RotiKaya |
- Dira Abu Zahar Keguguran
- Balik Bulan Madu, Fizo Omar & Mawar Bakal Adakan Tiga Resepsi Perkahwinan
- Rita Rudaini: Jumlah Nafkah Anak Yang Saya Tuntut Sudah Termasuk Diskaun
- Lancar Produk Kecantikan Sendiri — Adira AF Nafi Guna Pengaruh Kekasih Untuk Berniaga
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.473)
- Linda Onn Bakal Kahwin Anak Raja Minggu Hadapan?
- KL Gangster 2, Setia Hujung Nyawa Dan Izzue Islam Paling Popular Sepanjang 2013
| Posted: 18 Dec 2013 04:48 PM PST Hasrat pasangan suami isteri Mohd. Helmi Mohd. Yusuf & Dira Abu Zahar untuk menimang cahayamata tergendala selepas aktress itu dilaporkan mengalami keguguran selepas hamil enam minggu dan perkara itu sebenarnya tidak disedari oleh mereka. Jelas Dira Abu Zahar ketika menjalani satu penggambaran di Kemaman bulan lalu, beliau sedar yang dirinya sudah lewat datang bulan dan tidak berapa lama selepas keluar ketulan darah dan terus pergi berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. “Menerusi pemeriksaan doktor menjelaskan yang saya sebenarnya telah hamil kira-kira enam minggu, tetapi kandungan saya itu tidak dapat diselamatkan kerana saya telah mengalami keguguran,” jelas pelakon ini menerusi Kosmo! hari ini. “Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini” Dira Abu Zahar turut menambah yang keguguran beliau mungkin berpunca dari dirinya sendiri yang terlalu kuat bekerja sehingga tidak sedar apa yang berlaku & akan lebih berhati hati selepas ini. Harap Dira Abu Zahar & suami tabah dengan dugaan ini. (rtky/m) |
| Balik Bulan Madu, Fizo Omar & Mawar Bakal Adakan Tiga Resepsi Perkahwinan Posted: 18 Dec 2013 11:09 AM PST Kali terakhir kami paparkan gambar percutian bulan madu pasangan Fizo Omar & Mawar adalah dua minggu yang lalu dan ketika itu mereka berada di London. Khabarnya mereka kini dalam perjalanan pulang selepas puas menjelajah Perancis & Itali. Laporan Media Hiburan baru baru ini menyebut yang pasangan ini bakal mengadakan tiga majlis resepsi perkahwinan mereka di tiga lokasi berbeza selepas mereka sah bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu. Fizo Omar & Mawar akan mengadakan resepsi pertama perkahwinan mereka di Pulau Pinang iaitu sebelah keluarga Mawar manakala resepsi sebelah keluarga Fizo Omar pula akan diadakan pada 28 Disember di Kelantan. Resepsi terakhir Fizo Omar dan Mawar akan diadakan di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2014. Sementara itu, nikmati saat saat manis pasangan ini berbulan madu di bumi Perancis & Itali. Harap pulang sudah berbadan dua, eh. (rtky/m) |
| Rita Rudaini: Jumlah Nafkah Anak Yang Saya Tuntut Sudah Termasuk Diskaun Posted: 18 Dec 2013 10:27 AM PST Sebelum ini Aidil Zafuan memberikan kenyataan di mahkamah yang mana jumlah wang bulanan RM5,392 yang dituntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah termasuk beberapa perkara dalam perbelanjaan yang sudah tidak relevan lagi. BACA: Aidil Zafuan Dakwa Rita Rudaini Tuntut RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah Menjawab kenyataan Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini berkata jumlah tersebut adalah munasabah dan relevan selain bekas suaminya patut bersyukur kerana jumlah tuntutan itu sudah termasuk diskaun selain dirinya yang masih bekerja mencari nafkah. “Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja” “Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak sudah besar tidak perlu lagi minum susu. Rasanya orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan,” jelasnya. Walaupun kehidupan Rita Rudaini & anak anak kini nampak mewah, pelakon ini berkata beliau tidak pernah mengajar kedua dua anaknya ke arah kehidupan sebegitu dan apa yang dibelanjakan adalah kerana beliau mampu. “Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua itu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya,” tambahnya lagi. Rita Rudaini turut berkata yang beliau tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu akan gossip yang mengatakan Aidil Zafuan bakal berkahwin tidak lama lagi. “Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak perlu ambil tahu,” ujarnya ringkas. Rita Rudaini be like … |
| Lancar Produk Kecantikan Sendiri — Adira AF Nafi Guna Pengaruh Kekasih Untuk Berniaga Posted: 18 Dec 2013 09:01 AM PST Tidak terkecuali seperti rakan artis lain, Adira Suhaimi atau Adira AF mengorak langkah dengan menceburkan diri dalam perusahaan produk kecantikan sendiri, Whitening Facial & Body Soap sebagai pelaburan untuk keluarga dan masa hadapan. Namun dia tidak terlepas dari dipalit tuduhan cuba menggunakan kuasa besar kekasihnya, Sharul Nasrun yang merupakan Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia bagi memudahkan landasannya dalam bidang yang baru saja diceburi. Adira AF turut dilihat tiba ke majlis pelancaran & perasmian Whitening Facial & Body Soap petang tadi di Solaris Dutamas ditemani kekasihnya. Jelasnya, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kelebihan Shahrul namun sebagai pendatang baru dalam bidang perniagaan dia akui Shahrul menjadi