RotiKaya |
- Fizz Fairuz Akui Kembali Rapat Bersama Almy Nadia
- Tidak Hadir Ke ABPBH 2012 — Shila Amzah Sertai Konsert Jelajah Amerika Syarikat
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.314)
| Fizz Fairuz Akui Kembali Rapat Bersama Almy Nadia Posted: 09 Apr 2013 05:34 PM PDT Ramai sedia maklum akan hubungan pasangan ini yang tercalar akibat perbuatan pihak lelaki yang telah bertunang secara senyap senyap tetapi kemudian’nya menjadi perbualan satu negara. Bercakap kepada mStar Online tentag status hubungan mereka kini, Fizz Fairuz mengakui yang beliau kini kembali menjalin hubungan kawan rapat dengan Almy Nadia selepas kontroversi yang melanda. Namun menurut Fizz Fairuz lagi, beliau tidak mahu tergesa gesa dalam hubungan yang baru pulih ini kerana tahu hati Almy Nadia masih terluka dengan perbuatan’nya sebelum ini. “Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara gara kesilapan saya dahulu” “Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya,” tambah Fizz Fairuz. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tidak Hadir Ke ABPBH 2012 — Shila Amzah Sertai Konsert Jelajah Amerika Syarikat Posted: 09 Apr 2013 05:11 PM PDT Pasti ramai yang tertanya tanya ke manakah kelibat Shila Amzah di’malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 hujung minggu lalu di’saat nama beliau di’sebut. Buat kali pertama sejak bergelar anak seni, Shila Amzah berjaya merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular tetapi beliau tidak dapat naik ke atas pentas untuk mengambil anugerah kerana komitmen kerja. Shila Amzah sibuk mengikuti konsert jelajah di Amerika Syarikat bersama bintang pertandingan Asian Wave yang lain bertempat di Lincoln Centre New York, San Francisco & Las Vegas. “Saya minta maaf sebab tidak dapat hadir. Selepas menamatkan konsert di AS bersama 5 penyanyi lain, saya ke Shanghai pula menyiapkan beberapa projek termasuk lagu tema China Idol dalam bahasa Mandarin” Bukan itu sahaja, menurut Shila Amzah lagi beliau akan menjadi artis jemputan untuk konsert penyanyi lagenda Julio Iglesias yang akan di’adakan di tiga tempat berbeza di China sekitar April ini. Memang sibuk & nampak bekerja keras penyanyi ini dan tidak hairanlah mampu merangkul gelaran Penyanyi Paling Popular. Berikut merupakan beberapa keping gambar Shila Amzah ketika berada di USA. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.314) Posted: 09 Apr 2013 01:04 PM PDT VIDEO HARI INI: Lionel Messi mungkin telah menjaringkan ratusan biji gol sepanjang karier tetapi penjaga gol robotik di Jepun ini menggugat ego pemain terbaik dunia ini. Heh. Kini sedang menjalani kehidupan solo, Taylor Swift berkata yang beliau tidak pasti akan kisah cinta di’masa hadapan mahu pun sebarang kemungkinan yang akan berkahwinan nanti. – US Weekly Penyanyi Aishah berkata beliau menerima pencalonan untuk bertanding di kerusi parlimen Jempol, Negeri Sembilan untuk menjadi suara artis dan memperjuangkan nasib golongan anak seni. – mStar Online Buat pertama kali, imej pertama dari lokasi penggambaran filem sekuel Captain America: The Winter Soldier telah muncul di’internet dan filem ini akan hanya ke pawagam April 2014. – The Hollywood Reporter Bintang solo pop Korea, Jay Park muncul baru baru ini mendedahkan yang cinta pertama beliau ketika tinggal di USA terputus kerana diri beliau yang terlalu obses dengan gadis tersebut. – Soompi Berita baik buat peminat Brad Pitt, pelakon popular ini telah bersetuju untuk menjadi penyampai anugerah pada MTV Movie Awards 2013 yang bakal berlangsung hujung minggu ini. – Just Jared © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.