RotiKaya |
- Kerana Kontroversi Suami Orang — Kontrak Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White Dibatalkan
- Fasha Sandha Kini Hamil Anak Kedua, Kekal Cantik
- Tragedi MH370 Tidak Halang Isteri Aril AF7 Untuk Teruskan Karier Pramugari
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.520)
| Kerana Kontroversi Suami Orang — Kontrak Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White Dibatalkan Posted: 16 Mar 2014 05:39 PM PDT Perkara ini sebenarnya sudah lama orang ramai duga dan jenama mana ingin melibatkan diri mereka dengan kancah kontroversi lebih lebih apabila ianya melibatkan sensitiviti di kalangan para pengguna mereka. Ini kisah Aura White & dutanya Hanez Suraya. Semua tahu yang setahun lalu, Hanez Suraya telah dilantik sebagai duta dan jurucakap kepada produk kecantikan Aura White dan pelantikan beliau ini sejajar dengan imej beliau ketika itu yang bersih dari kontroversi dan memiliki kecantikan tersendiri. BACA: Hanez Suraya Pasang Hasrat Berkahwin, Harap Romie Adalah Jodohnya Namun selepas terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang jejaka berstatus suami orang dan menjadi perhatian ramai termasuk pernah menjadi muka hadapan di akhbar tempatan, Aura White khabarnya mengambil keputusan drastik. Keputusan diambil Aura White untuk berhenti menjadikan Hanez Suraya sebagai duta kami kira sebagai satu langkah bijak untuk tidak terus mengaitkan produk mereka dengan kontroversi sekaligus menjejaskan jualan. Ini mungkin boleh menjadi pengajaran kepada Hanez Suraya sendiri atau artis artis lain yang telah dilantik untuk menjadi duta mana mana produk untuk menjaga imej diri — bukan untuk mengejar duit, tetapi tidak menutup pintu rezeki sendiri. (rtky/eka) |
| Fasha Sandha Kini Hamil Anak Kedua, Kekal Cantik Posted: 16 Mar 2014 12:30 PM PDT Pasangan suami isteri, Fasha Sandha dan Rizal Ashram baru baru ini berada di kepulauan Bali, Indonesia untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakan namun beberapa gambar terbaru mereka menarik perhatian ramai. Lebih tepat gambar Fasha Sandha yang dilihat tampil dengan perut yang semakin membesar dan ini mengesahkan yang pelakon popular itu kini sedang hamil dengan anak kedua. Fasha Sandha kelihatan berseri seri ketika hadir ke majlis resepsi rakannya itu dan mengenakan busana rona ungu dan peminat dunia hiburan yang aktif di forum Cari meramalkan yang beliau kini sedang hamil 5 ke 6 bulan. Peminat juga yang meninggalkan komen ramai berharap yang Fasha Sandha & Rizal Ashram bakal dikurniakan anak perempuan kali ini selepas kelahiran putera sulung, Putra Rayfal Ramli pada 15 April 2013 yang lalu. Tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram sekeluarga yang bakal menyambut kelahiran orang baru tidak lama lagi. Berikut beberapa keping gambar terbaru pasangan ini di Bali. (rtky/m) |
| Tragedi MH370 Tidak Halang Isteri Aril AF7 Untuk Teruskan Karier Pramugari Posted: 16 Mar 2014 11:15 AM PDT Baru baru ini, berlangsung satu resepsi perkahwinan Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin di Saloma Bistri, Kuala Lumpur untuk ya, meraikan pasangan ini yang bernikah pada Disember lalu. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 20 Disember 2013 di kampung alaman pengantin perempuan di Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan dalam satu majlis yang diadakan secara kecil kecilan untuk ahli keluarga terdekat. Dalam temubual bersama Malaysian Digest ketika majlis hujung minggu lalu, Aril AF7 berkata yang beliau tidak menghalang isterinya itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pramugari walaupun menyedari isterinya itu berdepan dengan risiko besar. Lebih lagi selepas baru-baru ini negara kita malah seluruh dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang masih belum ditemui sehingga hari ini. Menurut Aril AF7 lagi, sebagai suami dia sentiasa memberi galakkan kepada isterinya dan sejak awal lagi dia sudah reda dengan sebarang risiko. “Awal-awal lagi saya sudah redha dengan apa yang akan jadi pada masa akan datang. Pada saya, selagi dia mampu untuk teruskan kerjaya dia, saya benarkan dia bekerja. Saya tak pernah halang kerja dia sebab saya tahu bukan semua orang berani lepaskan impian mereka. Saya sentiasa doakan keselamatan dia” “Walaupun dia terpaksa kerap tinggalkan saya untuk 3, 4 hari kerana pergi bertugas, tidak menjadi masalah besar kepada saya. Malah bila kami berjauhan itu menguatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri,” kata Aril AF7 ketika ditemui. “Dan saya juga berharap, masyarakat tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih ekoran kejadian kehilangan MH370. Hentikanlah sebarang spekulasi agar kita tidak menguris mana-mana pihak terutama ahli keluarga sama ada penumpang-penumpang juga kru pesawat tersebut. Kita sama-sama berdoa agar semuanya selamat,” tambahnya lagi. (rtky/fr) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.520) Posted: 16 Mar 2014 09:45 AM PDT VIDEO HARI INI: Selain comel dan putih segebu kapas, kucing ini juga bijak. Itu sahaja. Penerima anugerah Oscar untuk Best Supporting Actress baru baru ini, Lupita Nyong'o dikatakan dalam perbincangan dengan pengarah J.J. Abrams untuk tampil mendukung salah satu watak utama dalam filem akan datang Star Wars Episode VII. – Vulture Isteri kepada pelakon dari Singapura dan juga pelakon drama bersiri Ariana Rose, Hisyam Hamid menafikan yang beliau cuba mengawal kerjaya suaminya itu hanya kerana beliau bertindak sebagai pengurus kerjaya pelakon itu di Malaysia. – mStar Online Laporan media Hollywood dalam tempoh 24 jam yang lepas kecoh dengan khabar berita yang mengesahkan Rihanna & Drake kini sedang bercinta selepas mereka dilihat keluar bersama sama sebelum ini dan banyak menghabiskan masa bersama di Eropah. – TMZ Hujung minggu lalu, kumpulan kpop 2PM yang sedang menjalani penggambaran video muzik terbaru mereka dikejutkan dengan satu kebakaran yang dikhabarkan berpunca daripada bunga api (fireworks) yang digunakan dalam video tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan. – Soompi Kami orang kampung dan ini pertama kali kami dengar orang mencacah tattoo di bahagian dalam bibir dan ya, Miley Cyrus baru baru ini menunjukkan yang beliau telah memiliki tattoo berupa kucing ‘dalam kesedihan’ di bahagian tersebut. – Just Jared |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.