tempat rujukannya. Selain Shahrul sendiri memang sedia memberi tunjuk ajar dalam selok belok perniagaan. Malah Adira AF menggunakan duit simpanan sepanjang bergelar artis untuk hasilkan produk pertama Whitening Facial & Body Soap. "Saya tidak pernah ambil kesempatan ke atas dia. Malah dia banyak bagi nasihat sebab dia dah lama dan lebih berpengalaman” Tambah Adira dia sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri namun baru sekarang mendapat peluang tersebut. Ditanya dari mana timbul idea untuk menghasilkan Whitening Facial & Body Soap, jelas Adira dia sedar bertebaran gambarnya dijadikan wajah rasmi sesetengah produk. Dia sedih dan terkilan kerana ada yang tertipu sedangkan dia sebetulnya tidak menggunakan produk berkenaan. Maka dari situ datang idea untuk menghasilkan produk dengan jenamanya sendiri. Maka sekarang sudah terjawab segala spekulasi tentang perubahan kulit Adira yang dilihat jauh berbeza berbanding di awal kemunculannya dahulu. (rtky/bsr) Gambar Oleh: Faisol Mustafa |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.473) Posted: 18 Dec 2013 08:05 AM PST VIDEO HARI INI: Iklan terbaru dari pembikin iPhone, Apple cukup buat kami terharu. Lengkap dengan semangat kekeluargaan dalam musim cuti ini, mungkin musim raya tahun hadapan kita semua boleh buat perkara sama. Beberapa hari selepas Paul Walker aman bersemadi, seorang pengumpul kereta dari Jerman meletakkan Nissan Skyline GT-R berwarna biru yang pernah digunakan pelakon itu dalam filem Fast & Furious pada tahun 2009 dengan harga bermula US$1 juta. – Huff. Post Dalam satu temubual terbaru, bintang remaja Justin Bieber berkata yang beliau akan bersara dari dunia hiburan selepas keluarkan album terbaru selepas ini namun wakil penyanyi ini menafikan kenyataan itu sebagai sesuatu yang serius. – TMZ Peserta dengan vokal cukup mantap, Tessanne Chin telah dinobatkan sebagai pemenang musim terbaru The Voice yang turut menyaksikan persembahan jemputan bertenaga dari Lady Gaga, Celine Dion dan ramai lagi. – Entertainment Weekly Pelakon Red 2, Bruce Willis dan isterinya Emma Heming-Willis kini dilaporkan sedang menanti kelahiran anak kedua mereka dan kelima buat aktor itu selepas kelahiran Mabel Ray yang kini sudah berusia 20 bulan. – People Buah hati internet, Jennifer Lawrence berkata yang tindakan menggelar selebriti atau mana mana individu sebagai gemuk di kaca televisyen sepatutnya diharamkan kerana ianya sesuatu yang memalukan buat sesiapa pun. – US Magazine |
| Linda Onn Bakal Kahwin Anak Raja Minggu Hadapan? Posted: 17 Dec 2013 06:10 PM PST Utusan Malaysia hari ini secara eksklusif mendedahkan yang penyampai radio popular, Linda Onn khabarnya akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja. UPDATE-1: Linda Onn menerusi laporan Harian Metro sahkan yang beliau akan berkahwin dengan lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini namun enggan mendedahkan butiran lanjut tentang perkara ini dan akan keluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Peyampai stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di Johor Bahru secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur. Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru. Linda Onn bagaimanapun khabarnya gagal dihubungi untuk media mengesahkan perkara ini. Tahniah buat Linda Onn jika benar seperti apa yang disampaikan. About time ‘kan? (rtky/m) |
| KL Gangster 2, Setia Hujung Nyawa Dan Izzue Islam Paling Popular Sepanjang 2013 Posted: 17 Dec 2013 05:58 PM PST Senarai carian paling popular di Google sepanjang 2013 telah dikeluarkan dan kami berminat untuk paparkan beberapa kata kunci yang mempunyai kaitan dengan dunia hiburan — lebih lebih lagi ini memberikan gambar apakah yang peminat cari & mahu lihat sepajang tahun lalu. Dari senarai yang dikeluarkan kita semua dapat melihat yang drama bersiri popular di TV3, Setia Hujung Nyawa muncul sebagai kata kunci paling popular untuk Malaysian TV Series selain muncul popular dalam Trending Searches sepanjang 2013. Pelakon juga anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam pula menjadi selebriti paling dicari dan menduduki tangga teratas senarai Trending Malaysian Celebrities diikuti oleh Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose dan Ashraf Muslim. Filem kontroversi, KL Gangster 2 berjaya menduduki takhta teratas senarai Trending Malaysian Movies mungkin kerana ramai mencari pautan untuk memuat turun filem ini secara tidak sah atau sekadar mahu tahu apa cerita disebalik kebocoran awal filem itu. Heh. Sedikit menyedihkan buat industri muzik tempatan apabila lagu Indonesia dan luar negara lain mendominasi senarai Trending Songs yang mana hanya satu lagu tempatan berada dalam senarai iaitu Hanya Aku oleh Hyper Act. Berikut merupakan senarai penuh untuk rujukan anda dan anda boleh ke laman rasmi Google Zeitgiest 2013 untuk maklumat lanjut. Search on! Trending Searches Trending Malaysian Celebrities Malaysian TV Series Trending Malaysian Movies Trending Movies Trending Songs |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.