RotiKaya

RotiKaya


Adi Putra Hormat Keputusan Untuk Buka Semula Kes, Tidak Akan Tunduk

Posted: 17 Dec 2013 05:22 PM PST

Selepas mengadakan sidang media khas pada minggu lepas, kini pelakon kacak Adi Putra memberitahu bahawa dia menghormati keputusan pihak Nooraida untuk membuka kembali kesnya sebelum ini.

"Saya tidak ada masalah sekiranya pihak mereka ingin membuka kembali kes sebelum ini dan saya menghormati keputusan mereka dan apa sahaja mereka mahu lakukan teruskan sahaja dan sekali lagi saya menghormati pendapat dan keputusan mereka. Kita tidak ada kuasa untuk menghalang perkara ini," katanya ringkas.

BACA: Skandal Adi Putra, Nooraida & Suami Mahu Kes Dibuka Semula

Adi turut memberitahu bahawa dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri apabila tidak mengikut apa yang dimahukan pihak Nooraida mengenai kes ini.

"Bukan tak mahu ikut tetapi setiap orang mempunyai prinsipnya yang tersendiri dan jelas di sini saya mempunyai prinsip mengapa saya tidak mahu mengikuti cakap mereka dan biarlah saya sendiri yang mengetahuinya," ujarnya penuh berhati-hati.

Walaubagaimanapun, ini tidak menjejaskan karier lakonannya.

"Alhamdulillah kerjaya lakonan saya berjalan seperti biasa dan peminat peminat juga sentiasa memberikan sokongan yang baik terhadap saya — perkara atau kes ini tidak sedikit pun menjejaskan karier lakonan saya ini”

“Sementara itu, di laman Twitter dan Instagram saya membalas komen peminat-peminat saya seperti biasa, " ujarnya ketika majlis pra tonton filem lakonan terbarunya berjudul Balistik yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2014. (rtky/hfz)

Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta

Posted: 17 Dec 2013 04:49 PM PST

Tiada glamour shot Nora Danish kami paparkan hari ini kerana mengangkat kotak barang bantuan mangsa banjir lebih baik. Bukan’nya selalu dapat kita lihat wanita anggun seperti Nora Daniah buat kerja rakyat marhaen.

Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, Nora Danish menjawab gossip yang mengatakan hubungan beliau dan Nedim Nazri tidak mendapat restu bapa kepada lelaki tersebut yang juga merupakan seorang menteri.

Nora Danish berkata yang beliau sanggup untuk putuskan hubungan cintanya bersama Nedim Nazri jika tidak mendapat restu daripada kedua dua belah keluarga.

“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya,” jelas Nora Danish.

Pelakon ini turut berkata yang beliau dan Nedim tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga setakat ini dan jika ditakdirkan mereka bakal berkahwin, Nora Danish akan membuat pengumuman melalui satu sidang media. Kami tunggu. (rtky/m)

#27 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #28 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #29 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #30 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #31 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #32 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #33 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #34 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA #35 Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta - ROTIKAYA

Skandal Adi Putra, Nooraida & Isu Seksi Di Sidang Media

Posted: 17 Dec 2013 09:16 AM PST

Gambar di atas yang diambil jurugambar kami telah bertebaran di internet selepas sidang media diadakan oleh wanita yang didakwa sebagai skandal Adi Putra minggu lalu — dan ianya mencuri tumpuan ramai kerana pakaian yang dikenakan.

Tiada simpati nampaknya dari rakyat di internet walaupun isu sebenar adalah Adi Putra yang telah didakwa telah menghantar gambar lucah kepada wanita ini.

BACA: Nooraida Teruja & Minat Akan Adi Putra & Terkejut Terima Gambar Lucah

Menjawab kenyataan di Twitter, Nooraida mendakwa yang jaket yang beliau patut pakai pada hari itu telah tercabut butangnya dan beliau sudah lambat untuk ke lokasi sidang media tersebut — untuk mencari jaket lebih sopan, kami rasa.

Wanita yang bergelar isteri kepada ahli perniagaan ini juga berkata yang beliau tidak sepatutnya berada di sidang media tersebut — mungkin tidak mahu mendedahkan identiti beliau tetapi lihat apa hasilnya kepada ‘populariti’ beliau. MIG, sila ambil perhatian.

Skandal Adi Putra, Nooraida Jawab Isu Seksi Di Sidang Media - ROTIKAYA

HAHA Skandal Adi Putra, Nooraida Jawab Isu Seksi Di Sidang Media - ROTIKAYA

Can’t help it, darling.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.472)

Posted: 17 Dec 2013 08:33 AM PST

VIDEO HARI INI: Casey Niestat telah mengambil US$25,000 bajet pembikinan video promosi filem terbaru The Secret Life of Walter Mitty untuk membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina. Real hero we have here. (via Syafiq, terima kasih!)

Pelakon filem Transformer, Shia LaBeouf meminta maaf kepada semua melalui Twitter selepas beliau gagal untuk memberikan kredit kepada pembikin filem Daniel Clowes yang menjadi inspirasi untuk filem pendeknya berjudul HowardCantour.com. – Huff. Post

Pada konsert jelajah beliau di Louisville hujung minggu lalu, Justin Timberlake telah membantu seorang peminat untuk melamar teman wanitanya di atas pentas. – Too Fab

Bekas presiden Seniman, Zed Zaidi terkejut kerana mula mendapat pelbagai tawaran berlakon selepas jawatannya itu gugur berkaitan kes mahkamah namun belum bersedia untuk kembali berlakon ketika ini. – mStar Online

Nampaknya keberanian BeyoncĂ© untuk melancarkan album terbaru beliau hujung minggu lalu berbaloi apabila ianya berjaya memecah rekod dengan jualan melebihi 828,773 dan menjadi album paling pantas terjual di iTunes. Sudah beli? – TIME

Bintang Inception, Joseph Gordon-Levitt mengesahkan yang beliau bakal mengarahkan dan membintangi sebuah filem berdasarkan komik popular, Sandman selain bekerjasama dengan David Goyer & Neil Gaiman. Harap hasilnya hebat. – THR

Pelakon Veteran, Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Posted: 17 Dec 2013 03:34 AM PST

Editor bersekutu Berita Harian, Hanizam Abdullah melalui akaun Twitter beliau memaklumkan yang aktress veteran Azean Irdawaty telah kembali ke rahmatullah.

Menurut sumber kami, Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.26 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita Harian sekitar pukul 8.00 malam tadi melaporkan yang aktress veteran ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu selepas keadaan kesihatannya bertambah teruk dan semakin tenat.

Azean Irdawaty menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.

Ketika cuba dihubungi Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim yang merupakan anak sulung seniwati ini ternyata redha dan menerima ketentuan ilahi di atas pemergian ibunda tercinta akibat penyakit tumor yang dihidapinya.

"Dia menghembuskan nafas pada jam 8.00 lebih tadi dan kami sekeluarga telah sepakat untuk membawa jenazah balik ke rumah di Bandar Utama,” ujarnya.

Mari kita semua sedekahkan al-Fatihah & semoga Azean Irdawaty ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Industri hiburan kehilangan seorang lagi permata seni.

Screen Shot 2013-12-17 at 8.40.42 PM

Screen Shot 2013-12-17 at 8.46.04 PM

Developing…

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...