RotiKaya

RotiKaya


Kisah Perhubungan di Antara Adira: Aliff Aziz Anggap Hilang Teman Rapat

Posted: 18 Apr 2013 10:11 AM PDT

Kasihan pun ada apabila mendengar sendiri luahan hati penyanyi dan juga pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz ini tiap kali bercerita kisah peribadinya.

Jika dahulu percintaan bersama dengan Anne Ngasri putus ditengah jalan, tidak lama kemudian dia dikaitkan pula dengan Adira namun tidak mengesahkan status mereka tup tup keluar kenyataan Aliff Aziz di laman twitter yang seakan ditujukan kepada Adira tentang hubungan mereka yang sudah berakhir.

Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali, Aliff Aziz yang baru menginjak ke usia 22 tahun hanya memberitahu bahawa Adira sememangnya teman rapatnya yang memang diakui ada rasa saya di antara mereka.

Tatkala ditanya jika tidak mahu pisang berbuah dua kali kenapa masih mahu memuat naik gambar mesra sambil menunjukkan sepasang cincin sama di laman Instagram sebelum ini kan?

“itulah, saya pun tidak sedar sebab perkara itu terjadi di luar jangkaan, tapi itulah jika saya bertemu cinta lagi sebolehnya saya tidak mahu terlampau exposed.”

Apabila ditanya mungkin selepas ini dia serik untuk bercinta dengan artis, Aliff dengan nada yang lebih matang hanya menjawab dia tidak kisah siapa pun bakal kekasihnya nanti.

“Kalau ikutkan saya sendiri bukan baik mana, saya tidak kisah siapa pun dia asalkan kami faham di antara satu sama lain.”

Puas dipujuk agar menceritakan bagaimana hubungan rapat dia bersama Adira berakhir barulah dia membuka cerita.

“Saya pun susah nak terangkan hubungan kami ini, tapi apa yang orang tengok melalui gambar itulah mungkin apa yang mereka rasa”

“Mungkin faktor jarak dan masa menyebabkan hubungan kami renggang dan ketika kami masih berkawan pun orang ramai sudah membuat spekulasi sendiri dan banyak cerita yang kami dengar dari kedua-dua belah pihak yang menyebabkan hubungan kami terus senyap.”

Kalau benarlah apa yang dikatakan, selepas ini mungkin Aliff akan lebih matang di dalam menangani masalah percintaannya yang rasanya tidak pernah padam. Ada sahaja kontroversi yang melanda anak muda ini dari mula dia menjadi anak seni hinggalah sekarang kan? Jadi lebih privasi lebih umph rasanya!

DAN_6704 DAN_6711 DAN_6715 DAN_6720 DAN_6723 DAN_6728

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Nur Fazura Kongsikan Gambar Persediaan Awal Untuk Filem Manisnya Cinta

Posted: 18 Apr 2013 09:05 AM PDT

Jika anda minat akan filem Istanbul, Aku Datang ada sebab untuk anda teruja menantikan filem terbaru berjudul Manisnya Cinta yang kini sudah memulakan proses produksi.

Seperti yang anda sedia maklum, Manisnya Cinta merupakan judul novel tulisan Anis Ayuni yang kini akan di’angkat ke layar perak dengan sentuhan Bernard Chauly sebagai pengarah.

Bernard Chauly akan bergandingan dengan Rafidah Abdullah yang akan bertindak sebagai penulis skrip dan pasangan ini sudah membuktikan keserasian mereka dalam dengan Istanbul, Aku Datang.

Filem Manisnya Cinta membariskan Nur Fazura untuk membawakan watak utama Ifti Liyana bergandingan dengan Shaheizy Sam (Nazmi), Faizal Hussein (Bakhtiar) & juga Lisa Surihani (Izelea).

Baru baru ini, Nur Fazura melalui akaun Instagram beliau telah kongsikan beberapa keping gambar persedian awal (rehearsal) untuk produksi Manisnya Cinta ini. Anda teruja? Enjoice!

#09 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #08 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #07 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #10 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #06 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #05 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #04 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #03 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #02 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA #01 Nur Fazura Kongsi Gambar Rehearsal Filem Manisnya Cinta - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Beego & Linda Harap Perdana Menteri Hadir Ke Majlis Kahwin

Posted: 18 Apr 2013 09:01 AM PDT

Bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Jun 2013, Beego & Linda Hashim telah mengedarkan kad jemputan dan Perdama Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi yang pertama menerimanya.

Beego menyerahkan kad jemputan perkahwinan mereka kepada Perdana Menteri di majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air yang berlangsung di Putrajaya, Rabu lalu.

