RotiKaya |
- Marsha Serahkan Pada Jodoh Sebelum Peluk Islam
- Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama Remy Ishak
- Zul Ariffin: Sedia Untuk Kahwin, Tetapi Bimbang Akan Masa Hadapan
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.484)
| Marsha Serahkan Pada Jodoh Sebelum Peluk Islam Posted: 09 Jan 2014 04:39 PM PST Sebenarnya tidak ramai peminat hiburan tahu yang Marsha Milan Londoh kini sudah mempunyai kekasih hati baru gara gara pelakon dan penyanyi ini sendiri yang lebih suka rahsiakan identiti jejaka bertuah itu. Kami menemubual Marsha berkenaan siapakah kekasih hati barunya itu dan sudahkah beliau bersedia kalau ditakdirkan berkahwin dengan jejaka itu dan perlu memeluk Islam? |
| Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama Remy Ishak Posted: 09 Jan 2014 04:18 PM PST Hujung Disember 2013 yang lalu, akhbar Kosmo! ada menulis tentang hubungan rapat antara pelakon Remy Ishak dan anak gadis Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan selepas beberapa keping gambar mereka bersama muncul di Instagram. Dalam gambar di atas, obviously anda tahulah mana satu anak gadis Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan itu. Manis orangnya, untung Remy Ishak. Eh. Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Wan Hanafi Su berkata yang beliau memang kenal rapat dengan Remy Ishak dan tiada masalah untuk anak gadisnya itu untuk berkawan intim dengan dengan jejaka tersebut. "Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya. Jadi apa salahnya kalau memang mereka berkawan, saya restui saja," ujar Wan Hanafi Su mengulas spekulasi ini. Pelakon filem Laga ini juga berkata yang beliau enggan mengulas lanjut perkara ini kerana ianya bersifat peribadi dan tidak perlu untuk ditonjolkan atau menjadi bahan sensasi. (rtky/m) |
| Zul Ariffin: Sedia Untuk Kahwin, Tetapi Bimbang Akan Masa Hadapan Posted: 09 Jan 2014 03:49 PM PST Pelakon dan model kacak, Zul Ariffin telah menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah bersedia untuk berumah tangga, dengan erti kata lain telah bersedia untuk berkahwin dan menjadi seorang suami kepada kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai. “Saya sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin dan memikirkan masa depan saya ke arah itu. Tetapi apa yang saya terfikir sekarang ini ialah mengenai masa depan saya selepas berkahwin,” katanya yang ditemui media semalam. Tambahannya lagi, kos sara hidup sekarang yang semakin hari semakin meningkat buatkan dia sedikit berasa takut untuk memikirkan kesan jangka panjang selepas berkahwin dan sebagai seorang lelaki dia perlu melaksanakan semua tanggungjawabnya selepas berkahwin kelak. “Bukan apa saya perlu memikirkan tanggungjawab saya selepas berkahwin. Seronok bila kita nak kahwin ni, tetapi selepas kahwin adakah kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab kita ini. Lagipun saya ini lelaki, banyak yang perlu saya fikirkan selepas itu, dan kita ni sebagai seorang pelakon ada turun dan naiknya,” ujarnya. Semua tahu yang kekasih Zul Ariffin merupakan seorang produser terkenal Astro & disebabkan itulah dia tidak mahu dirinya dilabel sebagai menumpang kejayaan kekasihnya itu. “Kita tahu bahawa Gayathri merupakan seorang produser dan disebabkan itulah saya tidak mahu ada orang cakap semua projek dia akan munculnya muka saya ini dan saya juga tidak mahu untuk menumpang kejayaannya. Sekiranya apabila sudah ada tarikh kahwin yang sesuai saya akan memberitahu kepada semua,” katanya. Sementara itu, Zul Ariffin akan muncul dalam filem terbitan Astro First yang berjudul Panik gandingan bersama Nadiyya Nissa yang akan muncul di channel Astro First pada 20 Januari ini dan berlatarkan ibu kota Jakarta 100% sebagai lokasi penggambaran. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.484) Posted: 09 Jan 2014 08:35 AM PST VIDEO HARI INI: Azam tahun 2014 anda mahu kurus? Bersempena esok yang sudah masuk hari minggu, ini tips untuk anda bagaimana untuk tidak terlebih makan ketika keluar esok. Noh Hujan terkilan apabila terpaksa menundakan ibadah umrah yang telah dirancang pada 20 Januari ini kerana perlu beraksi pada pertandingan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang akan berlangsung pada 26 Januari depan. – mStar Online Bintang filem Twilight, Kristen Stewart muncul tanpa memakai sebarang baju menutupi tubuhnya untuk iklan pewangi Rosabotanica oleh jenama Balenciaga. – Just Jared Sandra Bullock mengungguli senarai pemenang anugerah di 40th People’s Choice Awards dengan membawa pulang empat anugerah termasuk aktress pilihan & filem pilihan melalui filem hits lakonan beliau iaitu Gravity & The Heat. – Huffington Post Ahli kumpulan Girl's Generation, Soo Young dalam satu episod terbaru program yang beliau kendalikan meminta maaf kepada semua kerana tidak memberitahu lebih awal tentang hubungan cintanya dengan Jung Kyung Ho. – Soompi Sudah masuk tahun ketujuh sejak album terakhir kumpulan ini dikeluarkan, OutKast bakal kembali bersatu untuk membuat persembahan di 2014 Coachella Valley Music & Arts Festival di Indio, California pada April 2014 nanti. – EW |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.