RotiKaya |
- Gambar: Nora Danish & Rayqal Melawat Baby Fasha Sandha
- Nabila Huda: Dia Bukan Teman Lelaki, Dia Soulmate Saya
- Kolaborasi JoHaRa & Bobo — Parodi Lagu Teman Pengganti, Sayang Dan Bosan
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.321)
| Gambar: Nora Danish & Rayqal Melawat Baby Fasha Sandha Posted: 21 Apr 2013 09:03 AM PDT Tiada perkataan yang cukup indah untuk menggambarkan keadaan melihat keluarga kecil ini bersama dalam sekeping gambar lebih lebih lagi ia’nya meraikan kelahiran insan baru ke dunia ini. Cewah. Awal malam tadi menerusi akaun Instagram, Nora Danish mengongsikan sekeping gambar beliau bersama Rayqal datang melawat bayi lelaki sulung pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram, Putra Rayfal. “Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby,” tulis Nora Danish mengiringi gambar yang sama adorable di’mata kami. Minggu lalu laporan Harian Metro menyebut yang Nora Danish sebenarnya terkejut dengan pemilihan nama yang di’buat oleh Fasha Sandha & Rizal Ashram kerana ianya hampir sama dengan nama anak beliau. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Nabila Huda: Dia Bukan Teman Lelaki, Dia Soulmate Saya Posted: 21 Apr 2013 09:02 AM PDT Hubungan cinta Nabia Huda dan Nas-T bukan rahsia lagi kepada para peminat dunia hiburan, lebih lebih lagi selepas kedua dua mereka membuat pengakuan terbuka akan hubungan ini. Tetapi ada satu kenyataan Nabila Huda yang menarik perhatian kami ketika menonton liputan Melodi tentang kisah percintaan pasangan baru ini di kaca televisyen tengah hari Ahad yang lalu. Kenyataan sebaris Nabila Huda ini menunjukkan yang hubungan beliau bersama Nas-T kali ini memang di peringkat yang sangat serius sehingga tidak menggelarkan lelaki itu sebagai teman lelaki. “Dia bukan boyfriend, dia soulmate saya,” ujar Nabila Huda ringkas. “Saya sendiri sudah penat bercinta & memang mencari seseorang yang sedia menerima & memahami diri saya yang sebenarnya” Selepas menghabiskan masa bersama di kepulauan Bali baru baru ini Nabila Huda dan Nas-T telah terbang pula ke Sydney, Australia untuk menjayakan satu penggambaran drama bersama selebriti lain. Berikut merupakan beberapa keping yang di’kongsikan Nabila Huda menerusi akaun Instagram ketika mereka berada di Australia. Nampak mesra kasih sayang antara mereka. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Kolaborasi JoHaRa & Bobo — Parodi Lagu Teman Pengganti, Sayang Dan Bosan Posted: 21 Apr 2013 09:01 AM PDT Tahap selebriti sekarang ini rasanya Bobo yang mula di’kenali dengan parodi lagu Shae berjudul Sayang. Terbaru Bobo telah di’jemput ke konti ERA fm untuk bersama krew pagi, JoHaRa. Selain di’temubual tentang perhatian yang diterima beliau semenjak video parodi Sayang menjadi popular, Bobo turut tampil bersama JoHaRa untuk satu lagi parodi khas untuk hiburan anda semua. Dalam video di’atas boleh nampak ragam penuh kelakar Johan, Haniff dan Ray bersama Bobo dengan lagu Teman Pengganti, Sayang & Bosan versi remix DJ Lil G. Memang layan! Lebih menarik, video parodi mereka ini berjaya mencapai angka melebihi 230,000 tontonan sejak di’siarkan di Youtube empat hari yang lalu — memang viral seperti video Sayang versi Bobo. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.321) Posted: 21 Apr 2013 09:00 AM PDT VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer terbaru filem dengan judul Only God Forgives yang merupakan kolaborasi kali kedua Ryan Gosling bersama Nicolas Winding Refn selepas filem Drive. Still badass. Dengarkan lagu terbaru Ke$sha yang kali ini telah berkolaborasi dengan Will.i.am berjudul Crazy Kids yang juga merupakan single ketiga daripada album terbaru beliau, Warrior. – Just Jared Michelle Yeoh yang hadir ke satu majlis bersama Perdana Menteri Najib Razak pertahankan pendirian beliau untuk menyokong penuh kepimpinan pemimpin tersebut walaupun di’kritik hebat. – Channel NewsAsia Pemuzik popular, Ozzy Osbourne & isterinya Sharon Osbourne di’laporkan kini telah berpisah tempat tinggal tetapi mereka belum bercadang untuk menuntut penceraian selepas berkahwin 31 tahun. – TMZ Dalam satu kajian yang di’lakukan di Korea, Girl’s Generation dan Lee Seung Gi telah di’pilih oleh peminat hiburan sebagai figura industri muzik pop Korea paling popular ketika ini. – Soompi Sedar akan rezeki pelakon yang tidak akan selamanya di’puncak, Shaheizy Sam mengambil keputusan untuk membuka restoran sendiri Best Time Family Cafe & Grill di Cheras. – Utusan Malaysia © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.