RotiKaya |
| Hanez Suraya: Keluarga Restu Hubungan Saya & Romie Posted: 20 Mar 2014 06:37 PM PDT Masih berminat dengan kisah Hanez Suraya? Ya, kenapa tidak. Pelakon ini kini masih menjadi buruan media selepas kontroversi yang melanda dan khabarnya baru baru ini telah digugurkan dari terus menjadi duta produk kecantikan, Aura White. BACA: Kontroversi Suami Orang, Kontrak Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White Dibatalkan Bercakap kepada Utusan Malaysia baru baru ini, Hanez Suraya mendedahkan yang beliau tidak tertekan dengan perkembangan terbaru itu dan berkata semua orang mempunyai masalah. “Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang ada pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu” Hanez Suraya juga ditanya tentang reaksi keluarga beliau tentang kontroversi yang melanda dirinya ketika ini dan beliau memberitahu yang keluarga tidak mempunyai masalah dengan semua ini selain merestui hubungan dengan Romie. “Sejak daripada awal lagi mereka sudah pun tahu dan merestui hubungan saya bersama Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini. Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting” “Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar sana yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah” “Tetapi keluarga tetap bersama-sama. Pada saya, selagi keluarga menyokong segala tindakan, saya akan dengar kata mereka,” tambah Hanez Suraya lagi yang mengakui sedang bahagia dengan Romie. Kerana kenapa tidak ‘kan? Heh. (rtky/m) |
| Zahiril Adzim Berguru Dengan Ayah Untuk Filem Pekak Posted: 20 Mar 2014 06:06 PM PDT Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan bahawa dia bakal berguru dengan ayahnya yang merupakan seorang guru di sekolah pendidikan khas bagi menjayakan watak dalam filem terbarunya yang berjudul Pekak terbitan Grand Brilliance dan arahan pengarah baru, Khairul Azri. “Sebelum saya menjalani penggambaran sudah semestinya saya akan tengok sedikit karakter Pekak itu bagaimana cara mereka hidup dan berinteraksi dengan masyarakat. Selain itu, saya juga akan meminta bantuan dan belajar bersama ayah untuk menyelami karakter sebagai OKU (pekak) memandangkan ayah saya seorang guru di sekolah pendidikan khas,” katanya. Dia turut memberitahu bahawa jalan cerita filem ini amat berbeza sekali kerana sebagai seorang hero dia terpaksa untuk melakonkan watak sebagai seorang yang pekak dan ini membuatkan filem ini berbeza dari filem yang pernah dilakonnya sebelum ini. “Filem kali ini agak mencabar dan wataknya juga agak berat kerana sepanjang filem ini saya tidak ada dialog dan ini agak sukar tetapi saya akan cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik. Lagi pun jalan cerita ini agak berbeza kerana selalunya sebagai seorang OKU karakternya akan menjadi seorang yang baik tetapi dalam filem ini agak berbeza sedikit watak dan peranannya itu,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.