RotiKaya |
- Gambar: Zahiril Adzim & Shera Aiyob Tidak Mahu Dedahkan Jantina Anak
- Gambar: Semakin Pulih, Datuk K Muncul Di Khalayak Ramai
- Ezany Kecewa Nama Disenarai Hitam Oleh Stesen Televisyen
- Adira Nafi Pernah Tolak Cinta Aliff Aziz, Tidak Bermusuh
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.319)
- Farid Kamil Kongsikan Video Terbaru Diana Danielle Di Australia
- Jay Park Sah Bakal Meriahkan Konsert Pertama Mizz Nina
- Aliff Aziz: Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi
| Gambar: Zahiril Adzim & Shera Aiyob Tidak Mahu Dedahkan Jantina Anak Posted: 17 Apr 2013 06:26 PM PDT Ini satu lagi pasangan suami isteri selebriti yang sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka dan kandungan si isteri kini sudah pun masuk trimester ketiga (30 minggu). Shera Aiyob mendedahkan yang imbasan untuk mengetahui jantina anak sulung mereka sudah pun di’lakukan tetapi beliau & suami, Zahiril Adzim ambil keputusan untuk simpan keputusan imbasan itu. “Berdasarkan ujian imbasan, doktor sudah memberitahu jantina bayi dan harapnya keluar nanti sama seperti yang doktor telah maklumkan” “Justeru buat masa ini, biarlah kami simpan dulu jantina anak ini, kerana mana tahu nanti tidak sama dengan jangkaan doktor” Shera Aiyib turut memberitahu yang beliau sudah tidak mengalami alahan teruk seperti mana yang di’alami ketika mula mula hamil dahulu dan ini membenarkan beliau untuk terus aktif berlakon. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Gambar: Semakin Pulih, Datuk K Muncul Di Khalayak Ramai Posted: 17 Apr 2013 05:37 PM PDT Ramai sebenarnya ingin mengetahui status kesihatan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K yang juga merupakan suami kepada penyanyi kesayangan kita Dato’ Siti Nurhaliza. Semalam buat pertamanya kali sejak terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya di Queenstown, New Zealand Datuk K muncul di’khalayak ramai menghadiri sebuah majlis di Putrajaya. Beliau yang masih memakai alat sokongan leher kelihatan ceria menemani Siti Nurhaliza di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Kompleks Seri Perdana. “Saya masih perlu menjalani fisioterapi untuk tempoh sebulan dua lagi — Alhamdulillah sekarang sudah boleh menjalani rutin kerja seperti biasa” Datuk K turut memberitahu yang beliau masih sakit di pergelangan tangan dan leher akibat kemalangan itu. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Ezany Kecewa Nama Disenarai Hitam Oleh Stesen Televisyen Posted: 17 Apr 2013 05:22 PM PDT Tiada yang lebih mengecewakan seorang pelakon selain namanya di’senarai hitam (blacklisted) dari keluar di stesen televisyen — lebih lebih jika tiada alasan yang kukuh di’berikan. Ezany yang memang wajahnya selalu kita lihat keluar di drama tempatan hari ini mengadu yang nama beliau telah di’tolak oleh sebuah stesen televisyen sejak setahun yang lalu. “Sudah hampir setahun perkara ini berlaku & pihak produksi sering beritahu saya stesen TV itu tidak mahukan saya sebagai pelakon apabila nama saya dicadangkan. Saya hairan kerana masalah itu tidak pernah berlaku” Menurut Ezany, apabila di’tanyakan kepada stesen TV tersebut mereka memberikan alasan yang tidak munasabah serta kukuh seperti wajah beliau sudah sesuai dengan program mereka. Pelakon ini turut menjelaskan perkara ini mungkin terjadi kerana beliau pernah mengadu secara terbuka tentang kelewatan menerima bayaran akhir daripada pihak produksi drama yang di’siarkan di stesen TV tersebut. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Adira Nafi Pernah Tolak Cinta Aliff Aziz, Tidak Bermusuh Posted: 17 Apr 2013 01:05 PM PDT Jika Aliff Aziz semalam memberikan kenyataan cukup ringkas tentang isu ‘putus cinta’ beliau dengan Adira, hari ini Adira tampil untul menjelaskan segalanya. Lebih kurang. Menurut Adira, beliau bukanlah orang yang di’maksudkan oleh Aliff Aziz dalam luahan perasaan di Twitter baru baru ini walaupun ramai membuat spekulasi liar tentang tulisan penyanyi itu. BACA: Gossip: Aliff Aziz Patah Hati Dengan Adira Pula? “Usah berprasangka negatif, mungkin dia (Aliff) tujukan benda itu kepada orang lain, bukan saya,” jelas Adira kepada Utusan Malaysia. “Kalau memang benar saya adalah insan yang dimaksudkan Aliff Aziz, saya perlu menerimanya. Tetapi saya ingin katakan di sini, saya tidak akan memusuhi serta bergaduh dengan Aliff atas apa yang berlaku” “Dan selepas ini, saya harap orang tidak terus mengaitkan kami lagi. Cukuplah sampai sini sahaja kerana kami sama-sama serius dalam kerjaya masing-masing,” tambahnya lagi. