koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Shafnie Dan Anak-Anak Mesra Dengan Ibu Bapa AC Mizal

Posted: 16 Jul 2013 07:10 PM PDT



Rasanya macam tak lama dulu saja kita melihat gambar-gambar anak-anak Shafnie Zainuddin, bekas isteri Datuk AC Mizal, yang pada masa itu masih kecil.

Diam tak diam dua orang anak lelaki Shafnie sudah meningkat remaja dan wajah mereka, terutama Muhammad Shafiq Iman, 17, saling tidak tumpah seperti wajah bapa.

Biarpun sudah berbelas tahun ibu bapa mereka berpisah dan sudah tiga tahun mereka tidak bertemu bapa mereka, anak-anak Shafnie bagaimana pun rapat dengan ibu bapa kepada AC Mizal, iaitu datuk dan nenek mereka, malah Syafnie dan anak-anak juga rapat dan tetap keluar bersama keluarga sebelah bapa.

Mungkin inilah yang dikatakan 'air dicincang tidakkan putus'. Ikatan kekeluargaan dengan datuk dan nenek tetap utuh walaupun ikatan cinta yang pernah menyatukan kedua ibu bapa mereka telah terlerai. Syabas diucapkan kepada Shafiq Iman dan Shabil Iman, 14. Dan syabas juga kepada Shafnie yang telah mendidik mereka dengan baik. Bersama kita nantikan AC Mizal pula berjumpa dengan Shafiq dan Shabil. Kredit gambar dan info, Forum Cari.

Nora Danish Respon Isu Menunjuk Dalam Solat

Posted: 16 Jul 2013 07:06 PM PDT



Nora Danish Respon Isu Menunjuk Dalam Solat

Terbaru menerusi laporan Sinar Harian Online, pelakon comel ini telah tampil memberi respon berhubung isu tersebut. Menurut Nora Danish, dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dalam solat dan menganggap isu berkenaan tidak seharusnya timbul.

Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat. Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja.

Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya.

Kredit Foto : Instagram Nora Danish

Syura bakal buka restoran

Posted: 16 Jul 2013 07:03 PM PDT



MESKIPUN dinobatkan menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27, terkilan dengan segelintir peminat yang sehingga kini masih mempertikaikan kemenangannya dalam program tersebut.

Bagi membuktikan bakatnya dalam bidang masakan, penyanyi yang terkenal dengan irama pop tradisional ini berusaha untuk membuka sebuah restoran.

"Memang agak sedih bila orang terus mempertikaikan kemenangan saya dalam MasterChef Selebriti. "Namun, saya tidak akan berkecil hati. Setiap kritikan yang diterima, akan saya jadikan sebagai penguat semangat untuk terus berjaya," katanya yang berjaya mengalahkan 19 finalis, termasuk Celina dan Rozita Che Wan yang pernah disebut-sebut sebagai juara program realiti masakan itu.

Jelas Syura, dunia masakan sememangnya sudah sebati dengan dirinya. Malah impian untuk memiliki restoran sendiri juga sudah lama terbit di hati. "Saya akui, untuk membuka sebuah restoran ianya bukan perkara yang mudah kerana memerlukan permulaan modal yang banyak.

"Insya-ALLAH saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.

Akma AF3 Selamat Bersalin Anak Perempuan

Posted: 16 Jul 2013 06:47 PM PDT



Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 3, Akma apabila telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 10.56 malam, 16 Julai 2013.

Menerusi akaun Instagramnya, Akma turut berkongsi beberapa keping gambar bayi comel dengan status; "Alhamdulillah.. akma selamat melahirkan bayi perempuan.. 16Julai2013 jam 10.56 mlm td.. terima kasih atas doa kalian.. syukur ya Allah.."

Akma dan suami, Farih Hamshi Dato' Fatmi telah selamat diijabkabulkan pada 30 Jun 2012.

Radhi OAG Rancang Kahwin Tahun Depan

Posted: 16 Jul 2013 06:42 PM PDT



KUALA LUPUR: Kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan bakal menamatkan zaman solo dengan pemuda itu pada tahun hadapan. Nur Shahira Ayu atau lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

"Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, pada Selasa.

Ayu berkata, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu. Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Jelasnya, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

"Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok," ujar Ayu.

Jelas gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang. Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belalah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.

Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih. Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.

"Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik," katanya. Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun.

Siti Jadi Jururawat

Posted: 16 Jul 2013 06:40 PM PDT



SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan pengabdian Siti Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa terharu. Dan momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti Nurhaliza,' kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital sebelum ini, seperti dekat kebenarannya. Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke New Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan satu-satunya pengorbanan Siti.

Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur, makan minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami, takut-takut ada kehendak yang tidak dapat disediakan. Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil dan besar Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu dibuat oleh Siti sendiri.

Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu, dia dan adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti', kala Datuk K sakit. "Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah. Sewaktu di New Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel penginapan, bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah. Memang terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda. Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga mengangguk dan menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah akan banyak 'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar. Bukan semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada ayah," katanya bersungguh-sungguh. Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang biasa bagi mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat dengan tragedi ngeri sebegini. Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara ini, inilah makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

"Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang. Bagaimanakah bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar. Apabila insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah ujian kasih sayang kita yang sebenarnya. "Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada ketika dia sakit inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap kejadian kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih sayang kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti. Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu, apa yang Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di dalam hati? "Perkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati, tabahkan diri terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan suami supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'.

"Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh berjalan-jalan dan kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti lagi. Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia sangat takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kala di depan Datuk K. "Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat semangat. Apa yang dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila melihat dia lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak sedihkan? Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan sembuh lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya.

Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam menyambut Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga: "Siti tidak pernah kesal mengahwininya. Sungguh!" Lalu kami simpulkan, inilah sebuah kisah 'cinta abadi' yang masih hidup di depan mata. Sumber: Utusan Malaysia

Ashraf mohon berpoligami

Posted: 16 Jul 2013 06:35 PM PDT




Ashraf Muslim memohon untuk berpoligami. Alasannya kerana belum dikurniakan anak dengan isteri pertama,. Apapun yang penting nanti kena berlaku adil..Admin tak mau komen panjang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...