RotiKaya |
- LANGGAR: Menangi iPad Mini Eksklusif Bersama Autograf Adi Putra
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.311)
- Masih Berkawan Rapat — Emma Ma’embong Akui Masih Sayang Bekas Kekasih
- Pekin Ibrahim: Keluarga Restu Saya Dan Uqasha Senrose
- Daftar Bersama TV Live Untuk Menangi Tiket Percuma
| LANGGAR: Menangi iPad Mini Eksklusif Bersama Autograf Adi Putra Posted: 04 Apr 2013 09:05 AM PDT Kurang seminggu daripada sekarang, filem Langgar akan menjengah ke pawagam berhampiran anda dan barisan pelakon yang terlibat sudah cukup untuk buat anda teruja menunggu. Menampilkan Adi Putra sebagai teruja utama, Langgar turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Hans Issac, Namron, Khir Rahman, Natasha Hudson, Zul Huzaimy dan ramai lagi. Filem Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra), seorang cikgu biasa yang terpaksa berkecimpung dalam dunia gangster untuk mencari pembunuh isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan. Didorong oleh dendam, filem ini berfokus kepada transformasi Nizam dari seorang manusia biasa kepada seorang pembunuh tanpa belas kasihan. Tetapi seperti yang kita semua tahu, harga dendam tidak murah. Adakah Nizam bersedia untuk mengorbankan segala-galanya untuk memenuhi nafsu membalas dendam terhadap kematian ahli keluarganya? Menangi iPad Mini Dengan Autograf Adi Putra Khas untuk pembaca Rotikaya.com, pihak Tayangan Unggul berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah iPad Mini yang di’tandatangani oleh hero filem Langgar sendiri Adi Putra kepada seorang pembaca bertuah — ia’nya mungkin anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah tinggalkan ayat paling kreatif di’ruangan komen dengan melengkapkan “Saya ingin menonton Langgar pada 11 April ini kerana …” 20 pemenang saguhati juga akan terpilih untuk memenangi cenderahati eksklusif filem Langgar dari Tayangan Unggul. Pastikan anda menggunakan akaun Facebook sendiri & boleh kami hubungi menerusi sistem pesanan (message) Facebook. Go! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.311) Posted: 04 Apr 2013 08:27 AM PDT VIDEO HARI INI: Namewee kembali lagi dengan karya beliau dan kali ini sebuah lagu berjudul Nod Nod duet bersama Iris Woo yang menyentuh budaya masa kini yang asyik merenung telefon bimbit pintar. Akhirnya, para peminat boleh menarik nafas lega selepas pihak Netflix mengumumkan 26 Mei 2013 sebagai tarikh lancarnya musim baru sitkom Arrested Development. Malaysia? Harap maaf. – Vulture Penyanyi & penggiat politik, Aishah dilaporkan akan bertanding mewakili PAS di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Abby Abadi apa cerita? – Utusan Malaysia Peminat filem Pitch Perfect? Jangan ketinggalan menyaksikan 2013 MTV Movie Awards kerana Barden Bellas dan seteru mereka Treblemakers akan membuat persembahan khas. – Entertainment Weekly Video muzik untuk lagu terbaru Psy, Gentlemen akan menampilkan semula Yoo Jae Suk & Noh Hong Chul yang pernah muncul dalam Gangnam Style selain penampilan pertama HaHa. – allkpop Satu laporan menyebut Harlem Shake yang menjadi fenomena internet baru baru ini berjaya memecah 1 billion tontonan dalam masa 40 hari sahaja, separuh dari masa di’perlukan Gangnam Style. – Mashable © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Masih Berkawan Rapat — Emma Ma’embong Akui Masih Sayang Bekas Kekasih Posted: 03 Apr 2013 08:13 PM PDT Ketika berita Emma Ma’embong berpisah dengan teman lelaki awal Februari 2013 yang lalu, ramai peminat lelaki yang enjoice kerana aktress itu kembali solo — seperti mereka ada peluang besar. Heh. Dua bulan berlalu, dalam satu temubual media Emma