RotiKaya

RotiKaya


Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian

Posted: 08 Jan 2014 04:42 PM PST

Pelakon dan juga penyanyi Marsha Milan Londoh bakal bergelar Kim Kardashian Malaysia tidak lama lagi apabila beliau akan menjayakan sebuah program realiti TV yang seakan-akan sama versi terbitan Hollywood, Keeping Up with the Kardashians.

"Tidak lama lagi saya akan bersama-sama dengan pelakon Sharifah Sakinah untuk menjayakan sebuah program realiti yang seakan-akan sama seperti program Kim Kardashian di Hollywood itu. Cuma belum tahu lagi bila dan dimanakah rancangan itu bakal disiarkan”

“Program terbitan bersama pengarah Michael Ang itu telah dibincangkan dan kita hanya tunggu masa yang sesuai untuk diterbitkan," katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, turut dibincangkan mengenai perkara yang sama iaitu, lakonannya dalam filem Laga yang agak berani dan seksi itu berkemungkinan akan memberikan lagi kritikan yang hebat apabila ditayangkan kepada umum pada 23 Januari ini.

Jelasnya dia sebelum itu, telah bersedia mengenai tanggapan umum dan bersedia dikutuk.

"Sebelum tayangan filem ini pun sudah ramai memberikan komen-komen yang negative dan juga positif, tetapi saya ambil sebagai satu komen yang baik buat diri saya untuk terus memperbaiki lakonan saya, dan sebelum berlakon dalam filem ini pun saya sudah berfikir dan bersedia untuk dikritik orang ramai," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#17 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #16 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #15 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #14 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #13 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #12 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #11 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #10 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA #09 Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian - ROTIKAYA

Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish

Posted: 08 Jan 2014 04:15 PM PST

Tidak salah kalau kami katakan yang Nora Danish & Nedim Nazri adalah pasangan bercinta yang paling mendapat perhatian para peminat ketika ini walaupun secara rasmi mereka belum mengaku sedang bercinta.

Bercakap kepada Harian Metro, Nedim Nazri menafikan khabar angin yang timbul mengatakan bakal melamar Nora Danish dan berkahwin pada tahun ini.

BACA: Nora Danish Anjur Majlis Doa Selamat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Rayqal

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas”

“Lagipun saya memang sukakan wanita berkerjaya seperti Nora. Apa yang boleh saya katakan Nora memiliki ciri wanita yang saya suka,” jelas Nedim Nazri.

Jejaka ini turut menambah yang tiada sebarang perbincangan tentang perkahwinan pernah ditimbulkan antara beliau dan Nora Danish memandangkan kedua dua mereka lebih selesa untuk fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. (rtky/m)

#99 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #98 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #97 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #96 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #95 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #94 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #02 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #01 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA #00 Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish - ROTIKAYA

Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga

Posted: 08 Jan 2014 04:07 PM PST

Aktres seberang, Tyas Mirasih yang juga merupakan bekas kekasih kepada aktor kacak, Keith Foo telah mengajaknya untuk memberikan sokongan dan seterusnya menonton filem lakonan pertamanya di bumi Malaysia ini.

"Apa salahnya sekiranya dia mahu menonton filem lakonan pertama saya bersama produksi Malaysia yang berjudul Laga ini — tetapi anda janganlah beranggapan bahawa saya & dia akan menonton bersama kerana antara kami tidak lagi sebagai pasangan kekasih," ujarnya.

Dia juga turut memberitahu bahawa tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya digandingkan bersama-sama dengan Keith Foo dalam sebuah filem atau drama tempatan suatu hari nanti.

BACA: Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru

"Saya tidak langsung mempunyai masalah sekiranya digandingkan bersama-sama dengan Keith Foo dalam filem atau drama suatu hari nanti kerana semuanya sudah dewasa dan masing-masing mempunyai sikap yang profesional dalam diri," katanya.

Tambahannya lagi walaupun sudah lama tidak menghubungi Keith Foo sejak daripada mereka putus cinta, tetapi Tyas tahu bahawa Keith Foo semakin dikenali dan berjaya di negara kelahirannya sendiri.

"Sudah lama saya tidak menghubungi Keith Foo, tetapi saya tahu yang dia benar-benar sukses di negaranya sendiri dan kini ramai peminat-peminatnya di luar sana yang memang meminati lakonannya," katanya sambil tersenyum.

Sejak dari perpisahan itu, nampaknya Tyas masih tidak mempunyai teman istimewa seperti mana bekas kekasihnya, Keith Foo yang kini telah menemui cinta baru.

Katanya lagi selepas perpisahan cinta itu, dia mahu terus memberikan fokus terhadap karier lakonannya yang sentiasa menjadi yang pertama dalam hidupnya.

"Saya masih solo dan sehingga kini tiada pengganti. Bagi saya biarlah saya terus fokus dengan kerjaya saya ini. Tetapi tidak ada masalah sekiranya cowok-cowok dari Malaysia mahu mengenali saya," ujarnya sambil berseloroh.

