RotiKaya

RotiKaya


Kisah Cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah Kini Berakhir?

Posted: 06 Feb 2013 06:10 PM PST

Walaupun Shila Amzah dalam kenyataan beliau meminta supaya Sharnaaz Ahmad & ND Lala mencari jalan penyelesaian, kenyataan terbaru cinta hati beliau seakan tiada respons positif.

“Tak payah nak hipokrit,” komen Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan terbaru Shila Amzah kepada media & permohonan maaf beliau kepada semua pihak semalam.

Sharnaaz Ahmad juga berkata yang beliau tidak mahu ambil tahu lagi akan perkara ini kerana kesudahannya, orang ramai akan tetap meletakkan kesalahan di’bahu beliau.

“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila Amzah) nak buat apa sekalipun”

Bercakap tentang rancangan beliau untuk tetap merisik Shila Amzah pada Mac ini, pelakon filem Juvana ini berkata beliau tidak akan menghantar rombongan merisik seperti di’rancang.

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah,” tambah Sharnaaz Ahmad.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Wardina Safiyyah: Saya Rasa Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab

Posted: 06 Feb 2013 05:42 PM PST

Kenyataan terbaru dari selebriti yang kini aktif dalam bidang pengacaraan, Wardina Safiyyah ini mengundang reaksi berbeza daripada mereka yang membacanya di Twitter.

Wardina Safiyyah menulis pagi ini meluahkan yang beliau merasa kurang muslim kerana tidak pandai & fasih berbahasa Arab.

Tulisan beliau itu mengundang rasa kurang senang beberapa individu yang mendakwa Wardina Safiyyah sengaja meletakkan fasih bahasa Arab sebagai syarat sah untuk menjadi seorang Islam.

Bagaimana pun, Wardina tampil memberikan penjelasan sebenar di’sebalik kenyataan beliau itu. Beliau ingin fasih dalam bahasa Arab kerana ingin mendalami maksud sebenar kitab suci al-Quran.

“Kerana membaca terjemahan (al-Quran) tidak akan sama dengan makna sebenar,” jelas Wardina Safiyyah tentang kenyataan beliau.

“If you don’t bother about understanding the Quran, you won’t bother about learning Arabic,” tambah beliau lagi hari ini.

#03 Wardina Safiyyah Rasa Diri Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab - ROTIKAYA #02 Wardina Safiyyah Rasa Diri Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab - ROTIKAYA #01 Wardina Safiyyah Rasa Diri Kurang Muslim Kerana Tidak Pandai Berbahasa Arab - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Filem Minggu Ini: A Good Day To Die Hard

Posted: 06 Feb 2013 04:34 PM PST

Bruce Willis kembali lagi dalam filem epik beliau yang bermula pada tahun 1988. Selepas 25 tahun, Bruce Willis masih lagi mampu beraksi lagak seperti pelakon aksi muda. Die Hard eh?

Tampil dengan judul A Good Day To Die Hard, filem kelima dalam siri ini mengambil tempat di Moscow & masih mengekalkan Bruce Willis sebagai teraju utama membawa watak John McClane.

Dalam filem ini, John McClane terbang ke Russia untuk membantu anak lelakinya, Jack (Jai Courtney) yang terlibat dengan satu masalah dengan pihak berkuasa tempatan.

Namun, John McClane tidak menyangka yang penahanan anaknya hanya satu bahagian kecil daripada komplot besar pengganas untuk menggugat kestabilan dunia. Dramatik sungguh.

Beberapa babak dalam filem ini ada menyelitkan elemen dari filem terdahulu yang membuatkan kita mengimbau memori kita, seperti muzik latar ketika dalam lif & adegan ‘mati’ di’hujung cerita.

#01 Filem Minggu Ini - A Good Day To Die Hard - ROTIKAYA

Babak aksi kejar mengejar dalam filem ini memang boleh di’harapkan walaupun sedikit panjang durasinya pada pendapat kami — tetapi melihat Mercedes menghancurkan sebuah Porchse, memang berbaloi.

Ini merupakan review ringkas A Good Day To Die Hard dari kami sebelum pendapat lebih mendalam kami paparkan untuk rujukan anda nanti.

A Good Day To Die Hard telah membuka tayangan di Malaysia hari ini (7 Februari 2013), seminggu lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat. Anda memang bertuah.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fara Fauzana Kongsi Pengalaman Di Gaza, Dengar Bunyi Tembakan Dari Hotel

Posted: 06 Feb 2013 03:56 PM PST

Baru sahaja pulang dari Gaza Ahad lalu demi menjalankan tugas sebagai pengacara Nona, Fara Fauzana kongsi pengalaman dengar bunyi tembakan di luar bilik hotel.

“Itu adalah pengalaman paling ngeri sepanjang seminggu saya berada di sana. Terdengar bunyi tembakan dari luar bilik hotel dan saya terus menyiarap kerana itulah yang telah disuruh masyarakat di sana jika terdengar bunyi tembakan rambang seperti itu”

Ketika itu, Fara Fauzana memberitahu apa yang difikirkan hanyalah mati namun begitu dia amat bersyukur kerana keselamatan dia dan juga krew Nona yang lain selamat.

Berada di Gaza pada 28 Januari yang lalu, Fara turut memberitahu selain daripada pengalaman seram itu terdapat banyak kenangan manis yang terjadi di sana dan dia sendiri tidak menyangka bahawa Gaza adalah negeri yang amat damai dan tenang. Jauh berbeza dari dengan apa yang dibayangkan oleh Negara lain.

