RotiKaya |
- Natasha Hudson & Carleed Khaza Sambut Kelahiran Bayi Perempuan
- Gambar: Memey Suhaiza Ikut Jejak Abby Abadi Dengan Bertudung?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.322)
- Qi Razali: Mahu Kahwin, Tetapi Perlu Adil Pada Nelydia Yang Masih Muda
| Natasha Hudson & Carleed Khaza Sambut Kelahiran Bayi Perempuan Posted: 22 Apr 2013 05:34 PM PDT Mungkin berita ini sedikit terlambat sampai ke pengetahuan kami tetapi tahniah di’ucapkan kepada pasangan suami isteri Natasha Hudson dan Carleed Khaza atas kelahiran anak sulung mereka bersama. Menurut tulisan di Instagram Natasha Hudson, selebriti tersebut selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada sekitar 5.45 petang semalam dengan kaedah bersalin biasa. Berkata kepada mStar Online bulan lalu, Natasha Hudson & suami telah pun memilih nama bakal anak mereka tetapi hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahiran. Natasha Hudson dan Carleed Khaza berkahwin pada April 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha mempunyai seorang anak, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Gambar: Memey Suhaiza Ikut Jejak Abby Abadi Dengan Bertudung? Posted: 22 Apr 2013 09:06 AM PDT Jika semalam kita ada foto menyejukkan hati antara Fasha Sandha & Nora Danish, kali ini ianya tidak kurang juga menarik perhatian ramai peminat dunia hiburan — Abby Abadi & Memey Suhaiza. Memey Suhaiza baru baru ini ada mengirimkan beberapa keping gambar melalui akaun Instagram beliau dan seisi keluarga hadir ke acara sukan sekolah anak Abby Abadi & Norman Hakim. Menariknya, Memey Suhaiza di’lihat ayu bertudung dan ini menimbulkan persoalan di’kalangan peminat sama ada isteri Norman Hakim itu kini sudah berhijrah mengikut jejak Abby Abadi? Portal hiburan Murai melaporkan yang Memey Suhaiza kini sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby Abadi mula bertudung. Itu berita yang cukup bagus. Heh. BACA: Memey Suhaiza Dalam Proses Memakai Tudung © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.322) Posted: 22 Apr 2013 09:01 AM PDT VIDEO HARI INI: Pernah terfikir bagaimana cara Arnold Schwarzenegger memandu kereta? Pelawak Will Sasso berjaya zahirkan persoalan merepek ini ke dalam video seperti di’atas. Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mendakwa pelakon terkenal yang baru berjinak jinak dalam dunia pengarahan, Aaron Aziz masih belum mendaftar sebagai ahli sehingga hari ini. – Sinar Harian Minggu ini, Backstreet Boys telah meraikan ulangtahun ke 20 penubuhan kumpulan mereka & bersempena itu mereka berkongsikan sneak peak terhadap lagu yang akan terkandung dalam album baru nanti. – EW Aktress terkenal, Reese Witherspoon memohon maaf & berkata cukup malu dengan penahanan diri beliau kerana bersikap kurang ajar terhadap seorang pegawai polis trafik di Atlanta semalam. – Huff. Post Ahli kumpulan 2PM, Nickhun menangis ketika meminta maaf kepada para peminat di konsert kumpulan itu atas kesalahan beliau menyebabkan satu kemalangan ekoran memandu di’bawah pengaruh alkohol. – Soompi Justin Bieber mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Selena Gomez sebelum mengambil tindakan untuk memadamnya & ini timbulkan persoalan sama ada mereka sudah kembali bersama kini. – Daily Mail © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Qi Razali: Mahu Kahwin, Tetapi Perlu Adil Pada Nelydia Yang Masih Muda Posted: 21 Apr 2013 08:31 PM PDT Oleh kerana pasangan ini enggan melabelkan hubungan mereka sebagai bercinta, boleh sudah rasanya kita gelarkan mereka pasangan terbaru teman tapi mesra dalam dunia hiburan. Mengulas tentang status terbaru hubungan mereka, Qi Razali & Nelydia Senrose masing masing berkata yang mereka enggan menjadikan kisah cinta mereka menjadi perhatian masyarakat. “Kami tak mahu menjaja tentang hubungan ini kerana tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Kalau tiada jodoh antara kami, nanti malu pula,” ujar Nelydia Senrose kepada portal GUA. Menariknya, pasangan ini agak terbuka apabila berbicara soal kahwin. Qi Razali berkata usia beliau kini sangat sesuai untuk berkahwin tetapi perlu juga memikirkan Nelydia Senrose yang masih muda. “Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda,” jelas Qi Razali yang tidak menolak jodoh awal. Nelydia Senrose yang di’minta mengulas tentang soal kahwin juga berkata yang beliau terbuka untuk berkahwin awal kerana percaya perkahwinan dapat mengajar erti kehidupan. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.