RotiKaya |
- Ramalan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25
- Zain Saidin Terkejut, Nafi Bakal Kahwin Rozita Che Wan Julai
- Rozita Che Wan Sahkan Bakal Nikah Julai Ini
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.284)
- Aidil Zafuan: Saya Dah Tak Sayangkan Dia, Saya Dah Tak Ingin Dia Lagi
| Ramalan Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 Posted: 25 Feb 2013 05:55 PM PST Saya gembira membaca senarai akhir pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25. Berikut hanyalah ramalan dari pendapat peribadi saya sahaja dan TIDAK semestinya tepat. Keputusan akhir dan muktamad akan diketahui di Malam Anugerah FFM25 pada hari Sabtu, 2 Mac 2013 nanti. FILEM TERBAIK: Bunohan (Apparat Films), Songlap (Grand Brilliance & Red Films), Ombak Rindu (Astro Shaw Sdn. Bhd/Taratella Pictures), Saya Amat Menyintaimu @ SAM (Skop Production Sdn. Bhd.), 29 Februari (KRU Studios Sdn. Bhd.) NOTA: Nampak gayanya kelima-lima calon mempunyai kekuatan cerita dan penceritaan masing-masing. Ombak Rindu yang menjadi kegilaan peminat dan pecah panggung ialah adaptasi dari novel yang cukup rempah ratusnya sebagai sebuah filem komersial bertih jagung yang sangat popular berbanding 4 lagi pencabarnya. Manakala 29 Februari ialah filem pertama bikinan Malaysia dalam format 3D yang menjalin cerita fiksyen fantasi muzikal dengan sulaman kronologi sejarah tempatan. SAM pula ialah filem drama cinta dan aksi yang bermain tarik-tali dengan persepsi penonton untuk meneka muslihat dan teka-teki di sepanjang penceritaannya. Songlap yang mengetengahkan kisah realisme kasar dan gelap dalam dunia jenayah yang berlaku dalam masyarakat ialah sebuah filem yang sangat berisi. Sementara itu, Bunohan ialah sebuah filem yang membikin dunia politiknya sendiri berasaskan perihal perebutan tanah, rahsia mistik dan konflik kekeluargaan sebagai naratifnya. RAMALAN MENANG: Bunohan (Apparat Films) PENGARAH TERBAIK: Dain Said (Bunohan), Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak (Songlap), Syafiq Yusof (SAM), Osman Ali (Ombak Rindu), Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!) NOTA: Dain Said bersaing sengit dengan Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak kerana mereka membikin filem yang menyentuh isu kemasyarakatan dengan pengarahan yang sangat teliti serta berkualiti dari semua segi cerita, penceritaan, lakonan dan nilai produksi. Osman Ali pula bagus mengarahkan filem melodrama cinta yang lebih 'cantik' dari novelnya. Namun begitu Saw Teong Hin juga berjaya membikin filem muzikal yang kemas. Pencalonan Syafiq sewajarnya diberikan kredit kerana mampu membikin filem pertama yang boleh diiktiraf dalam usia muda. RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan) PELAKON LELAKI TERBAIK: Faizal Hussein (Bunohan), Pekin Ibrahim (Bunohan), Zahiril Adzim (Bunohan), Shaheizy Sam (SAM), Shaheizy Sam (Songlap) NOTA: Faizal membuat 'comeback' dalam industri filem tempatan dengan bekalan pengalaman yang matang untuk merealisasikan watak Ilham, seorang pembunuh upahan. Pekin sebagai Bakar watak antagonis ala 'Tok Dalang' yang berakal licik dan mastermind tetapi kejam tanpa menggunakan kekuatan fizikal. Zahiril pula bukan sekadar 'poster boy' untuk Bunohan tetapi berjaya sebagai Adil yang memerlukan kekuatan lakonan dan fizikal sukan tomoi. Shaheizy melalui watak Adam dalam Songlap ialah antara puncak lakonan terbaik beliau setakat ini. Manakala sekali lagi Shaheizy sebagai Sam dalam SAM menyerlahkan bakat lakonan beraneka dalam sebuah filem yang sama. RAMALAN MENANG: Pekin Ibrahim (Bunohan)
