RotiKaya |
- Erra Fazira: Jangan Desak Saya & Tolong Hormati Privasi
- Neelofa Bawa Keluarga Pergi Bercuti Ke London
- Buli, Gurau Atau Memang Gedik? — Emma Maembong Paksa Zizan Razak Lafaz Cinta
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.534)
- Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series Bernilai RM700,000
- Engku Emran Berusaha Untuk Kembali Bersama Erra Fazira?
| Erra Fazira: Jangan Desak Saya & Tolong Hormati Privasi Posted: 13 Apr 2014 05:19 PM PDT Hujung minggu lalu, tindakan Engku Emran yang seakan berusaha untuk kembali memikat hati bekas isterinya, Erra Fazira mendapat perhatian dan ramai yang mendoakan yang usahanya akan berhasil dan mereka kembali bersatu lebih lebih lagi demi anak mereka, Engku Aleesya. BACA: Engku Emran Berusaha Untuk Kembali Bersama Erra Fazira? Dalam kenyataan kepada mStar Online hari ini, Erra Fazira berkata yang beliau terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya. “Tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Amanah dan tanggungjawab (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya,” tulis Erra Fazira ringkas menerusi aplikasi Whatsapp. Menurut Erra Fazira lagi, walaupun ramai mendoakan supaya mereka kembali bersama, hanya beliau dan Engku Emran sahaja tahu apa yang telah berlaku antara mereka berdua — pasangan ini bercerai pada 18 Februari lalu selepas lebih enam tahun berkahwin “Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik,” tambahnya. |
| Neelofa Bawa Keluarga Pergi Bercuti Ke London Posted: 13 Apr 2014 11:44 AM PDT Kalau anda mengikuti perkembangan akaun sosial Neelofa, pastinya anda tahu yang kini pelakon, pengacara dan ahli perniagaan itu berada di London sepanjang minggu lalu dan khabarnya kini dalam perjalanan pulang. Dalam coretan terkini beliau di akhbar Harian Metro, Neelofa memaklumkan yang pemergian beliau ke London bersama keluarga adalah untuk bercuti bersama selepas percutian terakhir mereka di Dubai, UAE lebih setahun yang lalu. BACA: Neelofa Akui Mahu Cari Duit Sebanyak Mungkin Sebelum Berkahwin “Selain bercuti, sebenarnya kedatangan kami ke UK kerana nak tengok kolej yang sesuai untuk adik Lofa, Athisha. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, Athisha akan melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level di sini” “Jadi kesempatan yang ada, alang-alang kami tengok kolej yang bersesuaian dengan minat Atihisha. Dulu Lofa pun ambil A-Level, jadi senang sedikit urusan Athisha, sebab dah ada kakak yang boleh beri pandangan mengenai A-level,” tulis Neelofa. Neelofa turut menceritakan yang beliau akan menjadi seorang yang kuat makan apabila berada di London dan tidak akan terlepas mencari sarapan terbaik setiap pagi di sana selain mengunjungi beberapa restoran terkenal ketika berada di sana. Ikuti tulisan penuh Neelofa di Harian Metro & berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar percutian Neelofa sekeluarga ke London baru baru ini. Enjoice! (rtky/m) |
| Buli, Gurau Atau Memang Gedik? — Emma Maembong Paksa Zizan Razak Lafaz Cinta Posted: 13 Apr 2014 10:36 AM PDT Panjang sungguh tajuk entri hujung minggu ini. Peduli pula kami. Baru baru ini menerusi akaun Instagram beliau, Emma Maembong telah memuat naik sebuah video berdurasi 15 saat yang dipenuhi dengan muka kekasihnya, Zizan Razak. Mungkin sekadar ingin bergurau atau membuli kekasih hatinya itu, Emma Maembong telah meminta Zizan Razak untuk melafazkan kata sayang sekuat hati supaya satu kedai mampu dengar ‘perasaan’ mereka yang sedang di’lamun cinta. Anda boleh saksikan video kami muat naik semula di Youtube, di atas. Sekadar gurauan hujung minggu atau tidak sesama mereka, tindakan Emma Maembong ini nampaknya mengundang beberapa komen kurang enak untuk dibaca termasuk yang mengatakan beliau mengada-ngada (atau gedik dalam bahasa rempitnya). Hmm. (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.534) Posted: 13 Apr 2014 09:39 AM PDT VIDEO HARI INI: Ini Angelina Jordan dan beliau berusia 8 tahun mendendangkan lagu klasik Bang Bang nyanyian asal Nancy Sinatra di pentas Norway’s Got Talent. Kami terpesona. Ahli kumpulan Backstreet Boys (BSB) yang kini berusia 34 tahun, Nick Carter baru baru ini telah melangsungkan perkahwinan bersama Lauren Kitt di Santa Barbara, California yang mana beliau sebelum ini pernah berkata tidak mahu berkahwin, selamanya. – Just Jared Ketika konsert miss A di Thinkpad Space, Beijing salah seorang anggotanya Bae Suzy