RotiKaya

RotiKaya


Nas-T Cari Masa Sesuai Jumpa Keluarga Nabila Huda Bincang Soal Kahwin

Posted: 08 Apr 2013 06:15 PM PDT

Nampaknya progress hubungan Nabila Huda dan Nas-T ini berjalan pantas sehingga ada ura ura yang mengatakan mereka akan menjadi lebih serius tidak lama lagi — berkahwin mungkin?

Menurut Nas-T, dia dan Nabila Huda sudah berkawan sejak zaman remaja lagi dan tidak menyangka yang hubungan mereka akan terus menjadi rapat seperti hari ini tetapi gembira dengan hubungan ini.

“Saya gembira sebab kami dah berkawan lama dan dah tahu baik buruk masing-masing. Kalau ditakdirkan jodoh saya bersama Nabila, saya terima sahaja,” ujar Nas-T kepada GUA.

Mengakui selalu berjumpa untuk meluangkan masa bersama sama sejak akhir akhir ini, Nas-T turut menambah yang mereka sudah pun mengenali keluarga masing masing ketika ini.

Cuma Nas-T ketika ini sedang mencari masa yang sesuai untuk bertemu keluarga Nabila Huda secara peribadi untuk membincangkan soal perkahwinan dengan lebih lanjut.

#01 Nas-T Cari Masa Sesuai Untuk Jumpa Keluarga Nabila Huda - ROTIKAYA #02 Nas-T Cari Masa Sesuai Untuk Jumpa Keluarga Nabila Huda - ROTIKAYA #03 Nas-T Cari Masa Sesuai Untuk Jumpa Keluarga Nabila Huda - ROTIKAYA #04 Nas-T Cari Masa Sesuai Untuk Jumpa Keluarga Nabila Huda - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Kes Rogol: Zatul Serah Kepada Pihak Polis

Posted: 08 Apr 2013 05:29 PM PDT

Noor Nazatul Farahin atau lebih di’kenali dengan nama Zatul (Mentor) berkata yang beliau sudah menceritakan segalanya mengenai insiden rogol oleh Mohd (Mentor) kepada pihak polis.

Jelas Zatul lagi, kini adalah masa untuk pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Mohd & berharap kes tersebut dapat di’selesaikan secepat mungkin.

“Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka”

“Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini,” jelas Zatul lagi kepada mStar Online hari ini.

Mohd sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang beliau ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul yang di’dakwa memfitnah dan juga memburukkan nama beliau dengan insiden rogol ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Kemenangan Nabila Huda Untuk Amy Search, Nas-T Ada Ucap Tahniah

Posted: 08 Apr 2013 09:03 AM PDT

Akhirnya, Kejayaan Nabila Huda meraih undian paling tinggi untuk Anugerah Pelakon TV Wanita Popular memadamkan sangkaan bahawa walaupun dengan kontroversi pelbagai yang menghimpit dirinya sepanjang bergelar anak seni bakat sebenar yang ada di dalam dirinya lebih dihargai peminat.

Menurut Nabila Huda, 29, sepanjang bergelar anak seni terlalu banyak onak dan duri terpaksa ditempuhi termasuk menyakinkan ayahnya yang juga penyanyi kumpulan rock terkenal, Amy Search bahawa dia tidak mensia-siakan kariernya sebagai pelakon.

“Saya nak tunjuk kat papa (Amy Search) bahawa saya bukan mensia-siakan karier saya sebagai pelakon selepas beberapa isu kontroversi saya tetap bangun pagi kerja macam biasa”

Ujar Nabila lagi, dia tidak kisah dengan tanggapan ramai pihak tentang dirinya kerana dia lebih tahu apa yang berlaku.

“Saya sebagai pelakon sudahlah perlu menjadi pelakon, apabila di luar saya takkan nak jadi pelakon lagi apabila berdepan dengan orangkan”

“Apa yang orang nampak selama ini itulah diri saya, saya nak tunjuk bahawa saya bukan hipokrit”

Di dalam pada masa yang sama, Nabila Huda turut berkongsi perasaan gembiranya apabila dapat berkongsi momen manis tersebut bersama Nas-T yang turut hadir di ABPBH 2012 untuk memberikan sokongan.

“Dia ada ucapkan tahniah kepada saya dan saya amat hargai perkara tersebut”

Tambahnya lagi, kini Nas-T sudah menjadi “Soulmate” yang sebelum ini hanya sekadar kawan biasa dan Nabila turut memberitahu dia amat selesa berkawan dengan Nas-T kerana sikapnya yang memahami dan tahu baik buruk perangai Nabila.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.313)

Posted: 08 Apr 2013 09:01 AM PDT

VIDEO HARI INI: Laporan berita di’atas menyebut dua orang wanita Korea kembar terjumpa diri masing masing selepas terpisah sejak kecil 25 tahun dahulu. The power of internet, amazing!

Selepas album terakhir pada tahun 2011, Avril Lavigne hari ini muncul semula dengan lagu terbaru berjudul Here’s To Never Growing Up dan ini teaser selama 19 saat lagu tersebut. – Sugarscape

Zizan Razak berkata yang beliau merasa sedikit terkilan tidak memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada malam ABPBH 2012 yang lalu selepas usaha keras para peminat beliau. – GUA

Lagu terbaru Selena Gomez seakan menunjukkan yang penyanyi itu masih belum boleh meninggalkan Justin Bieber 100% & ada sumber mengatakan yang mereka sebenarnya masih berhubung. Eh. – TMZ

Agensi NH Media telah mengesahkan yang sub-unit kepada kumpulan U-KISS yang di’beri nama uBeat akan membuat kemunculan pertama pada April ini dengan ahli utama Eli dan AJ. – Soompi

James Cameron dalam kenyataan terbaru berkata yang dua filem Avatar seterusnya akan meneroka dunia laut dalam Pandora dan pertama kalinya akan menggunakan teknologi underwater motion-capture. – Vulture


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Jimmy Shanley Gagal Peroleh Hak Jagaan Anak

Posted: 07 Apr 2013 08:50 PM PDT

Bantahan Jimmy Shanley terhadap kelayakan bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy untuk menjaga anak tunggal mereka Zahrah Rania Shanley yang berusia setahun sembilan bulan tidak berhasil.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memberikan hak penjagaan anak secara penuh kepada Nursuhaila dan Jimmy Shanley di’berikan hak lawatan & bermalam selama tiga hari seminggu.

“Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10.00 pagi Selasa sehingga Khamis, 6.00 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut Aidilfitri & Aidiladha secara bergilir,” ujar Hakim Syarie Mawardi Che Man.

Developing…


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...