RotiKaya |
- Levi’s® Lancar Revel, Revolusi Pemakaian Jeans Untuk Wanita Hari Ini
- Diana Danielle Tunjuk Bukti Belajar Di Australia
- Gambar: Ashraf Muslim & Noor Dayana Bulan Madu Di Sabah
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.418)
- America’s Next Top Model Kembali, Pertama Kali Tampil Peserta Lelaki
| Levi’s® Lancar Revel, Revolusi Pemakaian Jeans Untuk Wanita Hari Ini Posted: 19 Sep 2013 12:02 PM PDT Bermula dengan langkah berani pada tahun 1934, Jenama Levi's® mengambil risiko merubah trend fesyen buat wanita dengan kemunculan jeans pertama untuk wanita iaitu, Lady Levi's®. Selepas kejayaan besar tahun 2010 dengan rekaan Levi's® Curve ID, tahun 2013 sekali lagi bakal menyaksikan kejayaan Levi's® dengan jenama sempurna mengikut bentuk badan, Levi's® Revel. Jeans Levi’s® Revel menawarkan teknologi pembentuk yang bakal dipaten, fabrik denim, berkualiti tinggi dan perincian inovatif. Rekaannya dicipta bagi menghasilkan reka bentuk dalaman idaman para wanita moden hari ini. Jeans Levi's® Revel direka menggunakan teknologi Liquid Shaping ekslusif yang disalurkan ke dalam fabrik denim melalui teknik rekabentuk percetakan skrin. Keistimewaan jeans Levi's® Revel terkandung dalam anjalan cecair yang melekap pada tubuh badan dan memberi keselesaan maksimum pada si pemakai wanita. Jeans Levi's® Revel mempunyai regangan ciri empat hala yang mampu menonjolkan bentuk badan wanita selain menjadikan tubuh badan kelihatan lebih anjal dari sebenar. Daya ingatan unggul pada jeans turut membantu mengekalkan bentuk jeans dan bentuk tubuh pemakai. Melalui suai padan jenama sebelum ini, Levi'®s Curve ID, jeans Levi's® Revel menawarkan suai padanan lengkung khusus serta perincian reka bentuk bagi menyerlahkan susuk tubuh wanita terutama bahagian pinggul. Dengan pemilihan identiti jeans yang sesuai, Slight, Demi dan Bold Curve, jeans Levi's® Revel seolah olah sepasang jeans ditempah khas untuk setiap wanita. Kemasan berkontur, kelim memanjang, dan tampalan kocek bersesuaian bagi menyerlahkan penampilan si pemakai. Terdapat pelbagai jenis kemasan, warna dan tona dalam potongan kurus dan lurus untuk kepelbagaian jeans Levi's® Revel bagi wanita dipelusuk dunia. Dijual pada harga RM299, koleksi jeans Levi's® Revel boleh didapati di Levi's® Stores terpilih seluruh negara bermula 20 September ini. Maklumat lanjut di www.levi.com.my/revel. Levi’s® Revel Roadshow!Untum memberikan anda peluang melihat teknologi terkini dalam koleksi jeans Levi’s® Revel, jenama jeans terkenal ini akan menjelajah seluruh Malaysia dalam satu roadshow khas bermula 4 Oktober sehingga 17 November ini. Berikut merupakan jadual jelajah jeans Levi’s® Revel di seluruh negara; 4 – 6 October 2013 @ Sunway Pyramid Jangan ketinggalan untuk turut serta untuk mencuba sendiri keunikan jeans Levi’s® Revel di tempat anda. Ikuti Levi’s® di Facebook (http://facebook.com/Levis) dan di Twitter (@levisMY) untuk maklumat terkini. Juga layari laman rasmi mereka di www.levi.com.my/revel. |
| Diana Danielle Tunjuk Bukti Belajar Di Australia Posted: 19 Sep 2013 11:54 AM PDT Pemergian Diana Danielle ke Australia awal tahun ini untuk menyambung pelajaran sebenarnya mendapat perhatian ramai yang meragui kesahihan pelakon ini berada di sana untuk belajar. Ada yang berandaian Diana Danielle membawa diri ke Australia kerana ingin lari dari pandangan peminat & juga media ekoran dirinya yang sedang sarat mengandung ketika itu. BACA: Penampilan Pertama Diana Danielle Di Khalayak Ramai Semenjak Berkahwin Hari ini menerusi akaun Instagram, Diana Danielle telah memaparkan sekeping gambar yang menunjukkan kad pelajar beliau dan kami kira ini tindakan pelakon ini untuk membuktikan dirinya memang menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia. Gambar di atas dikongsikan dengan sebaris ayat berbunyi ‘Best time of my life’ dan harapnya dengan tindakan Diana Danielle mengemukakan bukti ini terhapuslah desas desus mengatakan beliau pergi semata mata ingin menyorok dari kita semua. Or is it? |
