RotiKaya

RotiKaya


Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak

Posted: 18 Mar 2014 05:18 PM PDT

Berita kehamilan pelakon ini mendapat perhatian ramai minggu lalu selepas tuan badan sendiri mengesahkan perkara itu melalui sekeping gambar yang dikirimkan ke Instagram ketika bercuti di Krabi, Thailand baru baru ini.

BACA: Rozita Che Wan Kongsi Berita Gembira Di Instagram, Kini Hamil

Namun perkongsian Rozita Che Wan tersebut turut mengundang kata kata kurang enak daripada segelintir peminat dan pelakon ini seperti biasanya katanya tidak mengambil pusing dengan apa apa tanggapan orang yang berbaur negatif.

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain”

Rozita Che Wan turut mendedahkan yang pada awalnya, Zain Saidin seakan takut & risau untuk melakukan pemeriksaan sama ada beliau hamil atau tidak namun akhirnya suaminya itu sendiri yang pergi membeli kit pengesan kehamilan di farmasi.

“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa”

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung,” tambahnya yang bakal bercuti dari berlakon.

Laporan Utusan Malaysia yang sama turut menyebut yang Rozita Che Wan & Zain Saidin sudah memilih nama Muhammad Ali atau Aishah untuk bakal anak mereka nanti. (rtky/m)

#11 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #12 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #13 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #14 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #15 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #16 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #17 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #18 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #19 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #20 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #21 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA #22 Hamil Di Usia 41 Tahun, Rozita Che Wan Sudah Ada Nama Untuk Bakal Anak - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.522)

Posted: 18 Mar 2014 09:31 AM PDT

VIDEO HARI INI: Imaginasi manusia memang tidak berpenghujung dan ini pula video bagaimana rupanya jika kamera ‘selfie’ rakyat Malaysia, GoPro digunakan oleh Superman.

Kesahihan pelakon ini kini sedang hamil masih belum terjawab dan pengurus kepada Fasha Sandha dalam satu kenyataan kepada media berkata biarlah perkara itu disahkan sendiri oleh tuan punya badan yang kini masih berada di kepulauan Bali. – Murai

Kanye West nampaknya tidak akan didakwa lanjut berkaitan isu beliau melakukan keganasan terhadap seorang jurugambar di LAX namun akan menjalani rawatan anger management selama 24 sesi dan melakukan khidmat masyarakat selama 250 jam sebagai ganti. – TMZ

Bintang One Direction berusia 20 tahun, Harry Styles khabarnya telah belanjakan US$4 juta untuk memiliki sebuah kediaman mewah di Beverly Hills dan khabarnya bersedia untuk terus berpindah dari kota London. Bertuah badan. – Celebuzz!

Ahli Wonder Girl yang kini sudah berkahwin, Sunye mengumumkan dalam satu surat kepada para peminat yang beliau dan suami akan berpindah ke Haiti untuk lima tahun dan ini membuatkan masa hadapan kumpulan semakin tidak pasti. – Soompi

Seperti Rihanna sebelum ini, nampaknya Lady Gaga juga pernah mengalami masalah kewangan pada 2009 kerana melaburkan kesemua US$3 juta yang dimilikinya ketika itu untuk pentas konsert jelajah Monsters Ball. Pelaburan berbaloi nampaknya kini. – NY Daily News

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...