RotiKaya |
- Sekali Lafaz, Farawahida Sah Bergelar Isteri Shukur
- Izzue Islam Nafi Akan Disingkir Dari Forteen Kerana Masalah Disiplin
- Hanez Suraya Serik Percaya Orang, Teruskan Saman
- Cristina Suzanne Akui Putus Tunang, Tiada Jodoh
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.470)
| Sekali Lafaz, Farawahida Sah Bergelar Isteri Shukur Posted: 15 Dec 2013 06:22 PM PST Selepas berteka teki tentang siapa bakal suami beliau, hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Taiping, Perak — Farawahida telah sah bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi tadi dengan sekali lafaz. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria. Laporan Media Hiburan hari ini menyebut yang Farawahida menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dua bentuk cincin selain menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Majlis resepsi perkahwinan Farawahida & Shukur akan berlangsung malam ini juga di Taiping dan akan mengambil tema Glamour Extravaganza. Tahniah buat pasangan ini dan keluarga mereka, semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke akhirnya. (rtky/m) |
| Izzue Islam Nafi Akan Disingkir Dari Forteen Kerana Masalah Disiplin Posted: 15 Dec 2013 05:06 PM PST Sebelum ini terdengar isu yang mengatakan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam tidak berdisiplin dan tidak menghadiri persembahan bersama sama dengan kumpulannya Forteen dan bertemunya baru baru ini dia menjawab semua persoalan berkaitan. "Sebenarnya tidak ada isu, malah sekiranya saya tidak dapat membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Forteen saya akan memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu. Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya," ujarnya. Izzue Islam juga cukup sedih apabila diajukan soalan sekiranya suatu hari nanti dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu. "Apa yang ingin saya perkatakan adalah saya cukup sedih sekiranya saya terpaksa keluar dari kumpulan Forteen ini. Tetapi saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen," katanya. Sementara itu, Izzue Islam telah memberitahu bahawa dia dan isterinya menggunakan produk Aura White dalam menjaga penampilan dan kesihatan mereka. Izzue Islam yang ditemui ketika majlis pelancaran Aura White & Aura Men telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru jenama tersebut iaitu Aura Men yang menampilkan dia dan bersama Hanez Suraya. "Saya sebelum dilantik untuk menjadi duta kepada produk Aura Men ini, saya dan isteri memang mengamalkan pemakanan tambahan ini dan apabila diketahui oleh pemilik Aura White, Puan Ferina dia melamar saya untuk menjadi duta kepada produk terbaru khas untuk lelaki, Aura Men” "Mula-mula sebelum saya mengamalkan Aura White, saya ada bertanyakan pada isteri adakah produk ini boleh diambil oleh kaum lelaki dan isteri saya kata boleh, saya hanya perlukan Aura Men sebagai makanan tambahan kerana ianya khas dibuat untuk lelaki," katanya. (rtky/hfz) |
| Hanez Suraya Serik Percaya Orang, Teruskan Saman Posted: 15 Dec 2013 04:45 PM PST Pelakon yang kini duta kepada Aura White Beauty, Hanez Suraya ketika ditemui semalam telah memberitahu bahawa dia sudah serik untuk mempercayai orang disebabkan kes kontroversinya bersama bekas pengurus peribadi yang kini kesnya masih berjalan. “Tidak berani untuk saya mengulas lebih lanjut mengenai kes ini, tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa kes ini masih sedang berjalan dan kita akan mempunyai tarikh untuk sebulan kes ini” “Apa yang saya selalu fikir sekarang ini, ialah betapa susahnya saya untuk percayakan orang disebabkan pengalaman yang lepas banyak memberikan pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah untuk mempercayai seseorang itu,” katanya. BACA: Hanez Suraya Memfailkan Saman Terhadap Bekas Pembantu Peribadi Hanez turut menjelaskan bahawa pihak di sebelah sana tidak memberikan kerjasama yang baik dalam memudahkan perjalanan kes ini dan Hanez sendiri juga tidak mempunyai masalah untuk berdamai dengan menyelesaikan kes ini secara aman di luar mahkamah. “Sekiranya kita hendak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan kes ini, pihak sebelah sana pula yang tidak dapat memberikan kerjasama dan ini menyebabkan keadaan semakin sukar” “Sebenarnya kita memang hendak menyelesaikan kes ini di luar mahkamah tetapi agak sukar untuk saya berhubung dengannya dan saya rasa tindakan ini adalah sewajarnya. Selagi kes ini belum diselesaikan saya agak stress tetapi apakan saya apabila orang yang sepatutnya memberikan kerjasama dia tidak mahu,” ujarnya. Hanez Suraya turut menjelaskan bahawa sesetengah orang mendakwa dia tidak membayar gaji kepada pekerjanya itu dan turut menafikan persepsi masyarakat kononnya dia masih dilabelkan sebagai gadis liar sehingga hari ini. “Macam inilah, sekiranya saya tidak membayar gajinya bagaimana dia boleh pergi melancong sehingga ke luar negara & cukuplah saya bercerita tentang itu kerana saya tidak mahu bercerita lanjut kerana kita boleh berfikir sendiri. Biarlah dia bercerita buruk tentang saya, kerana saya sendiri tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kita tunggu dan lihat sahaja kebenaran itu.” “Statement gadis liar rasanya dahulu telah diperkatakan dan dilabelkan dengan diri saya, tetapi ingin saya katakan di sini saya tidak liar seperti yang kerana sudah lama perkara tersebut sudah saya padam dan kini saya telah berubah dan Alhamdulillah telah berada di landasan yang betul dan satu persatu kejayaan yang saya rangkul”, ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| Cristina Suzanne Akui Putus Tunang, Tiada Jodoh Posted: 15 Dec 2013 09:48 AM PST Minggu lalu menerusi Melodi di TV3, Cristina Suzanne ditebak dengan soalan yang mengatakan beliau sudah putus tunang dan sepanjang temubual berlangsung, beliau seakan mengelak untuk memberikan kenyataan sebenar akan status hubungan beliau. BACA: Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? Semalam menerusi akhbar Berita Harian, Cristina Suzanne tampil memberikan kenyataan yang mengakui hubungannya dengan seorang ahli perniagaan dari Kuantan kini sudah berakhir dan ikatan pertunangan antara mereka sudah lagi tiada. “Jodoh saya tak panjang, ikatan pertunangan saya sudah putus. Itu saja yang boleh saya kongsi bersama peminat. Tarikh sebenar ikatan itu terlerai dan atas sebab apa putus, biarlah ia terus menjadi rahsia peribadi saya — banyak hati yang perlu saya jaga” “Pengakuan ini saya buat supaya tidak timbul lagi sebarang spekulasi dan kekeliruan. Orang nak tahu apa status saya hari ini, ya saya mengaku dah putus tunang, cukup. Tak perlu mendesak atau terus bertanya bila saya putus, sebab apa dan kenapa,” jelas Cristina Suzzane. Sebelum ini, Cristina Suzanne sudah merancang untuk berkahwin pada 22 Januari bersempena dengan ulangtahun kelahiran ke 29 beliau. (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.470) Posted: 15 Dec 2013 08:30 AM PST VIDEO HARI INI: Dari bra bernilai US$10 juta sehinggalah ke peserta akhir 40 Angel, ini video rangkuman pantas saat saat indah dari 2013 Victoria’s Secret Fashion Show. Gambar dari majlis sambutan ulang tahun kelahiran Taylor Swift yang ke 24 di Melbourne, Australia menunjukkan penyanyi lagu Royals, Lorde turut hadir meraikan selain rakan rakan rapat penyanyi itu. – Just Jared Pasangan pengantin baru Zain Saidin & Rozita Che Wan lega dan berpuas hati apabila ketiga-tiga majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti dirancang dan mencapai status Wedding of the Year seperti yang diharapkan semua pihak. – mStar Online Pengarah di belakang filem Inception & siri The Dark Knight, Christopher Nolan melancarkan trailer pertama untuk filem beliau seterusnya berjudul Interstellar dan setahun dari sekarang para peminat beliau akan disajikan sebuah lagi filem hebat. – Business Insider Dua anggota tetap program Running Man, Yoo Jae Suk dan Gary telah dipilih oleh lebih 1,000 penuntut kolej di Korea sebagai lelaki paling didambakan dalam program itu. – Soompi Dengan pelbagai kontroversi menyelubungi dirinya, Lindsay Lohan telah memutuskan untuk menerbitkan sebuah buku menceritakan segalanya dari pihak beliau & berkata sudah menerima tawaran enam angka dari syarikat penerbitan yang berminat. – TMZ |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.