Buat peminat semua jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem 'Laga' yang akan ditayangkan pada 23 Januari 2014 di seluruh pawagam tanah air. (rtky/hfz)

#08 Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga - ROTIKAYA #07 Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga - ROTIKAYA #06 Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga - ROTIKAYA #05 Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga - ROTIKAYA #04 Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga - ROTIKAYA #03 Tyas Mirasih Ajak Keith Foo Tonton Filem Laga - ROTIKAYA

Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru

Posted: 08 Jan 2014 11:00 AM PST

Masuk minggu kedua tayangan drama bersiri Ariana Rose di kaca televisyen, nama Keith Foo semakin manjdi perbualan ramai dan pastinya kisah peribadi beliau mula menjadi perhatian para peminat dunia hiburan Malaysia.

Mula mencipta nama dalam dunia seni Indonesia, pelakon kelahiran Malaysia ini pulang ke tanah air demi menjaga hati orang tua dan ketika di Indonesia Keith Foo sempat bercinta dengan bintang seksi Tyas Mirasih. Sempat.

BACA: Keith Foo Sudah Berpunya, Sudah Kenal Lebih 10 Tahun (ext.)

Namun hubungan cinta antara mereka tidak bertahan lama dan Keith Foo kini pun sudah menemui pengganti yang merupakan seorang penuntut jurusan fesyen di universiti di Melbourne, Australia — dan gadis bertuah ini bernama Kim Raymond.

Terima kasih kepada Media Hiburan yang membawakan perkara ini ke hadapan, Keith Foo rupanya tidak keberatan untuk berkongsi gambar kemesraan beliau dan kekasihnya di Instagram untuk tatapan kami di pejabat anda semua. Enjoice! (rtky/m)

#77 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #73 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #76 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #69 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #70 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #71 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #72 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #74 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #75 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #78 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #79 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #80 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #81 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #82 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #83 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #84 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #85 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #86 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #87 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #88 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #89 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #90 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #92 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA #93 Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru - ROTIKAYA

[AUDIO] Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU

Posted: 08 Jan 2014 09:16 AM PST

Sebelum ini ada berita menyebut buat pertama kalinya Lisa Surihani bakal terjun ke dunia nyanyian dengan menyumbangkan suara dalam sebuah lagu duet bersama suaminya, Yusry KRU.

BACA: Kekasih Abadi, Lagu Duet Pertama Yusry KRU, Lisa Surihani

Hari ini, KRU Music melalui akaun Youtube rasmi mereka melancarkan audio penuh lagu berjudul Kekasih Abadi ciptaan Edry KRU untuk anda dengar dan nilai bakat nyanyian Lisa Surihani.

Apa pandangan anda terhadap bakat nyanyian Lisa Surihani?

Dalam perkembangan berkaitan, kami difahamkan yang pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU sudah pulang ke Malaysia dari percutian panjang mereka di Eropah dan Amerika Syarikat — ini beberapa gambar pasangan kekasih abadi ini di hari hari terakhir mereka bercuti. (rtky/m)

#68 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #67 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #66 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #65 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #64 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #63 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #62 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #61 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA #60 Dengar Lisa Surihani Dalam Lagu Duet Bersama Suami, Yusry KRU - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.483)

Posted: 08 Jan 2014 08:52 AM PST

VIDEO HARI INI: Elizabeth Tan merupakan bakat baru di Youtube yang mula mendapat perhatian di media sosial & kini lebih ramai memerhati. Ini rendisi beliau untuk Havoc bersama penyanyi asal, Joe Flizzow di studio Fly FM semalam.

Muncul di program bual bicara Ellen untuk mempromosi filem The Wolf of Wall Street, Leonardo DiCaprio turut berkongsi saat cemas beliau terperangkap dalam sangkar laut bersama seekor jerung putih sekitar tahun 2006 dulu. – Just Jared

Filem lakonan Sandra Bullock, Gravity mendahului senarai pencalonan untuk anugerah British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) dengan 11 kategori diikuti oleh American Hustle & 12 Years a Slave dengan 10 pencalonan. – BBC News

Media berpengkalan di Amerika Syarikat, Huffingtan Post telah senaraikan penyanyi Malaysia iaitu Yuna atau Yunalis Zarai sebagai salah seorang artis yang perlu diberi perhatian peminat muzik untuk tahun 2014. – The Star

Muzik pop Korea Selatan nampaknya mula bertapak hebat di Amerika Syarikat dan 2014 SXSW Music Festival yang akan berlangsung Mac ini bakal menyaksikan kehadiran HyunA, Jay Park dan ramai lagi membuat persembahan khas. – Soompi

Media yang fokus kepada muzik di Amerika Syarikat, The Source pula telah memilih Macklemore sebagai Man of the Year selepas kejayaan besar lagu beliau seperti Thrift Shop, Can’t Hold Us dan Same Love termasuk tujuh pencalonan Grammy. – Huff. Post

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...