RotiKaya

RotiKaya


Hans Isaac: Gossip Cinta Dengan Neelofa Tidak Mampu Bantu Lariskan Filem

Posted: 15 Apr 2013 06:04 PM PDT

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran filem bersama media untuk filem Lemak Kampung Santan yang menjadi satu titik tolak permulaan gossip percintaan dua selebriti popular ini.

Hans Isaac sebagai penerbit & pengarah filem ini di’khabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan teraju utama Lemak Kampung Santan, Neelofa sejak proses awal produksi lagi.

Namun Hans Isaac yang di’temui media semalam berkata beliau enggan menggunakan gossip cinta yang wujud untuk mempromosikan filem terbaru tersebut kerana ianya tidak mampu membantu.

“Saya tak mahu gosip tentang kami diperbesar-besarkan. Saya sedih bila orang lebih nak tahu tentang kisah gosip kami berbanding dengan filem saya,” katanya kepada Malaysia Digest.

“Bagi saya, kontroversi atau gosip tak membantu langsung mempromosi sesebuah filem. Saya rasa penonton kita hari ini dah lebih bijak dan mereka dah tonton filem yang bagus dan mereka juga dah tonton filem yang teruk”

“Bagi saya kalau penerbit selitkan kontroversi atau gosip, bermakna mereka tak cukup yakin dengan filem terbitan mereka”, tambah Hans Isaac. Filem Lemak Kampung Santan akan menemui penonton selewat lewatnya pada Aidilfitri nanti.

ROTIKAYA_091 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_092 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_093 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_094 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_095 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_096 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_097 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_098 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_099 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_100 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_101 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_102 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_103 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_106 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_107 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA ROTIKAYA_108 Hans Isaac - Gossip Cinta Dengan Neelofa Tak Bantu Lariskan Filem - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Zizan Akui Sudah Ada Kekasih, Sedia Tamat Zaman Bujang

Posted: 15 Apr 2013 01:13 PM PDT

Dengan usianya yang kini mencecah ke angkat 30 tahun rasanya sedang elok pelawak terkenal Malaysia, Zizan Razak menyatakan hasrat ingin berumah tangga dan mengakui hatinya sudah dimiliki.

Majlis hari jadi yang berlangsung semalam bersamaan dengan tanggal 15 April, Zizan Razak dan peminat, Zizan Twitter Family (ZTF) telah membuat majlis khas tersebut untuk Zizan.

Apabila ditanya mengenai status sebenar kekasihnya itu Zizan tidak mahu mengulas lanjut namun begitu hanya berkongsi bahawa wanita bertuah itu merupakan orang yang dekat dengannya dan bukan dikalangan artis.

Zizan turut memberitahu wanita ini masih baru lagi dikenalinya dan memberitahu ciri-ciri wanita idamannya ada pada wanita tersebut.

“Saya kalau boleh suka orang yang simple, tidak seksi, dan apa yang paling penting pandai ambil hati orang tua saya”

Kalau betul dah jumpa calon, apa tunggu lagi kan? Tup-tup dapat orang ganu kita jugak..

DAN_5250 DAN_5257 DAN_5279 DAN_5309 DAN_5365 DAN_5387 DAN_5395 DAN_5401

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Datuk Ramli MS Sokong Imej Bertudung Alyah

Posted: 15 Apr 2013 10:40 AM PDT

Nampaknya para peminat menyambut baik perubahan diri penyanyi Alyah sekembalinya beliau dari menunaikan umrah baru baru ini dengan tampil bertudung penuh melalui gambar di Instagram.

Menurut Alyah seperti di’laporkan mStar Online hari ini, niat dihati untuk bertudung sudah lama beliau pendamkan tetapi kunjungan ke Mekah baru baru ini menguatkan niat untuk terus bertudung.

“Sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini — perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya”

“Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masanya untuk saya berubah ke arah kebaikan,” jelas Alyah.

Apabila di’tanya tentang respons ‘kekasih’ beliau Datuk Ramli MS, Alyah berkata konduktor muzik terkenal itu menyokong penuh penampilan baru ini & sekali lagi menyatakan yang mereka masih mengenal hati budi.

ROTIKAYA_080 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_081 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_082 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_083 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_084 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_085 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_086 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_087 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_088 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_089 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_090 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA ROTIKAYA_091 Kunjungan Ke Mekah & Umrah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.317)

Posted: 15 Apr 2013 09:45 AM PDT

VIDEO HARI INI: Secara eksklusif di MTV Movie Awards 2013 yang telah berlangsung semalam, trailer pertama filem sekuel The Hunger Games: Catching Fire di’tayangkan kepada khalayak peminat.

