RotiKaya |
- Kerana Nampak Orang Bunian, Buruh Pecah Masuk Rumah Mawi Di Bangi
- Tasha Shilla Tertarik Dengan Sifat Jujur Mahali Jasuli
- Nissan Fairlady Hadiah Utama ABPBH 2012 Hilang Dicuri Di Segambut
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.315)
- Rozita Che Wan & Zain Saidin Antara 19 Peserta Masterchef Selebriti 2
| Kerana Nampak Orang Bunian, Buruh Pecah Masuk Rumah Mawi Di Bangi Posted: 10 Apr 2013 05:59 PM PDT Eh macam macam pula alasan mereka yang memecah masuk rumah Mawi kali ini. Ya, kami sebut kali ini kerana ini bukan kes pertama rumah selebriti ini di’pecah masuk pencuri. Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang buruh Indonesia telah memecah masuk kediaman Mawi di Bangi Golf Resort setelah ternampak sepasang orang bunian. “Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu dia terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian” “Saya tidak tahu sama ada dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” jelas Mawi yang tidak berada di’rumah ketika kejadian berlaku. Menurut Mawi beliau ketika itu berada di Sarawak & isterinya Nora Asyikin Rahmat (Ekin) ke ibu kota atas urusan kerja. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tasha Shilla Tertarik Dengan Sifat Jujur Mahali Jasuli Posted: 10 Apr 2013 05:39 PM PDT Best Man Win itulah kata-kata pelakon jelita Tasha Shilla ketika ditemui di lokasi penggambaran Epilog Cinta Khirana kelmarin di Shah Alam. Kata-kata tersebut diluahkan oleh Tasha Shilla sebaik sahaja disoal sejauh manakah hubungannya dengan pasangannya yang terbaru dan terkini iaitu Masuli Jasuki yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan. “Hubungan Tasha dan dia masih baru, dan masih dalam proses saling-mengenali hati budi masing-masing. Tasha dan dia buat masa sekarang kami berdua berkawan dan hubungan ini masih baru,” ujar Tasha. Kejujuran yang ada dalam diri Masuli Jasuki membuatkan Tasha Shila terpesona dan tertarik dengan peribadi atlet kebangsaan ini. “Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dia adalah kerana sifat kejujuran yang dimilikinya,” kata Tasha sambil tersenyum. Tasha juga berharap hubungan yang baru sahaja dibinanya ini agar berkekalan dan berharap tidak ada pihak menggembar-gemburkan mengenai kisah peribadinya ini dan biarlah kerjayanya menjadi utama dan bahan cerita oleh pihak media dan juga peminat-peminatnya. “Setakat ini sahaja rasanya yang perlu Tasha kongsikan kepada peminat, biarlah Tasha fokus dahulu terhadap karier. Kalau boleh Tasha tidak mahu untuk gembar-gemburkan cerita ini yang bagi Tasha terlalu awal untuk dikongsikan, dan biarlah ada hitam putih baru Tasha akan memberitahu kepada semua peminat-peminat Tasha,” ujarnya tegas. Perkembangan lain, nantikan kemunculan Tasha Shilla dalam Drama bersiri slot Samarinda yang berjudul Epilog Cinta Khirana yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Dengar kata Tasha mengalami hilang ingatan yang teruk dalam drama ini. Kalau nak tahu apa yang menyebabkan Tasha hilang ingatan? Jangan lupa saksikannya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Nissan Fairlady Hadiah Utama ABPBH 2012 Hilang Dicuri Di Segambut Posted: 10 Apr 2013 05:22 PM PDT Hadiah utama berupa kereta mewah Nissan Fairlady 370z untuk Anugerah Bintang Popular Berita Hadian (ABPBH) 2012 yang di’curi di sebuah pusat servis di Segambut telah pun di’temui semula. Kereta yang menjadi milik Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam itu di’percayai dilarikan oleh suspek yang sama dengan tiga lagi kes kecurian kereta mewah lain di Jalan Chan Sow Lin & Bukit Bintang. “Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu” “Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.315) Posted: 10 Apr 2013 09:49 AM PDT VIDEO HARI INI: Masih ingat District 9 yang mencabar logik akal anda? Pengarah yang sama bakal kembali dengan sebuah lagi filem fiksyen sains, Elysium Ogos 2013 ini — dibintangi Matt Damon & Jodie Foster. Nampaknya saingan The Voice secara rasmi telah bermula selepas empat mentor Shakira, Usher, Blake Shelton dan Adam Levine masing masing sudah memilih peserta untuk melengkapkan 12 tempat. – People Katy Perry nampaknya telah berjaya menjual sisa sisa terakhir yang tinggal hasil perkahwinan dengan Russell Brand, terbaru rumah yang mereka beli bersama dengan harga US$6.925 juta. – US Weekly Paramount baru sahaja mengedarkan gambar terbaru daripada filem akan datang Star Trek: Into Darkness tetapi masih tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang filem yang akan keluar Mei ini. – The Wire Konsert tahunan terbesar di Korea 2013 Dream Concert telah umumkan senarai 21 kumpulan kpop yang akan membuat persembahan termasuk SHINee, INFINITE, 2AM, Girls' Generation, & KARA. – allkpop Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui sikap diri’nya yang pemalu dan pendiam membuatkan diri sukar untuk bersosial sekaligus bertemu lelaki yang boleh menjadi teman hidup. – Sinar Harian © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Rozita Che Wan & Zain Saidin Antara 19 Peserta Masterchef Selebriti 2 Posted: 09 Apr 2013 05:30 PM PDT Program pertandingan masakan yang menampilkan barisan selebriti tempatan ini kembali lagi untuk musim kedua dan nampaknya nama yang tersenarai bukan calang calang. Masterchef Selebriti musim kedua pastinya menjadi tumpuan para peminat dunia hiburan apabila pasangan kekasih Rozita Che Wan & Zain Saidin menjadi antara peserta yang terlibat. Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad Ramli berkata pemilihan Rozita Che Wan & Zain Saidin bukanlah kerana kisah kontroversi yang melanda mereka dan pasangan ini telah terpilih sejak hujung tahun lalu. “Kami tidak pilih berdasarkan kontroversi mereka (Che Ta dan Zain Saidin). Pihak kami memang nak pilih Zain dan Che Ta,” ujar beliau. Masterchef Selebriti musim kedua akan mula di’tayangkan di Astro Ria bermula 20 April ini setiap Sabtu sehingga Selasa dan masih mengekalkan konsep pertandingan seperti mana musim pertama. Berbanding hanya 16 peserta pada musim pertama, Masterchef Selebriti musim kedua ini membariskan 19 orang selebriti ternama seperti Datuk Aznil Hj. Nawawi, Lydiawati, pengarah Micheal Ang & ramai lagi. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.