NOTA: Kelima-lima pencalonan mempunyai kelebihan dan kekuatan lakonan tersendiri tetapi saya merasakan bahawa persaingan sengit 3 penjuru dari sudut perwatakan penuh emosi ialah di antara Maya, Nadiya dan Sara. Namun begitu perwatakan romantik komedi oleh Vanidah serta kali pertama beraksi dalam filem muzikal oleh Farah juga mampu menyakinkan para juri. RAMALAN MENANG: Maya Karin (Ombak Rindu) PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK: Amerul Affendi (Bunohan), Husyairi Hussain (Bunohan), Bront Palarae (Jiwa Taiko), Syafie Naswip (Songlap), Omar Abdullah (Songlap) NOTA: Ironinya kelima-lima calon berwatak antagonis seolah-olah penilaian juri akan menyorot siapakah watak 'penjahat' yang paling berkesan? Secara peribadi saya melihat persaingan sengit di antara Husyairi dan Omar. Manakala Amerul, Bront dan Syafie masih mempunyai potensi untuk menang seandainya dilihat dari keperluan 'membantu' untuk pengembangan cerita dalam filem masing-masing. RAMALAN MENANG: Husyairi Hussain (Bunohan) PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK: Normah Damanhuri (Songlap), Lisa Surihani (Ombak Rindu), Fauziah Nawi (Hoore! Hoore!), Nabila Huda (Jalan Kembali), Lana Nordin (Chow Kit) NOTA: Normah dan Lana kelihatan seakan bersaing untuk menang kerana perwatakan mereka sebagai 'pelacur'. Begitu juga Nabila sebagai 'bohsia'. Watak-watak kasar dan jijik itu mungkin memberi kredit? Manakala Lisa yang memainkan watak kekasih/isteri yang seakan berpenyakit bipolar juga sangat mencabar. Namun begitu, sekiranya juri mahukan kemenangan kepada perwatakan yang bermoral tinggi dan lakonan yang sederhana tetapi sangat berkesan, maka primadona Fauziah Nawi akan menang. RAMALAN MENANG: Normah Damanhuri (Songlap) SINEMATOGRAFI TERBAIK: Haris Hue Abdullah (Songlap), Khalid Zakaria (Ombak Rindu), Mohd Noor Mohd Kassim (Hoore! Hoore!), Mohd Helmi Mohd Yusof (Misteri Jalan Lama), Mohd Noor Mohd Kassim (29 Februari) RAMALAN MENANG: Haris Hue Abdullah (Songlap) LAKON LAYAR TERBAIK: Fariza Azlina Ishak (Songlap), Dain Said (Bunohan), Afdlin Shauki (Untuk Tiga Hari), Edry Abdul Halim (29 Februari), Goh Aun Hoe (Seefood) RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan) CERITA ASAL TERBAIK: Dain Said (Bunohan), Fariza Azlina Ishak (Songlap), Namawee, Fred Chong & Vivi Wee (Hantu Gangster), Loh Chung Tat (8 Jam), Afdlin Shauki (Misteri Jalan Lama) RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan) PENYUNTING TERBAIK: Muhamad Hafizan Abd Malek (29 Februari), Wong Hui Lynn (Songlap), AddAudio Ex Sdn. Bhd. (Hoore! Hoore!), Syafiq Yusof (SAM), Ezarisyir Wan Basri (Hantu Kapcai) RAMALAN MENANG: Syafiq Yusof (SAM) SKOR MUZIK ASAL TERBAIK: Mendiang Tan Yan Wei (Bunohan), Khairil Ridzuan Annuar (Loque) (Songlap), Edry Abdul Halim (29 Februari), Audi Mok (Hoore! Hoore!), Dr. Syed Ahmad Faizal Al-Attas (Misteri Jalan Lama) RAMALAN MENANG: Khairil Ridzuan Annuar (Loque) (Songlap) PENGARAH HARAPAN: Syafiq Yusof (SAM), Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai), Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura), Goh Aun Hoe (Seefood), Teng Bee (Kepong Gangster) RAMALAN MENANG: Syafiq Yusof (SAM) PENATAAN SENI TERBAIK: Dain Said (Bunohan), Angie Choo (Songlap), Mazalan Zulkifli (29 Februari), Silver Ant Sdn. Bhd. (Seefood), Nazrul Asraff Mahzan (Misteri Jalan Lama) RAMALAN MENANG: Dain Said (Bunohan) PENATAAN BUNYI TERBAIK: Megat Sazali Rohimi (29 Februari), Raja Ahmad Shahidaly (Bunohan), Daniel Tang (Hoore! Hoore!), Zolkefli Mat Tahir (Songlap), Megat Sazali Rohimi (Hantu Kapcai) RAMALAN MENANG: Raja Ahmad Shahidaly (Bunohan) LALGU TEMA TERBAIK: Jagalah Diri – Edry Abdul Halim (29 Februari), Idola – Audi Mok/Norazlan Rose (Hoore! Hoore!), Ombak Rindu – Nurzaidi Abdul Rahman (Ombak Rindu), We Are Gangster – Namawee, Reshmonu, Ashtaka & 5Forty2 (Hantu Gangster), Pencinta Terbaik – Edry Abdul Halim (Cinta Kura Kura), 7 Petala Cinta – Dakmie (7 Petala Cinta) RAMALAN MENANG: Idola – Audi Mok/Norazlan Rose (Hoore! Hoore!) PELAKON HARAPAN LELAKI: Izzue Islam (29 Februari), Akim Ahmad (Hoore! Hoore!), Hazami Azmi (Apa Celop Toqq), Shahrizal Jaszle (Azura), Iedil Putra (Ngorat) RAMALAN MENANG: Izzue Islam (29 Februari) PELAKON HARAPAN WANITA: Farah Nazirah (Hoore! Hoore!), Jojo Goh (29 Februari), Neelofa (Azura), Mon Ryanti (Keramat), Shima Anuar (Sumpahan Keramat) RAMALAN MENANG: Farah Nazirah (Hoore! Hoore!) PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK: Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit), Nadzirah Rosi (Chow Kit), Tee Jing Chen (Hantu Gangster), Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari), Afiq Izzudin (Alamak Toyol) RAMALAN MENANG: Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit) PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK: Nasirah Ramlan (Misteri Jalan Lama), Hasnan Yaacob (29 Februari), Muhammad Sharelzahadi Koh (Songlap), Mohammad Afizal Mohamed Aris (Chow Kit), Sarah Lee Ann (Hantu Gangster) RAMALAN MENANG: Sarah Lee Ann (Hantu Gangster) POSTER TERBAIK: 8 Jam (MIG Pictures Sdn. Bhd), Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.), Cinta Kura Kura (KRU Studios Sdn. Bhd.), Bunohan (Apparat Films), Hantu Air (Multimedia Ent. Sdn. Bhd.) RAMALAN MENANG: 8 Jam (MIG Pictures Sdn. Bhd) FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK: Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.), Kepong Gangster (Mahu Pictures Sdn. Bhd.), Ah Beng The Movie (The Film Engine Sdn. Bhd.), Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn. Bhd.), Ghost Buddies (Double Vision Sdn. Bhd.) RAMALAN MENANG: Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.) FILEM PENDEK TERBAIK: Strangers (Reservoir Production Sdn. Bhd.), Guang (Reservoir Production Sdn. Bhd.), Sanzaru (Reservoir Production Sdn. Bhd.), Pasport Ekspres (Red Films), Leman (Ahmad Hafiz Abd Rashid/UiTM) RAMALAN MENANG: Leman (Ahmad Hafiz Abd Rashid/UiTM) FILEM ANIMASI TERBAIK: The Best Recipe (The One Academy), Tooth (The One Academy), Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib (Elite Animation SB), Ninja VS Pirate (The One Academy), Toi-Toi (The One Academy) RAMALAN MENANG: (Tiada ramalan kerana penulis belum menonton) © Ajami Hashim for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Zain Saidin Terkejut, Nafi Bakal Kahwin Rozita Che Wan Julai Posted: 25 Feb 2013 05:19 PM PST Dan ia pun bermula, percanggahan kenyataan yang memang perkara biasa dalam dunia artis Malaysia. Heh. Hari ini kita ada Rozita Che Wan & Zain Saidin yang mula berbeza kenyataan. Hari ini, Rozita Che Wan menerusi Harian Metro berkata yang beliau dan kekasihnya Zain Saidin bakal melangsungkan perkahwinan pada Julai 2013 ini untuk menamatkan semua spekulasi. Namun dalam satu kenyataan balas menerusi Media Hiburan, Zain Saidin mengakui beliau terkejut dengan kenyataan Rozita Che Wan tersebut tetapi tidak menafikan yang mereka akan berkahwin. “Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini. Saya sendiri pun terkejut kenapa Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami” “Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja.” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Rozita Che Wan Sahkan Bakal Nikah Julai Ini Posted: 25 Feb 2013 03:19 PM PST Ah akhirnya ada juga pengesahan tentang teka teki sama ada pasangan ini benar benar bercinta & akan berkahwin seperti yang di’dakwa oleh pihak lelaki sebelum ini. Rozita Che Wan bercakap kepada Harian Metro hari ini mengesahkan yang beliau & Zain Saidin bakal bernikah sekitar hujung Julai 2013. “InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan,” ujar Rozita Che Wan yang turut memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya tidak perlu. “Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” tambah Rozita Che Wan lagi. Tahniah buat Rozita Che Wan & Zain Saidin dan para peminat boleh sudah menghitung hari menjelang detik bahagia mereka. Heh. Di’bawah gambar saat bahagia mereka bercuti ke Singapura baru baru ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.284) Posted: 25 Feb 2013 08:48 AM PST VIDEO HARI INI: Hari ini boleh kami katakan ianya edisi anugerah Oscar & ini video temubual Jennifer Lawrence bersama media selepas acara tersebut selesai. Awesome stuff! Kalau anda belum tahu lagi, ini merupakan senarai penuh pemenang dan mereka yang membawa pulang anugerah berprestij Oscar untuk edisi tahun 2013. Argo menang Filem Terbaik. Itu sahaja. – Oscar Dan kemenangan filem arahan Ben Affleck, Argo tidak terlepas daripada kontroversi selepas media di Iran menyelar kemenangan filem ini sebagai tidak lebih dari satu motif politik USA. – Macleans Aktor Wan Hanafi Su berkata yang juri dalam anugerah filem tempatan hanya memandang bakat bakat muda & melihat pelakon veteran sepertinya di’anggap kelapa tua juga semakin kurang dihargai. – mStar Online Dua orang ahli kumpulan pop Korea, Victoria daripada f(x) & Changmin (DBSK) di’khabarkan kini bercinta selepas sekeping gambar mereka keluar makan bersama tersebar. Refleksi di’sudu sahaja pun. – Soompi Bercuti ke Beijing baru baru ini memang satu pengalaman hebat buat Fizo Omar selepas beliau mendakwa hampir mati ketika memanjat tembok besar China. Mujur tiada insiden serius berlaku. – GUA © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Aidil Zafuan: Saya Dah Tak Sayangkan Dia, Saya Dah Tak Ingin Dia Lagi Posted: 24 Feb 2013 07:17 PM PST Itu kenyataan yang di’keluarkan oleh Aidil Zafuan kepada pihak media ketika di’temui di Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini. Aidil Zafuan & Rita Rudaini kedua dua mereka hadir ke mahkamah hari ini untuk mendengar status permohonan cerai yang di’kemukakan oleh pihak lelaki kepada mahkamah. Namun hakim Hamizan Mohd Nor menunda proses lafaz cerai pasangan ini kepada 8 Mac 2013 untuk di’rujuk terlebih dahulu ke Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Daerah Seremban. “Saya dah tak sayangkan dia lagi & saya dah tak inginkan dia lagi,” itu komen pendek Aidil Zafuan selepas keputusan mahkamah di’umumkan dan ianya jelas tentang niat beliau untuk berpisah. Rita Rudaini berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Aidil Zafuan untuk bercerai kerana proses sebegini sudah banyak kali berulang selain berkata mahkamah sudah seperti rumah kedua. Aktress ini juga menafikan dakwaan suaminya yang mengatakan beliau sendiri sudah dua kali meminta cerai, “Tak pernah. Kalau betul saya minta cerai, kenapa tak ceraikan? Kalau betul saya yang minta cerai” Developing… © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.