Ma’embong mengakui yang beliau masih berkawan baik dengan bekas teman lelaki beliau bernama Adli & rasa sayang itu masih ada. “Emma masih kawan lagi dengan dia. Emma tak nak bermusuh dengan dia. Tipulah kalau saya kata sudah tidak ada lagi rasa sayang padanya. Lagipun hubungan kami dulu pun agak lama” Lima tahun lamanya hubungan cinta mereka berdua bertaut sebelum ini dan Emma Ma’embong tidak mahu mengulas apa apa tentang kemungkinan mereka akan kembali bersama seeprti dulu. “Tapi kalau nak kata peluang untuk kami bersama semula tu, sayaa tak boleh kata apa-apa. Itu semua terserah pada jodoh”, tambah beliau yang baru sahaja bergelar duta baru produk Silkygirl. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Pekin Ibrahim: Keluarga Restu Saya Dan Uqasha Senrose Posted: 03 Apr 2013 07:46 PM PDT Selepas gossip mengatakan pasangan ini bercinta di’jawab sendiri oleh Uqasha Senrose, kini giliran Pekin Ibrahim pula membuka mulut tentang sejauh mana serius hubungan mereka. Bercakap kepada Media Hiburan hari ini, Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan dengan Uqasha Senrose semakin rapat sejak enam bulan yang lalu namun masih dalam peringkat kenal hati budi. “Memang benar saya sedang berkawan rapat dengan Uqasha dan kini kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Hubungan kami menjadi rapat sejak enam bulan lalu” Lebih menarik, hubungan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose nampaknya semakin positif apabila beliau sendiri mengakui keluarga sudah berbincang untuk membawa hubungan ini ke peringkat lebih serius. “Keluarga merestui hubungan kami dan mereka juga sudah saling kenal mengenali. Malah, mereka sudah berjumpa untuk berbincang membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius,” tambahnya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Daftar Bersama TV Live Untuk Menangi Tiket Percuma Posted: 03 Apr 2013 12:10 PM PDT Hanya mendaftar sebagai ahli Tv Live, anda berpeluang memenangi pas masuk secara percuma ke rancangan-rancangan yang biasa ditonton di kaca televisyen. “TVLive.com.my merupakan satu platform yang terhasil daripada idea yang sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara-negara luar. Saya terpanggil untuk cuba mengaplikasikan sistem ini pada rakaman langsung yang ada di Malaysia. “Jika dibandingkan dengan program televisyen di luar negara penonton di studio lebih bertenaga dan mampu memberikan reaksi tetapi sukar untuk melihat situasi berkenaan di Malaysia. Perkara itu terjadi mungkin disebabkan ia bukan minat dan dipaksa hadir ke acara berkenaan. “TV Live mahu mengubah situasi itu dengan memilih penonton yang tepat untuk sesebuah rancangan dan melalui laman web kami pengunjung boleh mendaftar maklumat mengenai diri mereka dan beritahu kami program jenis apakah yang mereka minati. “Menerusi kaedah itu kita akan mendapat sejumlah penonton yang benar-benar mahu menonton kerana sistem akan membuat pemilihan mengikuti kriteria yang orang ramai telah pilih ketika mendaftar secara percuma di TVLive.com.my,” jelasnya. Kini percubaan pertama mereka telah berjaya membawa penonton yang sememangnya mahu menonton sendiri rakaman untuk game show Betul Ke Bohong musim ke empat. Mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan rancangan yang lebih besar seperti Konsert 3 Permata yang menampilkan Adibah Noor, Jaclyn Victor dan Misha Omar serta beberapa rancangan televisyen lain seperti Oh Tidakkk! Sains Comot, Peace Y'all serta banyak lagi dan mereka mahukan anda yang berminat sahaja untuk menjadi penonton eksklusif melalui TVLive.com.my © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.