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.319) Posted: 17 Apr 2013 10:36 AM PDT VIDEO HARI INI: Oleh kerana persembahan awesome Anna Kendrick di dalam filem Pitch Perfect, mereka membuat keputusan untuk menerbitkan video khas untuk lagu Cups (versi mereka untuk When I’m Gone). Ramai sudah tidak sabar rasanya untuk menonton filem Iron Man 3, tetapi pemina di Jepun lebih bertuah kerana buat pertama kalinya filem ini akan di’tayangkan dalam format 4D. – The Wire Menjadi pujaan ramai sekitar tahun 90′an & popular sebagai aktress siri TV Baywatch, Pamela Anderson baru baru ini tampil dengan imej terbaru dan sangat menarik untuk wanita berusia 45 tahun. – US Weekly Wanita misteri yang berjaya merebut hati Zizan Razak masih lagi misteri & dalam pada itu Kaka mengharap peminat tidak berspekulasi yang wanita misteri itu adalah dirinya. – mStar Online Kumpulan yang agak berpengaruh di Korea, 4minute telah di’umumkan oleh Cube Entertainment sendiri akan membuat kemunculan semula pada 25 April ini dengan mini album keempat. – allkpop Lagi gambar terbaru dari set penggambaran The Amazing Spider-Man 2 di New York dan kali ini ianya adalah adegan romantis antara teraju utama Andrew Garfield & Emma Stone. – Splash © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Farid Kamil Kongsikan Video Terbaru Diana Danielle Di Australia Posted: 17 Apr 2013 06:12 AM PDT Kalau anda peminat dunia hiburan tegar, pasti kini anda telah dengar akan fenomena video Keek yang boleh kami kata di’mulakan oleh para selebriti di Malaysia. Mungkin. Jadi ini merupakan entri pertama kami yang menggunakan video dari Keek selebriti sebagai sumber & secara kebetulan ia’nya video Farid Kamil dan Diana Danielle di Australia baru baru ini. Selepas kelahiran Putra Rayfal, anak lelaki sulung Fasha Sandha & Rizal Ashram rasanya kelahiran anak pertama pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil menjadi penantian ramai pula selepas ini. Farid Kamil menerusi akaun Keek beliau semalam mengirimkan sebuah video di’mana situasi beliau menantikan isteri tersayang Diana Danielle menyediakan roti paratha di dapur. Beberapa saat di’hujung video ini boleh kita lihat keadaan terkini Diana Danielle yang semakin membesar perutnya tetapi masih kelihatan cantik — dan suaranya, mana Farid Kamil tidak tergoda. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Jay Park Sah Bakal Meriahkan Konsert Pertama Mizz Nina Posted: 16 Apr 2013 11:45 PM PDT Lagu kolaborasi pasangan Mizz Nina & Jay Park nampaknya menjadi dan mendapat sambutan ramai daripada peminat di Malaysia mahu pun peminat bintang kpop itu di Korea. Mengambil tajuk lagu yang sama, Mizz Nina hari ini secara rasmi telah mengumumkan konsert pertama beliau yang di’beri nama Around The World Concert & akan berlangsung pada 18 Mei 2013 ini. Menurut Mizz Nina konsert ini merupakan impian beliau sejak dahulu lagi selain daripada merasakan yang sudah tiba masanya untuk beliau mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminat. Menariknya, Jay Park turut di’sahkan akan membuat penampilan khas pada konsert yang akan berlangsung selama sejam dan di’iringi oleh live band di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur. Kepada yang berminat untuk melihat aksi lincah Mizz Nina & juga Jay Park, tiket tiket berharga RM70 telah mula di’jual untuk masa terhad dan boleh di’dapati menerusi laman AirAsia Redtix. Jom! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Aliff Aziz: Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi Posted: 16 Apr 2013 06:55 PM PDT Akhirnya ada juga komen daripada Aliff Aziz berkaitan kisah percintaan terkini beliau yang di’khabarkan sudah menemui jalan buntu dan jejaka ini sendiri sudah berputus asa. BACA: Gossip: Aliff Aziz Patah Hati Dengan Adira Pula? Bercakap kepada Media Hiburan hari ini, Aliff Aziz memberikan kenyataan ringkas yang beliau tidak lagi mahu di’kaitkan dengan Adira sebaliknya ingin kembali fokus terhadap kerjaya beliau. Cliché. “Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya” Seperti kitaran yang pernah berlaku sebelum ini, rasanya peminat akan menunggu siapakah gadis seterusnya yang akan bertakhta di hati Aliff Aziz dan adakah ianya akan turut mencipta kontroversi? Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.