“Saya amat tersentuh hati melihat kesungguhan anak-anak muda di sana di dalam memperjuangkan Negara mereka dari serangan tentera Israel. Dari yang tua hinggalah yang kecil, mereka semua punyai semangat yang sangat kuat”

Fara turut memberitahu akan pergi sekali lagi dan mahu membawa adik beradiknya pergi bersama untuk mereka rasai pengalaman sendiri apabila berada di sana.

HotFm (15) HotFm (16)

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Faezah Elai & Heykal Hanifah Selamat Sambut Anak Sulung

Posted: 06 Feb 2013 03:54 PM PST

Melalui Twitter pagi ini, Faezah Elai mengumumkan yang beliau sudah selamat melahirkan bayi sulung hasil perkongsian hidup dengan pengarah Heykal Hanifah.

Faezah Elai selamat bersalin di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur tepat jam 7.03 malam, semalam.

Masih belum ada maklumat lanjut tentang bayi pertama pasangan ini tetapi pastinya kelahiran bayi ini membawa kebahagiaan dalam hidup mereka.

Tahniah buat Faezah Elai, Heykal Hanifah dan keluarga!


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Kieran Hot FM Anggap Perceraian Ada Hikmah, Tiada Persefahaman Punca Utama

Posted: 06 Feb 2013 03:53 PM PST

Jika sebelum ini Kieran Hot FM hanya memberitahu dia dan bekas isteri Yang Azliyang Mohd Yunus tinggal berasingan namun usaha mereka untuk kembali seperti sedia kala tidak berhasil setelah masing-masing memutuskan untuk bercerai pada tanggal 28 November tahun lalu.

Mula tinggal berasingan pada bulan 3 tahun lalu, Kieran yang nyata sedih dengan perceraian itu menyifatkan tiada persefahaman punca utama mereka berpisah.

“Bukan tidak cuba untuk selamatkan rumah tangga kami namun jodoh dan pertemuan itu semuanya ditangan tuhan, saya betul-betul sedih dengan perceraian ini namun harus kuat demi kebahagiaan bersama”

“Apa yang saya harus fikir sekarang adalah masa depan anak-anak dan kerjaya saya sebagai juruhebah radio”

Walaubagaimanapun Kieran dan juga bekas isteri masih mengekalkan perhubungan yang baik apabila masing-masing berpakat untuk menjaga anak-anak bersama tanpa ada sebarang hak penjagaan.

Hasil perkahwinan selama empat tahun, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Adam, 4 dan juga Muhammad Iman berusia 2 tahun.

HotFm (9) HotFm (10) HotFm (22) HotFm (24)

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.272)

Posted: 06 Feb 2013 08:26 AM PST

VIDEO HARI INI: Seorang peminat siri fiksyen popular Star Wars telah menggabungkan beberapa klip dari trailer permainan video untuk di’jadikan trailer cadangan untuk filem akan datang Star Wars Episode VII.

Selepas jemputan Yale University tahun lalu, Shah Rukh Khan di’undang pula oleh universiti terkemuka dunia Harvard University untuk memberikan syarahan. Boleh tahan hebat. – Hindustan Times

Perkembangan terbaru, Shila Amzah menulis di Twitter yang beliau tidak mahu di’kongkong lagi & ingin diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri. Hebat ‘kan penangan cinta? – mStar Online

Mungkin penat bermain filem, Robin Williams kini mula beralih ke peranan di kaca televisyen dengan mengesahkan bakal membintangi sebuah sitkom baru berjudul Crazy Ones. – Entertainment Weekly

Ah seperti pasangan remaja yang menjadi dambaan ramai, Adam Brody & Leighton Meester khabarnya kini sedang berpacaran dan hubungan mereka itu sudah bermula berminggu lamanya. – US Magazine

Ada gossip mengatakan yang hubungan aktress Puteri Sarah Liyana dan Ammar Alfian kini sudah berakhir, betulkah? – Murai


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Terkini: Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Posted: 06 Feb 2013 02:15 AM PST

Presiden Seniman, Zed Zaidi baru sahaja memaklumkan menerusi laman Twitter yang pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong baru sahaja meninggal dunia. Al-fatihah.

Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga,” ujar Zed Zaidi kepada Utusan Malaysia.

Screen Shot 2013-02-06 at 6.50.41 PM


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Yusof Haslam: Syamsul Berubah Sikap Selepas Raih Banyak Anugerah

Posted: 05 Feb 2013 07:53 PM PST

Kenyataan daripada mulut Yusof Haslam itu keluar menjawab persoalan yang timbul tentang hubungan beliau dengan anaknya itu yang di’katakan semakin renggang akhir akhir ini.

Yusof Haslam menolak dakwaan itu & berkata hanya menggertak Syamsul Yusof ekoran sikap beliau yang melengahkan proses suntingan dan menyiapkan filem terbaru KL Gangster 2.

“Sebelum ini, dia mampu siapkan tiga filem setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat tetapi KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap,” ujar Yusof Haslam baru baru ini.

Peneraju Skop Production itu juga pelik dengan tindakan Syamsul Yusof menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem berjudul Oh Mak Kau & menyifatkan ianya sebagai tidak matang.

“Saya sayangkan dia (Syamsul), sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production,” tambaj beliau lagi.

via mStar Online


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...