“PM menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir”

“Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya,” jelas Beego kepada mStar Online hari ini.

Beego turut memberitahu yang persiapan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar dan tiada apa yang perlu di’risaukan. Pasangan ini telah merancang untuk bernikah pada 6 Jun 2013.

#03 Beego & Linda Hashim Harap PM Najib Razak Hadiri Majlis Perkahwinan Mereka - ROTIKAYA #04 Beego & Linda Hashim Harap PM Najib Razak Hadiri Majlis Perkahwinan Mereka - ROTIKAYA #02 Beego & Linda Hashim Harap PM Najib Razak Hadiri Majlis Perkahwinan Mereka - ROTIKAYA #01 Beego & Linda Hashim Harap PM Najib Razak Hadiri Majlis Perkahwinan Mereka - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.320)

Posted: 18 Apr 2013 09:00 AM PDT

VIDEO HARI INI: Suka dengar lagu Thrift Shop oleh Macklemore & Ryan Lewis? Selepas video muzik lagu tersebut berjaya mencapai lebih 300 juta tontonan di Youtube, kali ini giliran Can’t Hold Us.

Peminat muzik pop Korea di Malaysia bakal di’hidangkan dengan K-Pop Dream Concert yang bakal menampilkan SISTAR, 4Minute, Brown Eyed Girls, Born to Beat (BTOB) dan G.NA. – Utusan Malaysia

Bintang Breaking Bad, Aaron Paul mengumumkan melalui Twitter yang lapan episod terakhir siri TV akan ke’udara di AMC mulai 11 Ogos 2013 & bakal ada rancangan khas Talking Bad. – The Wire

Peminat siri filem Star Wars akan rejoice dengan berita ini, Disney telah umumkan yang siri filem epik ini akan mempunyai sebuah filem baru setiap tahun bermula 2015 dengan Star Wars: Episode VII. – Just Jared

Selebriti yang semakin mendekati ajaran Islam, Afdlin Shauki berkata beliau kini sedang mendalami ilmu perubatan Islam & bersedia tinggalkan dunia lakonan jika perlu dalam berhijrah. – GUA

Pernah bergelar Sexiest Man Alive, Bradley Cooper mendedahkan yang beliau masih tinggal bersama ibu’nya & itu sesuatu yang perlu selepas bapa beliau meninggal dunia dua tahun lalu. – People


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gagal Serah Surat, Noniswara Tarik Balik Permohonan Cerai

Posted: 17 Apr 2013 08:47 PM PDT

Selepas gagal menyerahkan surat saman permohonan cerai, Noniswara mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.

Laporan mStar Online menyebut yang keputusan Noniswara itu mendapat kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini melalui Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin.

Hakim tersebut juga di’laporkan tidak mempunyai halangan sekiranya plaintif ingin mengemukakan permohonan lain dengan kebenaran undang-undang syariah jika ingin berbuat demikian.

Peguam Noniswara, Datuk Amli Embong berkata yang pihaknya akan memfailkan permohonan cerai dengan cara lain (sama ada fasakh atau taklik) selepas ini selepas berbincang dengan Noniswara.

Noniswara yang di’temui berkata sebolehnya beliau tidak mahu kisah sebenar rumahtangga mereka terbongkar di mahkamah maka beliau akan terus menuntut penceraian secara baik.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Video: Sesi Fotografi Emma Ma’embong Bersama Majalah Remaja April 2013

Posted: 17 Apr 2013 07:40 PM PDT

Ah setiap hari hendak ada cerita Emma Ma’embong. Jika semalam ada gossip murahan mengatakan aktress muda ini merupakan wanita misteri bergelar kekasih Zizan Razak, hari ini kita layan video sahaja.

BACA: Emma Ma'embong Dikaitkan Pula Sebagai Kekasih Zizan?

Video ini merupakan belakang tabir sesi fotografi yang di’hadiri Emma Ma’embong untuk menjadi penghias muka hadapan majalah Remaja edisi 15 April 2013 & ianya mendapat sambutan hangat.

Pihak Remaja sendiri mengatakan mereka terkejut dengan jumlah tontonan yang di’terima video belakang tabir Emma Ma’embong ini yang sudah pun mencecah lebih 15,000 tontonan.

Ia’nya mungkin disebabkan oleh tarian comel ‘Chicken Dance’ Emma Ma’embong yang boleh anda lihat dalam video di’atas. Itu sahaja. Enjoice!

#08 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #07 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #06 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #05 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #04 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #03 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #02 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA #01 Emma Ma'embong Di Sesi Fotografi Bersama Majalah Remaja - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...