RotiKaya |
| Suami, Keluarga & Rakan Artis Rai Ulangtahun Kelahiran Lisa Surihani Ke 28 Posted: 23 Mar 2014 04:51 PM PDT Patutlah saluran televisyen E! News Asia memilih hujung minggu ini untuk menyiarkan program khas menampilkan Lisa Surihani, rupa rupanya selari dengan minggu ulangtahun kelahiran selebriti popular itu. Minggu kelahiran? Heh. BACA: Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia Untuk meraikan ulangtahun kelahiran Lisa Surihani yang ke 28, suaminya Yusry KRU telah menganjurkan sebuah majlis sambutan secara sederhana yang dipercayai diadakan di kediaman pasangan ini yang turut dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan artis. “Happy birthday isteriku. Wishing you all the joy, happiness and love you can handle. Thank you for being so wonderful, I love you with all my heart,” tulis Yusry KRU dalam salah satu kemaskini terbaru beliau melalui akaun Instagram. Walaupun Lisa Surihani mahu pun Yusry KRU tidak memuat naik sebarang gambar dari majlis sambutan tersebut, beberapa orang artis yang hadir seperti Scha al-Yahya, Nur Fazura dan Liyana Jasmay sempat berkongsikan detik istimewa itu bersama peminat. Berikut beberapa keping gambar sekitar sambutan ulangtahun kelahiran ke 28 Lisa Surihani. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik baik. Enjoice! |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.524) Posted: 23 Mar 2014 09:28 AM PDT VIDEO HARI INI: Hujung minggu ini akan berlangsung perlumbaannya Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang dan jika anda ingin tahu, badan berwajib telah mengeluarkan satu arahan yang menyebabkan bunyi enjin menjadi jinak. Dengarkan. Universal Pictures mengesahkan yang watak Paul Walker dalam filem Fast and Furious 7 akan diteruskan menggunakan aktor dan badan pendua selain menggunakan teknolgi CGI untuk melengkapkan filem itu yang bakal disambung prosesnya bulan ini. – Huff. Post Juara program Anak Wayang musim pertama iaitu Hairi Safwan telah sah bergelar suami kepada bakal guru, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz di sebuah majlis yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu lalu. – mStar Online Filem adaptasi terbaru, Divergent telah mendapat sambutan hangat dari peminat filem di seluruh dunia dan di Amerika Syarikat sendiri filem ini dijangka akan mengutip lebih US$60 juta selepas tayangan sepanjang hujung minggu. – EW Penyanyi remaja ini entah mahu mencipta rekod dunia atau apa tetapi yang pasti Justin Bieber telah meminta seorang pelukis tattoo untuk melukis tattoo di badannya ketika terbang dalam kapal terbang di ketinggian 40,000 kaki. – TMZ Bersempena dengan ulangtahun kematian penyanyi popular Kurt Cobain, pihak polis di Seattle telah mendedahkan beberapa keping gambar sekitar siasatan akan kejadian bunuh diri penyanyi itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. RIP Kurt Cobain. – THR |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.