RotiKaya

RotiKaya


Gambar Nabila Huda & Nas-T Bercuti Ke Bali

Posted: 14 Apr 2013 01:37 PM PDT

Ha, gambar khas untuk tatapan anda di pagi hari isnin yang serba muram hari ini. Terbaru, Nabila Huda dan juga kekasihnya, Nas-T memuat naik gambar mesra percutian pendek mereka selama tiga hari dua malam di Bali.

Percutian yang berakhir semalam mungkin untuk menyambut kemenangan Nabila Huda di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini. Agaknyalah..

Walauapapun, Nabila Huda memang berpegang kepada prinsip teguh dirinya yang tidak mahu menjadi orang lain selepas kemenangan menjadi Pelakon Drama Wanita Popular di ABPBH 2012 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Semoga berbahagia hendaknya kepada mereka berdua.

image_1 image_2 image_3 image_4 image_5 image_6

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.316)

Posted: 14 Apr 2013 09:47 AM PDT

VIDEO HARI INI: Filem yang diadaptasi dari komik terkenal “Pacific Rim” merupakan filem yang bakal diterbitkan oleh Warner Bro’s Pictures yang dijangka menemui penoton sekitar Julai nanti. Kami selitkan sedikit informasi mengenai filem ini. Kaiju merupakan gergasi alien yang keluar dari permukaan laut untuk memusnahkan dunia, walaubagaimanpun terdapat satu robot dipanggil Jaegar telah dicipta untuk memusnahkan makhluk tersebut. Dapatkah Kaiju dimusnahkan? Sama-sama kita tunggu! Filem ini lebih kurang macam Transformerla..

Selepas berehat hampir lapan bulan bermula Jun tahun lalu, Faezah Elai kembali bekerja sebagai pelakon. – Utusan Malaysia

Matt Damon dan juga isterinya, Luciana Barroso yang telah dikahwini selama lapan tahun dilihat kembali perbaharui perjanjian perkahwinan mereka di Saint Lucia. – E News!

Noniswara dan juga suaminya, Datuk Rosman Ridzwan yang dikahwini selama empat tahun nekad untuk bercerai walaupun suaminya tidak menghadirkan diri ke perbicaraan pertama mereka sebelum ini. – Kosmo

Tan Sri S.M Salim meluahkan rasa terkilannya terhadap penyanyi baru yang tidak tahu menyanyikan lagu irama Malaysia. – Astro Awani

Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) telah menyenaraikan enam tuntutan dan cadangan yang difikirkan sesuai untuk pembangunan industri kreatif negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. mStar Online


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Hubungan Rapat Uqasha & Pekin Undang Masalah Pihak Pengurusan

Posted: 13 Apr 2013 11:14 PM PDT

Mengakui hubungan di antara Pekin Ibrahim mulai rapat sejak sama-sama menjalani penggambaran filem “Paku Pontianak”, Uqasha Senrose yang pernah menimbulkan kontroversi berikutan gambar cium bersama Nabil Ahmad tersebar di internet kini menjadi kerisauan pihak pengurusan MIG.

Bagi mereka yang tidak tahu, apabila bergelar artis MIG, mereka dilarang menjalin hubungan cinta dan perkara tersebut termaktub di dalam kontrak.

Seperti tidak mengendahkan teguran dari pihak pengurusan yang risau dengan tingkah laku liar Uqasha, dia terus dengan sikapnya dengan memuat naik gambar mesra mereka berdua di laman Instagram.

“Dia sudah beberapa kali diberi teguran dari pihak pengurusan supaya fokus dengan kerjaya lakonannya, bukan soal cinta. Boss (David Teo) pun tidak suka,” kata seorang artis yang juga bernaung di syarikat pengurusan yang sama.

Menurut bekas pramugari syarikat penerbangan Air Asia ini, dia telah berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama namun sekarang lain pula yang berlaku.

Untuk Uqasha yang ternyata masih baru di dalam bidang lakonan, jagalah identiti anda sebagai pelakon agar menjadi pelakon yang dihormati kelak, mana tahu anda pula yang akan tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun hadapan bukan?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Emma Maembong Belajar Setakat Tingkatan Dua, Tidak Pernah Ambil SPM

Posted: 13 Apr 2013 08:46 PM PDT

“Saya tidak ke sekolah sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah” itulah yang diberitahu oleh Emma Maembong, 21, apabila diminta menjelaskan isu berkaitan dia hanya belajar sehingga tingkatan dua.

Menurut Emma, dia tidak pergi ke sekolah kerana mahu menjaga adik lelaki yang tidak boleh berjalan dan hanya meminati bidang lukisan untuk meneruskan legasi ayahnya yang juga seorang pelukis.

“Saya tidak menduduki peperiksaan SPM kerana mahu belajar melukis dengan ayah, mahu ikut jejak ayah”

Emma turut akui bahawa dia hanya belajar sehingga tingkatan dua dan sekarang sibuk dengan bidang lakonan yang baru diceburinya.

Ujar Emma lagi, jika diberikan peluang untuk sambung belajar kembali dia mahu fokus dengan bidang lukisan sahaja.

Tanpa berselindung, Emma Maembong turut mengakui bahawa dua lagi adiknya iaitu Cha Cha Maembong yang turut sama berlakon dan adik lelakinya yang tidak boleh berjalan semuanya hanya belajar di rumah.

“Adik saya kesemuanya home school, dan tahun ini Cha Cha berusia 17 tahun dan dia turut sama tidak mahu mengambil SPM untuk menjadi seperti ayah.”

DAN_2371 DAN_2374 DAN_2378 DAN_2379 DAN_2391 DAN_2398

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...