telah terjatuh ketika menaiki pentas namun tetap meneruskan persembahan dengan buku lali yang jelas berdarah. Semangat harus dipuji. – Soompi Hujung minggu lalu, laman Instagram tidak dapat diakses kerana mengalami masalah teknikal dan pihak Instagram menafikan yang ianya mempunyai kaitan dengan jumlah gambar yang dimuat naik oleh pengunjung festival muzik Coachella. – TMZ Sedikit berita fesyen kerana anda semua perlu tahu yang H&M telah mengumumkan kolabirasi terbaru mereka akan menampilkan rekaan dari pereka fesyen terkenal, Alexander Wang dan dunia fesyen kini sedang demam menanti hasilnya. – THR Pelakon Linda Hashim yang disahkan hamil pada Julai tahun lalu berkata yang beliau melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin kelak. – mStar Online |
| Anak Rozita Che Wan Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series Bernilai RM700,000 Posted: 12 Apr 2014 10:36 PM PDT Perkara ini menjadi lebih besar dan meraih perhatian ramai lebih dari apa yang kami jangkakan. Mungkin kerana ianya melibatkan Rozita Che Wan dan hadiah kecemerlangan SPM yang bernilai ratusan ribu ringgit. Kami dahulu tidak terima apa apa, kerana gagal. Heh. Dalam laporan terbaru Kosmo! Ahad, Ammar Effendy yang telah menjadi bualan ramai sepanjang minggu lalu mengesahkan yang beliau akan menerima kereta BMW 6 Series G Power Modified yang harga pasaran ketika ini sekitar RM700,000. BACA: Anak Rozita Che Tan Dakwa Laporan Media Mengarut, Tidak Akan Terima BMW X6 “Ya, memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tu suka je, kami dah pergi survey kereta BMW baru baru ini,” tulis Ammar Effendy kepada wartawan Kosmo! menerusi aplikasi Whatsapp baru baru ini. Dalam laporan tersebut, Ammar Effendy turut dikatakan bersyukur dan gembira dengan hadiah kereta mewah yang ditawarkan ibunya itu dan berkata mungkin akan membeli kereta Audi R8 idamannya itu dengan duitnya sendiri selepas bekerja kelak. (rtky/m) |
| Engku Emran Berusaha Untuk Kembali Bersama Erra Fazira? Posted: 12 Apr 2014 09:07 PM PDT Dua tiga hari ini kami perhatikan akaun Instagram bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran, nampaknya beliau seakan akan dalam usaha untuk memulihkan kembali hubungan yang sudah terlerai. Masihkah ada harapan? Sejak bercerai, Erra Fazira tetap berhubungan baik dengan bekas suaminya, Engku Emran. Dan masing-masing menjalankan tanggungjawab yang baik buat satu-satunya permata hati mereka, Engku Aleesya. Ya, mereka tidak lagi sebagai suami isteri tetapi mereka tetap ibu dan ayah kepada Aleesya. Itu hakikat yang tidak berubah. Heh. Antara yang mencuri tumpuan ramai apabila tersebarnya beberapa gambar di internet menunjukkan Erra dan Engku Emran sama-sama meraikan hari ulangtaun kelahiran Aleesya yang ke-5, pada 31 Mac lalu. Dengarnya, sepanjang majlis penuh meriah si kecil nan cantik itu, suasana turut dimeriakan lagi dengan putaran lagu-lagut hits ibunya. Ahh… so sweet. Terbaru, kita semua barangkali bakal menyaksikan tiga beranak ini ‘bersama semula’ tetapi dalam satu percutian ke luar negara, tidak lama lagi. Beberapa jam lalu, Engku Emran menerusi laman sosial Instagram miliknya (@iamkumbre) telah memuat naik gambar sekitar kota New York di waktu malam. Apa yang menarik perhatian, kasyen pada gambar tersebut menyatakan, Sedang beliau mendengar lagu Empire State of Mind (nyanyian Jay Z dan Alicia Keys) di dalam kereta pagi tadi, dalam pada itu beliau sempat berbual dengan puteri kesayangannya. Kata Emran, beliau memberitau Aleesya yang mahu membawanya bercuti ke kota Metropolitan New York, Amerika Syarikat sebelum anaknya itu melangkah ke tadika September ini. Kemudian Aleesya bertanya, “Macam mana dengan ibu, ayah?”. Engku Emran membalas, Ya, dia boleh ikut sama. Apa kata Aleesya tanya sendiri pada ibu, kalau-kalau dia nak ikut kita, ya…”. Wah! Kami gembira mendengar berita ini. Malah melalui entry itu ramai pengikut IG Engku Emran memberikan komen positif yang kami kira ianya doa – peminat-peminat mahu Erra dan Engku sentiasa mengembirakan hati Aleesya. Dan kami pasti, jika Erra punya kelapangan masa untuk mengikuti sama percutian bekas suami & anaknya itu, tentunya Aleesya lebih-lebih gembira! So, Aleesya… tugas awak sekarang tolong ayah, pujuk ibu awak ikut sama ya. Heh. Engku Emran juga nampaknya telah pun mencetak t-shirt untuk digayakan Engku Aleesya dengan hashtag #prayformomandayah. Hmm. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.