RotiKaya

RotiKaya


Lisdawati Dakwa Diserang & Diugut Sharnaaz Ahmad, Buat Laporan Polis

Posted: 23 Feb 2014 06:08 PM PST

Pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis berhudung satu SMS berbaur ugutan yang diterima dari Sharnaaz Ahmad baru baru ini dan dipercayai berkait dengan serangan pelakon ‘panas baran’ itu terhadap Lisdawati baru baru ini.

"Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis”

Itu merupakan SMS yang didakwa diterima Fauzi Nawawi dari Sharnaaz Ahmad pada 21 Februari lalu sekitar 9.42 pagi & percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Lisdawati.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Tambah Fauzi Nawawi lagi, beliau menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz Ahmad atas sebab apa beliau menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran baru baru ini.

“Saya hanya minta penjelasannya dan dia munkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung,” katanya lagi.

Lisdawati yang turut memberi kenyataan berkata yang beliau tidka apa punca tindakan Sharnaaz Ahmad memaki hamun dan menyerang dirinya. Pelakon ini juga berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh datang dan berbincan secara elok dengannya, bukan dengan cara menamuk dan memaki hamun.

Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang insiden ini dan mendakwa punca semua ini hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh Fauzi Nawawi & Lisdawati.

“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media”

"Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf,” ujar Sharnaaz Ahmad.

WTH?

Gossip: Kekasih Hanez Suraya Sebenarnya Suami Orang?

Posted: 23 Feb 2014 12:55 PM PST

Minggu lalu, Hanez Suraya mencuri perhatian ramai apabila beliau mengumumkan bakal berkahwin tahun dengan seorang ahli perniagaan namun tidak bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka bertuah yang berjaya mencuri hatinya.

Melodi yang bersiaran hujung minggu lalu telah bertanyakan soalan panas kepada Hanez Suraya tentang desas desus yang mengatakan kekasihnya itu merupakan suami orang dan kini mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

Hanez Suraya menerusi video di’atas tampak terkejut dengan soalan tersebut namun tidak terus menafikan mahu pun mengiyakan khabar angin tersebut dengan mengatakan beliau sendiri tidak pernah diberitahu tentang hal ini.

“Tiada istilah Hanez ganggu rumahtangga orang — kalau Hanez tahu dia berstatus suami orang dari awal lagi, Hanez pun tak nak,” itu antara kata kata pelakon ini. Ikuti penjelasan lanjut di Melodi menerusi video di atas. (rtky/m)

UPDATE-1: Seorang penggiat forum di Cari telah mengirimkan gambar berikut yang didakwa sebagai jejaka bergelar kekasih kepada Hanez Suraya, bersama dengan isteri dan anak mereka. Dalam kemaskini terbaru melalui Instagram, Hanez Suraya dilihat bergambar bersama anak pasangan ini. Tak malu much?

#01 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #02 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA

Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran

Posted: 23 Feb 2014 10:01 AM PST

Awal bulan lalu, ada khabar angin timbul mengatakan yang Nora Danish sudah mula membeli persiapan perkahwinan termasuk hantaran di luar negara dan ini menimbulkan spekulasi yang beliau & kekasihnya, Nedim Nazri bakal berkahwin tidak lama lagi.

BACA: Mula Beli Barang Hantaran, Nora Danish & Nedim Kahwin Hujung Tahun Ini?

“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan”

“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain,” ujar beliau.

Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini Nora Danish juga berkata jika ditakdirkan beliau berkahwin sekali lagi kelak, beliau berhasrat untuk mengadakan resepsi perkahwinan di sebuah pulau di luar negara.

“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali”

“Lagipun saya memang sudah lama teringin mahu buat majlis ala beach wedding. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap,” tambah Nora Danish lagi. (rtky/m)

#31 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #30 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #29 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #25 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #28 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #27 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #26 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #24 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #23 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #22 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #21 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA #20 Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.507)

Posted: 23 Feb 2014 08:25 AM PST

VIDEO HARI INI: Masih main Flappy Bird? Jika anda pernah bermain walau sekali, anda akan faham perasan warga emas ini yang memberikan reaksi mereka terhadap permainan video epik itu. “What’s the name of this game? Suicide?” HAHA!

Kalau anda terlepas berita & merupakan peminat kepada siri TV popular satu ketika dahulu, Heroes bakal dihidupkan semula oleh NBC dalam siri 13 episod dan akan ke udara pada 2015 nanti namun barisan pelakon masih belum diketahui. – Mirror UK

Drama bersiri TV Korea, Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk berjaya menjadi yang paling popular diantara rancangan lain yang ditayangkan di stesen TV lain pada masa yang sama dengan rating mencecah 5.0%. – Soompi

Ketika menjayakan salah sebuah konsert dalam jelajah Bangerz Tour di Los Angeles, Miley Cyrus telah mengejutkan hadirin dengan adegan bercium bibir bersama Katy Perry yang hadir memberikan sokongan. Aww yeah! – Just Jared

Nampaknya pelakon ini akan semakin kerap muncul di kaca TV selepas drama bersiri kepolisan, Shades of Blue yang menampilkan Jennifer Lopez telah sah akan dirakamkan dan ke udara sebanyak 13 episod di NBC. Is that you Abby Abadi? Heh. – EW

Penyanyi dan pelakon popular, Maya Karin mendedahkan yang beliau pernah jatuh hati dengan seorang lelaki yang sudah berpunya namun perasaan tersebut terpaksa dilupakan dan diabadikan di dalam sebuah lagu bertajuk Hanya Sebentar. – mStar Online

Drama Festival Kuala Lumpur — Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah DFKL

Posted: 23 Feb 2014 04:34 AM PST

Buat pertama kali, sebuah majlis anugerah khas diadakan untuk menghargai drama drama kegemaran ramai yang mendapat kadar tontonan di TV3 & TV9 sepanjang tahun diadakan dan ianya dipanggil Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).

Mempertaruhkan tujuh kategori utama untuk edisi sulung ini, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) nampaknya dikuasai oleh drama Love You Mr Arrogant apabila berjaya membawa pulang tiga kemenangan termasuk Drama Pilihan.

Pelakon utama drama popular ini, Azlee Khairi & Zara Zya berjaya membawa pulang gelaran Pasangan Serasi Pilihan selain heronya sendiri berjaya merangkul Pelakon Lelaki Pilihan. Pelakon Wanita Pilihan pula menjadi milik Nur Fathia.

Dalam majlis yang sama juga, Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional telah memilih drama Singh Susu arahan Azmir Affendi sebagai juara dan berjaya meraih hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Berikut merupakan senarai penuh para pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang berlangsung Sabtu lalu & disiarkan secara live di TV3. Juga beberapa keping gaya selebriti di karpet merah anugerah tersebut. Enjoice!

Drama Pilihan: Love You Mr Arragant
Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi
Pelakon Wanita Pilihan: Nur Fathia
Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)
Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia
Pasangan Serasi Pilihan: Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr Arrogant)
Drama Pendek: Singh Susu, Gadis Payung Merah dan Kawan

#78 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #77 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #76 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #75 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #74 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #73 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #72 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #71 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #70 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #69 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #68 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #67 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #66 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #65 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #64 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #63 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #62 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #61 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #60 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #59 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #58 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #57 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #56 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #55 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #54 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #53 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #52 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #51 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #50 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #49 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #48 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #47 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #46 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #45 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #44 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #43 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #42 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #41 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #40 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #39 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #38 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #37 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #36 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #35 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #34 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #33 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA #32 Love You Mr Arrogant Kuasai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...