RotiKaya

RotiKaya


Apokalips X: Filem Paling Ditunggu Dari Mamat Khalid Kini Di Pawagam

Posted: 10 Apr 2014 03:48 PM PDT

Selepas beberapa tahun menjalani proses produksi, akhirnya filem arahan Mamat Khalid yang menjadi penantian ramai ini sudah berada di pawagam bermula 3 April 2014 & kami sendiri teruja untuk melihat sentuhan pengarah versatil ini.

Apokalips X sebuah terbitan Astro Shaw ini merupakan filem Mamat Khalid yang pastinya jauh berbeza dari filem beliau sebelum ini seperti Zombie Kilang Biskut, Man Laksa, Rock, Kala Malam Bulan Mengambang, Zombie Kg. Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang semuanya terkesan di hati peminat filem.

Mengambil latar selepas Perang Kimia yang memusnahkan seluruh dunia, Apokalips X berkisar sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka.

Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) & Kala Jengking (Jehan Miskin). Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka.

1966348_744071975626843_1488924682_o

Tetapi perjanjian damai yang telah memberhentikan pertempuran maut satu ketika dahulu menjadi semakin terancam apabila Aman Chai, pengikut utama X jatuh cinta kepada anak kesayangan Sri Gala iaitu QiQi (Miera Leyana).

Pergelutan yang tercetus akibat daripada hubungan cinta tersebut dan juga hasutan dari Kala menyebabkan QiQi tercedera parah. Sri Gala yang meradang dengan kejadian itu bertekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah termeterai bertahun lamanya.

Apabila ketegangan antara X & Sri Gala semakin memuncak, Kala yang gila kuasa pula mengambil kesempatan dengan merancang tindakannya untuk menjatuhkan kedua-dua geng tersebut. Kala berjaya menambahkan bilangan pengikutnya dan bersiap sedia untuk membuat serangan.

10003831_744071858960188_125790017_o

Apakah kesudahan konflik yang berlaku antara anak muda ini dan mampukah mereka terus memegang janji untuk tidak berperang & seterusnya mengulangi kehancuran yang pernah terjadi. Jangan lupa saksikan filem hebat Apokalips X terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tayangan Unggul ini di pawagam berhampiran. Jom!

Maklumat lanjut: Laman rasmi filem Apokalips X #ApokalipsX #AstroShaw

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.533)

Posted: 10 Apr 2014 09:56 AM PDT

VIDEO HARI INI: Tragedi Bhopal yang mengorbankan ribuan nyawa selain ratusan ribu lagi terdedah dengan elemen kimia bahaya merupakan tragedi terburuk dalam zaman industri dan kini sebuah filem didedikasikan untuk menceritakan kisah sebenar, Bhopal Prayer for Rain.

Bintang yang popular menerusi siri TV Glee, Naya Rivera dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya Big Sean selepas lima bulan bertunang dan khabarnya disebabkan pihak lelaki yang telah berlaku curang. Bukan benda baru ya tidak? – Just Jared

Selepas menafikan yang beliau akan menerima BMW X6 dari ibunya, Rozita Che Wan kerana mencatat keputusan cemerlang dalam SPM, Ammar Effendy dalam kenyataan terbaru berkata beliau lebih sukakan Audi R8 yang bernilai RM660,000. – mStar Online

Penerbit filem Wolf of Wall Street, Riza Aziz dan Joey McFarland telah disaman oleh penerbit asal filem Dumb and Dumber kerana mengecualikan mereka dalam pembikinan sekuel filem komedi itu selain mendakwa anak Rosmah Mansor itu melakukan penipuan kewangan. – THR

Penyanyi yang popular dengan lagu Jar of Hearts, Christina Perri telah mendapatkan perintah larangan terhadap seorang lelaki bernama Scott Brannan yang didakwa merupakan stalker tegar selama lebih setahun dan bimbang akan melakukan jenayah seksual terhadapnya. – TMZ

Sebuah video latihan tarian kumpulan EXO untuk lagu terbaru mereka berjudul Overdose telah bocor ke internet dan SM Entertainment dalam satu kenyataan berkata mereka akan mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang bertanggungjawab. – Soompi

Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India

Posted: 09 Apr 2014 06:33 PM PDT

Kenapa tidak? Elfira Loy yang baru baru ini telah mengikuti percutian bersama AirAsia ke Kochi, India untuk mempromosikan tempat pelancongan di sana mengakui telah berbelanja besar untuk membeli pelbagai fabrik mewah & barangan kecantikan.

Bukan sedikit punya besar, Elfira Loy berkata kepada mStar Online hari ini yang beliau berhabis RM20,000 untuk kesemua barangan yang dibeli di India dan beliau sanggup membelanjakan jumlah yang besar sebegitu untuk memenuhi citarasa penampilan beliau.

“Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang”

“Jadi apabila berpeluang ke India, pasti kain sari menjadi sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai lehenga berharga kira-kira RM4,000. Kalau di Malaysia harga sepasang kira-kira RM7,000″

“Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas,” jelas Elfira Loy lagi.

Turut serta dalam perjalanan Elfira Loy ke Kochi, India selama tiga hari itu ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus. Berikut beberapa gambar mereka di sana. Untung. (rtky/m)

#17 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #25 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #14 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #11 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #26 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #29 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #22 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #18 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #23 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #12 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #19 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #16 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #30 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #24 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #20 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #21 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #10 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #27 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #13 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #15 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA #28 Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...