RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.523)
- Sari Yanti Disahkan Fail Cerai 25 Februari Lalu, Gagal Hadir Ke Mahkamah
- Bercinta Dengan Kerabat — Sarimah Ibrahim Bawa Teman Lelaki Baru Ke Konti?
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.523) Posted: 19 Mar 2014 09:32 AM PDT VIDEO HARI INI: Anda pasti gunakan Google saban hari dan selepas ini anda akan melihat servis paling popular di dunia itu dalam perspektif yang berbeza. Secara rasminya, Disney dan LucasFilm mengumumkan yang filem terbaru Star Wars: Episode VII yang bakal diarahkan oleh J.J. Abrams akan memulakan penggambaran pada Mei nanti dan jalan cerita akan mengambil salur masa 30 tahun dari set Return of the Jedi. – Us Weekly Isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan anak pengasas tudung jenama Fareeda mengakui hanya memakai setiap tudung yang dimiliki hanya sekali dan sehingga kini memiliki lebih 1,000 helai tudung berbeza dalam almari. – mStar Online Pelakon Cameron Diaz kini sedang bercuti bersama rakan rakan wanitanya di kepulauan Caribbean menjadi perhatian media Hollywood selepas beberapa keping gambar beliau mandi dan berseronok di pantai dengan separuh bogel. – Huff. Post Dalam satu program televisyen ketua kumpulan Girls’ Generation (SNSD), Taeyeon melahirkan kebimbangan yang para peminat mereka akan beralih arah ke kumpulan lain dek kerana mereka mengambil masa lama untuk tampil dengan muzik baru. – Soompi Pengarah penuh berseni yang sebelum ini berjaya menghidupkan Lost in Translation dan The Bling Ring, Sofia Coppola khabarnya kini sedang berbincang untuk mengarah filem terbaru tentang watak fantasi A Little Mermaid, versi live. – Deadline |
| Sari Yanti Disahkan Fail Cerai 25 Februari Lalu, Gagal Hadir Ke Mahkamah Posted: 18 Mar 2014 06:42 PM PDT Harian Metro hari ini melaporkan yang Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, semalam. Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari yang berusia 30 tahun difahamkan telaj memfailkan permohonan cerai pada 25 Februari lalu dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana suaminya ke luar negara atas urusan kerja. BACA: Sari Yanti Minta Berpisah Dari Suami, Tidak Mahu Pulang Ke Rumah (ext.) Aktress yang kini merupakan peserta program Fear Factor Malaysia dan suami difahamkan perlu melalui proses sulh pertama bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik. Laporan terbaru ini sekaligus mengesahkan spekulasi yang menjadi buah mulut ramai peminat dunia hiburan beberapa minggu kebelakangan ini. Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. |
| Bercinta Dengan Kerabat — Sarimah Ibrahim Bawa Teman Lelaki Baru Ke Konti? Posted: 18 Mar 2014 06:00 PM PDT Lama rasanya kita semua tidak mendengar cerita tentang Sarimah Ibrahim yang kini aktif bertugas di stesen radio Mix FM dan pagi ini, beliau menerima perhatian ramai gara gara kehadiran teman lelakinya ke konti radio. Apa cerita? Sejak beberapa minggu yang lalu, Mix FM telah melancarkan program pagi berjudul Desperately Seeking Sarimah yang menampilkan Sarimah Ibrahim menemubual beberapa orang lelaki yang merupakan calon untuk keluar bertemu janji (date) dengannya. Namun pagi tadi, Sarimah Ibrahim khabarnya telah membawa seorang lelaki bernama Jamie yang didakwa merupakan teman lelaki barunya dan ini menimbulkan persoalan sama ada jejaka itu benar benar kekasihnya atau sekadar gimik radio? Jejaka yang tampil bersama Sarimah Ibrahim pagi tadi (gambar) telah dikenalpasti sebagai Tunku Nadzimuddin yang merupakan salah seorang kerabat Negeri Sembilan & pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2009 kerana perbalahan dengan seorang kerabat negeri lain. Melalui satu komen yang ditinggalkan pendengar di Facebook Mix FM, sebuah video yang menunjukkan pasangan ini menyambut ulangtahun kelahiran Sarimah Ibrahim baru baru ini di Zeta Bar, Kuala Lumpur seakan mengesahkan yang mereka sudah lama bercinta. Hmm.
|
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.