Bercakap tentang MTV Movie Awards 2013, anda boleh membaca senarai penuh pemenang dalam pautan yang kami sertakan ini dan pastinya The Avengers menguasai senarai termasuk Movie of the Year. – Moviefone

Ratu Rock Malaysia, Ella mengumumkan yang beliau bersama suami Azhar Ghazali akan menunaikan umrah pada 21 April ini yang juga bakal menjadi destinasi bulan madu mereka. Aww. – Utusan Malaysia

Anda mungkin hanya kenal Mark Zuckerberg, tetapi seorang lagi billionaire Facebook Sean Parker telah melaburkan US$9 juta hanya untuk hiasan perkahwinan beliau di California nanti. – TMZ

Video muzik terbaru Psy, Gentleman berjaya memecah rekod Youtube dengan menjana lebih 20 juta tontonan dalam masa 24 jam & sehingga kini ianya telah di’tonton lebih 58 juta kali. – Mirror UK

Justin Bieber telah di’kecam ramai pihak dek kerana meninggalkan satu pesanan kurang manis di muzium Anne Frank House, Amsterdam dengan berharap Anne Frank merupakan seorang ‘belieber’. – US Weekly


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Peminat Tidak Puas Hati, Adi Putra Enggan Lagi Dicalonkan Untuk ABPBH?

Posted: 15 Apr 2013 12:57 AM PDT

Semalam agak kecoh di dunia Twitter apabila para peminat tegar Adi Putra dengan keputusan jumlah undian yang di’umumkan oleh Berita Harian untuk Anugerah Bintang Popular 2012 baru baru ini.

Menerusi laporan akhbar semalam, Berita Harian mendedahkan yang Adi Putra menerima sekitar 24,000 undian manakala ada peminat mendakwa mereka sudah menghantar lebih 42,000 borang undian untuk pelakon itu.

BACA: Peminat Adi Putra Pertikai Keputusan ABPBH 2012

Sebagai respons terhadap kekecohan ini, Adi Putra telah mengumumkan yang beliau tidak mahu lagi di’calonkan dalam mana mana kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian selepas ini.

“I love my fans, they are exclusive, value their heart and soul. i don’t want to be nominated in ABP, don’t want to break their heart”

Adi Putra turut membalas sokongan yang di’tunjukkan aktress Fauziah Nawi terhadap keputusan beliau dengan menulis, “Peminat memiliki saya, saya utk mereka, saya bekerja utk ibadah, bukan utk bertanding”

#01 Adi Putra Enggan Dicalonkan Lagi Untuk ABPBH - ROTIKAYA #02 Adi Putra Enggan Dicalonkan Lagi Untuk ABPBH - ROTIKAYA #04 Adi Putra Enggan Dicalonkan Lagi Untuk ABPBH - ROTIKAYA #03 Adi Putra Enggan Dicalonkan Lagi Untuk ABPBH - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gambar: Eja & Keluarga Pergi Bercuti Ke Australia

Posted: 14 Apr 2013 10:14 PM PDT

Kami sahaja atau memang kisah peribadi Eja memang agak sukar untuk kita temui dalam media. Dengan adanya laman sosial, terbuka sedikit kehidupan artis seperti Eja untuk kita para peminat (stalker). #LOL

Ketika ini, Eja sekeluarga sedang seronok menikmati percutian mereka di bumi Australia & aktress ini tidak keberatan untuk berkongsikan saat kegembiraan mereka berada di’sana melalui Instagram.

Eja bercuti ke Australia bersama suami dan anak sulung mereka Nur Eishal dan setakat ini dapat kita lihat yang mereka sudah berkunjung ke tarikan pelancongan di sekitar Gold Coast & Sydney.

Berikut merupakan beberapa keping gambar dari akaun Instagram Eja (@eja78) yang kami ingin anda lihat. Lebih banyak lagi boleh anda lihat di akaun beliau. Terima kasih Murai atas laporan awal. Enjoice!

ROTIKAYA_037 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_038 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_039 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_040 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_041 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_042 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_043 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_044 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_045 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_046 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_047 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_048 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_049 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_050 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_051 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_052 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_053 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_054 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_055 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_056 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_057 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_058 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_059 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA ROTIKAYA_060 Gambar Eja Bercuti Bersama Keluarga Ke Australia - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Bintang Mencari Bintang — BOWL Bangkit Serlah Kreativiti Di Minggu Kedua

Posted: 14 Apr 2013 10:10 PM PDT

Sebelum ini, pada konsert mingguan pertama Bintang Mencari Bintang kumpulan BOWL yang merupakan anak didik kepada Afdlin Shauki jatuh tersungkur dengan mendapat tempat yang tercorot.

