RotiKaya |
| Tasha Shilla Mengaku Kini Ada Kekasih, Pilih Orang Biasa Posted: 07 Feb 2013 11:53 AM PST Pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH) kini mengaku sudah miliki kekasih yang dikenali sejak enam tahun yang lalu. Bukan mudah untuk mengorek rahsia dari artis jelita ini yang seringkali menafikan kisah percintaan yang sebelum ini yang selalu dikaitkan dengan lelaki dari golongan VIP. Beliau ditemui di majlis pelancaran drama terbaru terbitan TV3 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi petang semalam di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur. Tasha Shilla akhirnya membuka cerita bahawa dia suka berkawan dengan lelaki tersebut kerana dia seorang yang sangat memahami dan tidak mengongkong. Tatkala ditanya mengenai status sebenar lelaki yang berjaya menawan hati Tasha, dia menegaskan bahawa lelaki tersebut bukan dari golongan VIP mahupun artis. “Tasha sendiri sebenarnya tidak suka berkawan dengan lelaki yang bekerja sama bidang dengan Tasha, kalau boleh nak elakkan” Namun begitu, Tasha sendiri seperti lebih berhati-hati di dalam menyusun ayatnya agar tidak melibatkan mana-mana pihak dan mahu identiti lelaki tersebut dirahsiakan. Apa apa pun, kami akhirnya lega apabila mendengar kenyataan beliau mengenai statusnya yang akhirnya telah dimiliki. Mari kita sama-sama doakan kebahagiaan beliau! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.273) Posted: 07 Feb 2013 08:21 AM PST VIDEO HARI INI: Jarang kita dengar mashup filem dan video ini ada kelainan. Inilah yang terjadi jika Batman terlibat dalam pemburuan Osama Bin Laden. Ini dia Zero Dark Thirty vs. Dark Knight. Hollywood pun sudah peka hal sebegini. Pihak penganjur Grammys telah mengeluarkan arahan supaya selebriti yang bakal hadir memakai pakaian sopan, menutup payudara & pinggul. – Deadline Lagi kisah anugerah, tetapi kali ini ianya berkaitan pengiklanan. Tahukah anda kos pengiklanan untuk majlis Academy Awards (Oscars) adalah US$1.85 juta untuk durasi 30 saat? – The Wire Gossip yang agak kelakar, Justin Bieber khabarnya telah berasmaradana dengan Rihanna di’belakang Selena Gomez ketika mereka masih lagi bergelar pasangan bercinta. Macam tiada logika. – The Superficial Dua anggota SNSD (Girl’s Generation), Taeyeon & Hyoyeon berkata yang mereka baru baru ini telah membeli kediaman baru untuk kedua ibu bapa mereka sebagai hadiah. Aww. – Soompi Hubungan dua orang selebriti ini sememangnya telah pulih & ini di’buktikan lagi dengan kunjungan Abby Abadi ke hospital untuk melawat Memey Suhaiza dan bayi sulung beliau. Bagus! – Murai © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.