RotiKaya |
- Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik
- Nooraida: Saya Teruja Dengan Adi Putra & Terkejut Terima Gambar Lucah
- Sekitar Resepsi Perkahwinan Ekstravaganza Zain Saidin Dan Rozita Che Wan
| Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik Posted: 14 Dec 2013 04:21 AM PST Malam penghargaan buat penggiat dunia muzik Malaysia kembali lagi dan Anugerah Industri Muzik sedar atau tidak sudah masuk ke tahun yang ke 20. Dua dekad menghargai yang terbaik dalam industri hiburan di Malaysia. Tahun ini Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) mengambil tempat di Stadium Putra, Bukit Jalil dan seperti biasa sebelum bermulanya acara kemuncak, kemunculan artis dan selebriti di karpet merah menjadi perhatian ramai. Antara yang mencuri tumpuan adalah Erra Fazira yang tampil bersama pereka fesyen Rizman dari Rizman Ruzaini, Ning Baizura yang hadir mengenakan barangan kemas sendiri, Shila Amzah yang hadir sendiri (oops) & ramai lagi penggiat dunia muzik. Karpet merah tahun ini dikendalikan oleh pengacara Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan. Berikut gambar sekitar karpet merah Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda semua tahun ini. Enjoice! |
| Nooraida: Saya Teruja Dengan Adi Putra & Terkejut Terima Gambar Lucah Posted: 13 Dec 2013 07:42 PM PST Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah mendapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra. BACA: Skandal Adi Putra, Nooraida & Suami Mahu Buka Semula Kes Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan ramadhan yang lepas. Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah. “Saya mula mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba tiba pula menghantar gambar yang agak lucah dan sulit. Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?” katanya penuh berhati-hati. Nooraida, memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga. Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar gambar ‘selfie’ kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu. “Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini,” ujarnya. Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman. Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin. “Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah” “Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya. Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja. “Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| Sekitar Resepsi Perkahwinan Ekstravaganza Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Posted: 13 Dec 2013 07:14 PM PST Mengambil tempat di Setia City Convention Centre di Shah Alam, majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin memang tampak meriah & mewah selari dengan gelaran Wedding of the Year yang mereka terima dari para peminat & pemerhati dunia hiburan. BACA: Dengan Sekali Lafaz, Zain Saidin Kini Sah Bergelar Suami Rozita Che Wan Majlis yang berlangsung malam tadi ini dihadiri oleh ahli keluarga, rakan artis, kenalan rapat dan para media untuk meraikan penyatuan dua hati yang selama ini memang menjadi perhatian ramai dan pasangan ini juga tahu bagaimana untuk meraikan tetamu. Lihat sahaja menerusi gambar yang kami temui di sekitar internet betapa gahnya pentas tempat persandingan Rozita Che Wan & Zain Saidin selain persalinan pasangan ini yang nampak mewah hasil tangan pereka fesyen terkenal tanah air. Enjoice! Kredit Gambar: Annas Easkey, Carlos Nizam, Rizman Ruzaini, Fairuz Ismail, Iqram Dinzly |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.