RotiKaya

RotiKaya


Dakwaan Rogol Teman Wanita — Polis Tahan Reman Penyanyi Muda Dua Hari

Posted: 05 Feb 2013 04:33 PM PST

Gambar: Anggota polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.

Sehingga hari ini, para peminat dunia hiburan masih berteka teki akan identiti selebriti yang di’dakwa merogol teman wanita sendiri sehingga tertangkap oleh pihak polis selepas menerima aduan.

Menerusi satu laporan Kosmo! hari ini, akhbar tersebut ada menyiarkan sekeping gambar yang mungkin boleh membantu anda semua yang ingin mengenalpasti penyanyi muda ini.

Perkembangan terbaru menyebut pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman juara program realiti TV ini selama dua hari untuk membantu siasatan.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen TV.

“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut”

“Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Shila Amzah Meminta Maaf Kepada Semua Pihak Atas Apa Yang Terjadi

Posted: 05 Feb 2013 12:44 PM PST

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang di’keluarkan oleh Shila Amzah sendiri melalui sepucuk ‘surat’ kepada semua rakan media awal malam ini.

Tiada kenyataan menyimpulkan situasi yang terjadi antara kekasih beliau, Sharnaaz Ahmad & bapanya ND Lala dan Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.

Shila Amzah juga menulis yang beliau mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa sahaja damage yang terjadi kepada Sharnaaz Ahmad dan keluarganya ekoran isu kenyataan kedua dua pihak minggu lalu.

 

—————————————————————————————————

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

Attachment001


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.271)

Posted: 05 Feb 2013 09:07 AM PST

VIDEO HARI INI: Pilihan kami hari ini agak panjang dari kebiasaan namun kami memberikan jaminan kepada anda yang ianya berbaloi untuk anda tonton di hari Rabu ini. Hint: Ada kucing.

Rakan kolaborasi Mizz Nina, Jay Park sekali lagi mencipta kontroversi selepas memuat naik sekeping gambar kurang enak di’lihat ke laman sosial Instagram, lalu meminta maaf kepada peminat. – allkpop

Mungkin bukan untuk semua orang, namun kepada mereka yang teruja dengan suara penyanyi ini Andrea Bocelli bakal turun ke Malaysia buat pertama kali untuk sebuah konsert pada May 2013 – mStar Online

Satu lagi kes saman mengarut daripada billionaire, Donald Trump dengan menyaman Bill Maher selepas berjaya membuktikan dirinya bukan lahir keturunan orang utan. Say what? – TMZ

Dalam temubual terbaru bersama sebuah majalah, penyanyi popular Pink mendedahkan yang kelihatan cantik tidak pernah menjadi sasaran beliau tetapi lebih mementingkan kebahagian. – People

Bakal mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, Najwa Latif berkata yang beliau sangat berminat untuk bergelar seorang pensyarah suatu hari nanti. – Utusan Malaysia


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...