RotiKaya

RotiKaya


Fizz Fairuz: Azlyn Massiela Sendiri Mengaku Sudah Pun Berkahwin

Posted: 21 Feb 2013 05:27 PM PST

Fizz Fairuz lagi. Kisah Fizz fairuz lagi dan kali ini kenyataan balas daripada pelakon lelaki ini pula mengatakan pihak perempuan sendiri mengaku sudah berkahwin apabila di’tanya baru baru ini.

“Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar”

BACA: Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tidak Salahkan Fizz

“Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama”

“Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan”

“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang”

“Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga,” ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia di’larikan dan terpaksa berkahwin dengan lelaki itu.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gambar: Maya Karin & Remy Ishak Bercuti Sama Ke Sabah

Posted: 21 Feb 2013 04:50 PM PST

Kecoh juga para peminat membuat spekulasi di Instagram milik Remy Ishak apabila beliau mengirimkan gambar percutian beliau di Sabah bersama Maya Karin baru baru ini.

Hanya dua keping gambar yang di’kirimkan tetapi ini cukup membuatkan para peminat pasangan Maya Karin & Remy Ishak merasa gembira kerana mereka anggap ini satu perkembangan positif.

Gambar pertama dari Remy Ishak menunjukkan pasangan ini berada dalam kenderaan untuk perjalanan sejauh 7 jam dari Kota Kinabalu, Sabah ke kawasan hutan simpan Imbak Canyon.

Remy Ishak sekali lagi mengirimkan gambar apabila mereka sudah tiba di Imbak Canyon & kali ini beliau bersama Maya Karin sedang menikmati makan malam. Hebat juga dalam hutan boleh Instagram, heh.

Mungkin mereka bercuti berdua, dan lebih besar kemungkinan mereka pergi bersama rombongan rakan rakan. Maklumlah mereka berdua baru selesai dengan penggambaran filem Sejoli.

#01 Maya Karin & Remy Ishak Bercuti Bersama Ke Sabah? - ROTIKAYA #02 Maya Karin & Remy Ishak Bercuti Bersama Ke Sabah? - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Tiada Keserasian Punca Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian Putus Cinta

Posted: 21 Feb 2013 04:30 PM PST

Sekitar September 2012, Puteri Sarah Liyana ada memberikan kenyataan kepada media yang beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya, Ammar Alfian.

Tetapi tidak di’sangka, dua bulan selepas itu hubungan pasangan yang telah bercinta selama 5 tahun ini telah pun berakhir dan ianya di’akui sendiri oleh pihak lelaki kepada mStar Online.

“Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi”

“Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu,” ujar Ammar Alfian merahsiakan perpisahan ini demi menjaga nama Puteri Sarah Liyana.

Pelakon lelaki ini turut berkata yang fitnah daripada orang orang sekeliling terhadap beliau yang di’sampaikan kepada kekasihnya membuatkan Puteri Sarah Liyana akhirnya tawar hati.

“Saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya,” ujarnya lagi selain mengakui Puteri Sarah Liyana sudah mempunyai kekasih baru.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.282)

Posted: 21 Feb 2013 08:53 AM PST

VIDEO HARI INI: Anda rasa filem Inception cukup hebat? Ini video dari Cinema Sins menunjukkan semua perkara yang tidak kena dalam filem ini dalam masa 4 minit. Fikirkan semula. Heh.

Bukan Malaysia sahaja artis ada masalah dengan pereka fesyen. Lindsay Lohan di’khabarkan telah memulangkan semula baju bernilai US$1,750 kepada pereka’nya dalam keadaan yang sadis. – US Weekly

Nampaknya Jackie Chan juga berminat dengan k-pop, pelakon ini bakal mempunyai kumpulan k-pop sendiri di’bawah syarikat beliau Jackie Chan Korea dengan nama Double JC. Double Jackie Chan? – allkpop

Tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar isu pertunangan beliau seakan memakan diri sendiri selepas lebih banyak kekeliruan yang timbul dan Fizz Fairuz terus melarikan diri dari media. – mStar Online

Setiap kali munculnya fenomena seperti Gangnam Style dan terbaru Harlem Shake, pasti anda tertanya bagaimana artis berkaitan menerima imbuhan dari populariti karya mereka. Ini jawapan’nya. – TIME

Lady Gaga telah menulis sepucuk surat melalui laman rasmi beliau yang khas buat para peminat yang menyokong selama ini sebelum menjalani pembedahan akibat cedera di pangkal peha. – Huff. Post


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Hiasi Muka Hadapan Media Hiburan — Adira & Hafiz Mengakui Sudah Temui Pengganti

Posted: 20 Feb 2013 07:40 PM PST

Kita lari sedikit daripada kemelut hubungan cinta & rumahtangga artis yang menjadi perbualan seisi pejabat ketika ini dengan video fotografi Adira dan Hafiz untuk Media Hiburan baru baru ini.

Pasangan ini juga pernah mencetuskan kontroversi apabila cinta mereka berakhir khabarnya angkara orang ketiga sehingga timbulkan pergaduhan tidak berapa lama dahulu. Tetapi itu semua dahulu.

Dalam keluaran terbaru majalah Media Hiburan, muka hadapan menyebut yang kedua dua mereka telah pun temui pengganti tetapi dalam soal kerja, mereka kekal professional.

Hendak tahu apa yang di’bicarakan oleh Adira & Hafiz tentang hubungan baru mereka, anda perlulah dapatkan keluaran terbaru Media Hiburan di’pasaran. Sementara itu, layankan video di’atas.

ROTIKAYA_30 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_31 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_32 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_33 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_34 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_35 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_36 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_37 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_38 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_39 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_40 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA ROTIKAYA_41 Hafiz & Adira Akui Sudah Temui Pengganti, Kekal Professional - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...