| Gambar: Ashraf Muslim & Noor Dayana Bulan Madu Di Sabah Posted: 19 Sep 2013 10:14 AM PDT Ini Ashraf Muslim yo! Ketika orang ramai menumpang gembira atas berita kehamilam isteri kedua beliau, nampaknya pelakon ini tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab untuk membuatkan hati isteri pertamanya gembira. BACA: Isteri Kedua Hamil, Ashraf Muslim Teruja Bakal Bergelar Bapa Beautiful Nara lewat petang ini kongsikan beberapa keping gambar Ashraf Muslim bersama isteri pertamanya, Noor Dayana yang di’lihat sedang gembira menikmati masa berdua mereka di Pulau Pom Pom, Sabah baru baru ini. Noor Dayana turut menulis kata kata positif di laman Facebook beliau menunjukkan dirinya sudah redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk mengahwini Wan Sakinah. “Alhamdulillah. Thank you Allah for the rezeki and time given for us spending our time together — Subhanallah, the underwater live is so amazing, learning new experiences throughout the journey. Back to reality, face every dugaan dengan tabah dan sabar. Allah is always there. He knows the best insyaAllah. Our never ending honeymoon trip” Berikut beberapa keping gambar sekitar percutian Ashraf Muslim & Noor Dayana di Sabah baru baru ini. Semoga kebahagiaan mereka berdua kekal & harmoni hendaknya. Enjoice! |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.418) Posted: 19 Sep 2013 09:58 AM PDT VIDEO HARI INI: Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson nampaknya ada bakat tersembunyi & baru baru ini terserlah yang beliau hebat membaling dart walaupun dengan menutup mata. Pelakon berbakat besar ini boleh memasukkan satu lagi watak besar dalam resumé, Leornado DiCaprio telah disahkan bakal membawa watak Presiden Amerika Syarikat ke 28 Woodrow Wilson dalam filem biopiknya nanti. – E! Salah seorang penerbit eksekutif siri TV popular, Breaking Bad mengesahkan yang dua episod terakhir drama itu akan mengambil masa 75 minit setiap satu termasuk iklan. – Mirror UK Selepas menyaksikan persembahan minggu pertama peserta Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Anuar Zain menyifatkan para peserta yang ada sebagai berbakat dan tidak akan menolak jika dipanggil untuk berkongsi ilmu. – Astro Awani Aktress Hollywood, Natalie Portman baru baru ini mendedahkan yang beliau sebenarnya sentiasa panik ketika berjalan di karpet merah di mana mana acara kerana fobia akan terjatuh atau tersungkur di hadapan peminat & para media. – SF Gate Pasangan selebriti Korea yang baru berkahwin, Lee Hyori dan Lee Sang Soon di’laporkan telah terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu beberapa hari lalu dan turut di’khabarkan akan menghabiskan masa selama dua bulan di sana. – Soompi |
| America’s Next Top Model Kembali, Pertama Kali Tampil Peserta Lelaki Posted: 18 Sep 2013 06:51 PM PDT Siapa peminat tegar America's Next Top Model di sini? Pusingan ke 20 (cycle 20) program realiti TV popular ini kini kembali dengan pelbagai hadiah baru & yang lebih penting pesaing baru iaitu kaum lelaki. Edisi sulung Guys and Girls telah mula bersiaran pada 18 September lalu di StarWorld (Channel 711) & Starworld HD (Channel 722). Lapan lelaki dan lapan wanita akan tinggal sebumbung dan bersaing untuk merangkul gelaran berprestij menjadi America's Next Top Model. Musim terbaru ini akan merungkai persamaan dan juga perbezaan antara kaum lelaki dan wanita dalam mengejar impian mereka. Peserta yang berjaya tampil sebagai pemenang akan menerima hadiah lumayan berupa pakej untuk memulakan karier sebagai model professional melalui tajaan hadiah dari Next Model Management dan GUESS dan juga NYLON Magazine. Pemenang akan menerima kontrak bernilai US$100,000 untuk kempen seluruh negara bersama GUESS, yang mana terbukti menjadi platform terbaik untuk memulakan karier sebagai model. Pemenang juga akan muncul dalam ruang fesyen majalah NYLON selain kontrak menjadi model bersama Next Model Management. Untuk musim kali ini, selain dari panel juri termasuk Tyra Banks, Kelly Cutrone & Rob Evans, para peminat dan orang awam boleh mempengaruhi keputusan siapa yang akan kekal dalam persaingan dan siapa akan tersingkir di akhir episod setiap minggu. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.