Pada konsert mingguan kedua Bintang Mencari Bintang malam kelmarin mereka bangkit dan membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi juara dan seterusnya mengenepikan pencabar lain dalam kumpulan A.

Danial yang merupakan salah seorang peserta yang berasal dari Pulau Pinang cukup menyerlah pada malam konsert mingguan kedua ini dengan tampil lawak jenaka yang bersahaja dan caranya yang begitu memikat hati juri dan penonton yang menyaksikan konsert pada malam tersebut.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana kami berjaya menjadi Juara pada minggu ini dan tidak menyangka kerana sebelum ini kami di tangga yang tercorot dan hari ini kami bangkit”

“Terima Kasih saya ucapkan kepada Abg Afdlin dan Ali kerana membantu dan mengajar kami sehingga menjadi juara malam ini. Sebelum ini, tidak dinafikan saya agak gugup dan pada malam ini ternyata saya sudah membuang segala masalah tesebut dan hasilnya anda semua boleh menilainya,” kata Danial bersungguh.

Afdlin dengan kata yang lainnya juga mengucapkan tahniah kepada anak didiknya yang telah berjaya menjadi juara pada minggu ini dan tidak menyangka kemenangan pada malam ini.

“Saya bersyukur dan tahniah kepada mereka berdua kerana telah berjaya pada malam ini. Bagi saya pada konsert pertama mereka jatuh di tangga tercorot dan dari situ mereka banyak belajar mencari apa kesilapan yang telah berlaku pada konsert pertama dan akhirnya pada hari ini mereka berjaya bangkit dan seterusnya memenangi konsert mingguan yang kedua ini, dan berharap mereka akan mengekalkan momentum-momentum yang seterusnya untuk konsert-konsert yang akan datang,” ujarnya mengakhiri perbualan.

ROTIKAYA_060 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_061 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_062 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_063 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_064 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_065 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_066 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_067 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_068 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_069 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_070 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_071 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_072 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_073 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_074 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_075 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_076 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_077 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_078 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA ROTIKAYA_079 Gambar Sekitar Konsert Mingguan Kedua Kumpulan A Bintang Mencari Bintang TV3- ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fasha Sandha Telah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Posted: 14 Apr 2013 07:45 PM PDT

Menurut rakan media di Media Hiburan, Fasha Sandha telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 9.21 pagi tadi. Tahniah di’ucapkan buat Fasha Sandha & suami, Rizal Ashram.

Suami kepada Fasha Sandha, Rizal Ashram turut meluahkan rasa penuh kesyukuran atas kelahiran bayi lelaki ini pagi tadi menerusi Twitter.

“Baby boy safely delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamdullilah syukur kepada Allah”

Menurut tulisan di Facebook kakak kepada Fasha Sandha, bayi lelaki ini telah di’beri nama Putra Rayfal Ramli — beza satu huruf sahaja dari nama abang’nya, Rayqal (anak Jejai bersama Nora Danish).

“Inilah saat terindah dalam hidup kami dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini,”

Itu ulasan Fasha Sandha akan kelahiran anak sulung beliau yang melalui teknik pembedahan Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

#02 Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki - ROTIKAYA #01 Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki - ROTIKAYA #03 Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki - ROTIKAYA #04 Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki - ROTIKAYA #05 Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Lelaki - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Mawi & Ekin Ditipu Dua Lelaki Dalam Urusan Jual Beli Kereta

Posted: 14 Apr 2013 12:32 PM PDT

Ingat lagi minggu lalu ketika laporan keluar mengatakan kediaman Mawi & Ekin di Bangi telah di’pecah masuk kerana si pencuri ternampak bunian? Ada berita lain yang berlaku pada hari yang sama.

Harian Metro pada hari yang sama melaporkan Nora Asyikin Rahmat atau Ekin telah mendakwa ditipu dua orang lelaki dalam urusan penjualan kereta berjenama Peugeot baru baru ini.

Pada 20 November lalu, Ekin telah menjual kereta suaminya kepada dua orang lelaki di sebuah bengkel di Cheras Utama dengan harga RM37,000 tetapi hanya mengambil RM1,000 sebagai deposit.

Baki RM36,000 di’janjikan oleh dua lelaki tersebut selepas urusan menukar hak milik selesai namun Ekin menerima maklumat dari seseorang yang kereta tersebut telah pun bertukar hak milik.

Ekin yang terkejut dengan maklumat itu cuba menghubungi kedua dua lelaki berkenaan tetapi panggilan beliau tidak berjawab.

Merasa tertipu, Ekin hadir ke Balai Polis Cheras untuk membuat laporan polis & apabila di’minta mengulas tentang isu ini Ekin mengatakan yang beliau menyerahkan perkara ini kepada siasatan pihak polis.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...