RotiKaya

RotiKaya


Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia

Posted: 20 Mar 2014 05:37 PM PDT

Meskipun Lisa Surihani yang juga isteri kepada pengarah dan pelakon Yusry KRU ini sedia dikenali ramai, namun ada beberapa perkara yang peminat tidak pernah tahu mengenai siapa sebenarnya heroin filem Istanbul Aku Datang ini.

Bagaimanapun, pendedahan tersebut bakal dibuat oleh beberapa individu yang paling rapat dan penting dalam hidupnya seperti suaminya sendiri iaitu Yusry, ibunya serta sahabat baiknya.

Menariknya, rahsia Lisa Surihani bakal dibongkarkan secara eksklusif menerusi program E! News Asia Special dan bakal ditayangkan pada 30 Mac ini di Astro Channel 712, jam 10.00 malam.

Lisa Surihani yang ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program tersebut semalam, Lisa berkata dia berasa bertuah dan tidak menyangka kerana terpilih sebagai selebriti Malaysia pertama untuk muncul dalam program E! News.

“Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya,” kata Lisa Surihani pada sidang media E! News Asia Special di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.

Dalam pada itu Lisa berkata, meskipun dirinya sudah dikenali ramai namun adakalanya dia terlupa bahwa dirinya seorang selebriti.

“Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat,” katanya sambil tersenyum.

Justeru Lisa Surihani juga berkata dia teruja untuk mendengar pendedahan juga perspektif orang sekeliling mengenai dirinya yang dia sendiri tidak pernah tahu.

“Saya teruja nak dengar apa kata orang-orang yang dekat dan penting dalam hidup saya ini mengenai saya. Sebenarnya saya ada juga cuba memujuk suami, bertanya pada dia apa soalan yang di tanya E! News kepadanya tentang saya. Tapi suami saya tidak mahu memberitahu sebaliknya dia berkata, nanti tengoklah”, kata Lisa lagi.

E! News Asia Special sebelum ini pernah menampilkan beberapa artis popular Asia seperti Aaron Aziz daripada Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina). (rtky/fr)

#60 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #59 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #58 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #57 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #56 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #55 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #61 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #54 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #53 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #52 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #51 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA #50 Lisa Surihani Bakal Dedah Rahsia Dalam Program Khas E! News Asia - ROTIKAYA

Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram

Posted: 20 Mar 2014 09:06 AM PDT

Pelakon dan sesekali pelawak, Sharifah Sakinah yang ditemui ketika sesi bacaan skrip filem terbarunya yang berjudul Pekak di Sri Pentas petang semalam telah menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya di laman Instagram.

“Saya sebenarnya tayang perut bukan secara sengaja. Tujuannya adalah untuk menjadi model kepada peminat-peminat yang menyaksikannya supaya dapat menjadi inspirasi kepada mereka semua untuk lebih semangat menjadi cantik, kurus dan sihat”

“Kalau boleh saya nak mereka dapat perut, otot yang cantik seperti apa yang telah saya pamerkan itu. Saya tak kisah apa orang nak cakap dan apa yang saya lakukan ini adalah positif dan saya nak lihat ramai di antara mereka berjaya dan sihat dan itulah matlamat dan tujuannya yang sama,” katanya panjang lebar.

#42 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #39 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #38 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA

Sementara itu dia turut memberitahu bahawa program “Sakinah Fitness” akan menjalani fasa yang serius apabila akan berkobolarasi bersama-sama dengan E-Fitness di One Subang, One City Mall di mana akan disasarkan seramai 5000 penyertaan yang akan menjalani program selama 3 bulan.

Dia juga akan menjalankan aktiviti kecergasan selama 52 jam yang akan dijayakannya pada bulan September ini yang dinamakan sebagai Sakinah Fitness Fiesta.

Tidak dinafikan juga bahawa platformnya sebagai artis memudahkannya untuk menarik peminat menyertai program kecergasan ini.

“Saya tidak menafikan bahawa penglibatan saya sebagai seorang artis telah berjaya menarik lebih ramai peminat untuk menyertai program ini selain daripada meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang aktiviti yang menyihatkan ini,” tuturnya.

Sharifah Sakinah juga bakal melancarkan produk jenamanya tersendiri tidak lama lagi, Sakinah Skincare yang merupakan produk penjagaan badan bagi mereka yang aktif bersukan.

“Sekarang ini saya masih mencubanya terlebih dahulu sebelum ianya dipasarkan pada penghujung tahun ini untuk memastikan kualiti dan kandungannya,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)

#40 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #41 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #43 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #44 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #45 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #46 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #47 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #48 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #49 Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA

Kerana Bukan Seorang Selebriti — Suami Sari Yanti Enggan Ulas Lanjut Isu Cerai

Posted: 20 Mar 2014 05:15 AM PDT

Dengan menggunakan alasan yang beliau bukannya bergelar seorang selebriti, suami kepada Sari Yanti enggan untuk mengulas lanjut tentang isu penceraian mereka yang kini sudah sampai ke tahap proses di mahkamah.

Mohd Edy Casmadi Che Hussin yang kini berusia 34 tahun meminta supaya semua media tidak bertanyakan kepada dirinya tentang keretakan rumahtangga beliau bersama Sari Yanti dan berkata tidak mempunyai sebab untuk memberikan kenyataan kerana bukan seorang selebriti.

BACA: Sari Yanti Disahkan Fail Cerai 25 Februari Lalu, Gagal Hadir Ke Mahkamah

“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang berikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya kepada mStar Online.

Mohd Edy hadir di Mahkamah Syariah Seremban bagi sebutan permohonan kembali taat & nusyuz yang difailkan terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.

Kegagalan sampaikan surat saman secara terus walaupun Sari Yanti telah dimaklumkan tentang tuntutan ini menyebabkan peguam Mohd Edy, Munirah A. Bakar memohon di mahkamah supaya penyampaian surat saman dapat dibuat secara tampalan di rumah pelakon itu di Kuala Pilah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Gambar & Artikel Ihsan: mStar Online

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...