sebagai hadiah saya kepada para peminat saya yang tidak pernah jemu-jemu menyokong saya. Ini juga berkat doa mereka yang sentiasa menyuarakan hasratt mahu menyaksikan konsert saya”

“Selama ni sudah banyak konsert lain di Kuala Lumpur, jadi sebagai memberi kelainan saya memilih Melaka. InsyaAllah ini sebagai permulaan dan sekiranya ada peluang dan rezeki, saya berhasrat membawa konsert saya ini ke negeri lain pula dan mungkin kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur nanti. Semoga konsert di Melaka ini akan membuka jalan lebih luas untuk saya pada masa akan datang,” kata Ziana Zain penuh teruja ketika ditemui pada sidang media mengumumkan komsertnya ini bertempat di hotel Royal Chulan Damansara, semalam.

Bakal berlangsung selama dua jam, konsert anjuran Gold Earth Pictures Sdn Bhd ini menelan kos sekurang-kurangnya RM730,000. Pada konsert yang akan diketuai oleh pengarah muzik berpengalaman, Aubrey Suwito ini, Ziana akan mendendangkan sebanyak 22 lagu hits petikan dari album pertamanya hingga terkini termasuk satu single baru istimewa buat para penonton.

Selain itu, persembahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Madah Berhelah’ dan ‘Puncak Kasih’ ini akan diiringi oleh 22 pemuzik okestra. Berkonsepkan dramatik, penonton juga akan dipersembahkan dengan beberapa kejutan sekaligus memberikan hiburan maksimum kepada pembeli-pembeli tiket.

Tiket-tiket untuk Konsert I Am Ziana Zain dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Platinum berharga RM325, Diamond (RM255), Gold (RM155) dan silver (RM95). Istimewa, seramai 100 pembeli pertama tiket Platinum berpeluang beramah-mesra dan melakukan aktiviti menarik bersama Ziana Zain, sehari selepas konsert berlangsung.

Tiket-tiket boleh didapati menerusi www.TicketPro.com.my atau beli terus di pejabat urusan Golden Earth Pictures. Selain itu tiket juga dijual di Melaka International Bowling Center (MIBC), Melaka. Bagi peminat yang membuat pembelian terus dari pejabat urusan Golden Earth Pictures bermula 14 April hingga 31 Mei akan mendapat potongan harga sebanyak 10%. (rtky/fr)

#09 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #07 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #11 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #15 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #10 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #14 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #18 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #13 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #17 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #08 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #16 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA #12 Lebih Sedekad Tanpa Konsert Solo, Ziana Zain Janji Yang Terbaik - ROTIKAYA

Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Rai Songkran

Posted: 14 Apr 2014 10:55 AM PDT

Sekitar Februari lalu, ada khabar angin mengatakan yang pelakon Ana Dahlia ini sudah bertemu pengganti dan kehadiran beliau bersama seorang jejaka tampan ke sebuah butik fesyen terkenal mengundang spekulasi yang mereka akan berkahwin.

Menjawab spekulasi itu, Ana Dahlia berkata yang beliau hadir ke butik tersebut adalah untuk menempah busana sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang sepatutnya berlangsung pada 6 April 2014 yang lalu.

BACA: Ana Dahlia Nafi Akan Berkahwin, Akui Rapat Dengan Seseorang (ext.)

Namun, Ana Dahlia tidak terlepas dari terus menjadi perhatian peminat yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang hubungan cinta terbarunya bersama seorang jejaka yang dikenali Ubai Zulkiflee. Terbaru, mereka bercuti bersama ke Bangkok, Thailand.

Melihat dari gambar yang dikirimkan pasangan ini melalui akaun Instagram masing masing, Ana Dahlia & Ubai Zulkiflee memilih kota Bangkok sebagai destinasi bercuti kali ini bersempena dengan sambutan festival Songkran di seluruh Thailand.

Tahun Baru Thai (atau Songkran) disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Salin dan tampal dari Wikipedia, untuk anda.

Berikut beberapa keping gambar Ana Dahlia & kekasihnya, Ubai Zulkiflee ketika berada di kota Bangkok, Thailand baru baru ini. Mereka nampak bahagia, itu paling penting. (rtky/m)

#00 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #99 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #03 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #06 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #01 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #98 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #02 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #95 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #93 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #94 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #04 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #05 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #97 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #92 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA #96 Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.535)

Posted: 14 Apr 2014 09:10 AM PDT

VIDEO HARI INI: Ketika berlangsungnya majlis 2014 MTV Movie Awards semalam, pihak penerbit filem X-Men: Days of Future Past telah berbesar hati menayangkan sedutan babak pertarungan awal dalam filem yang akan terbit sekitar Mei 2014 itu nanti. Awesome!

Seperti manusia biasa yang lainnya, Leonardo DiCaprio juga menghadiri festival muzik untuk berhibur dan seorang peminat di konsert Coachella Music Festival berjaya merakamkan aksi pelakon popular itu menari comel. – Just Jared

Dalam satu temubual bersama program terbitan SBS Healing Camp, Lee Seung Gi dedahkan yang bukan senang untuk beliau bergelar anak seni dan penghibur dan adakalanya kerana ianya terlalu sukar, beliau seperti mahu melarikan diri. – Soompi

Kalau anda terlepas aksi menarik sepanjang berlangsungnya 2014 MTV Movie Awards termasuk saat Zac Efron tampil tidak berbaju di atas pentas dan membuatkan semua gadis naik gila, ini rangkuman lengkap termasuk keputusan dan karpet merah. – Too Fab

Ibu kepada Selena Gomez, Mandy Teefey berkata yang beliau tidak tahu menahu yang dirinya sudah dipecat dari terus menjadi pengurus selebriti remaja itu sehinggalah membaca berita yang mengejutkan ramai itu dilaporkan media Hollywood. – TMZ

Menjawab soalan media tentang kelibat beliau yang semakin tidak kelihatan di layar perak, Neelofa mengakui mengambil langkah berhati hati dalam perkembangan karier ketika ini & lebih selesa untuk menjalakan perniagaan sendiri dan juga mengacara. – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...