RotiKaya

RotiKaya


Aidil Zafuan Nafi Bakal Kahwin Zarema, Tuduhan Rita Rudaini Tidak Berasas

Posted: 20 Feb 2013 06:24 PM PST

Hujung minggu lalu, Rita Rudaini tampil dalam sebuah akhbar mendakwa yang suami’nya, Aidil Zafuan bakal berkahwin lain selepas menceraikan dirinya pada 25 Februari ini.

BACA: Rita Rudaini Bakal Cerai 25 Februari, Aidil Zafuan Kahwin Lain?

Hari ini, melalui Berita Harian pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu telah tampil menafikan tuduhan tidak berasas yang di’lemparkan isterinya baru baru ini.

“Saya mengaku saya mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita konon’nya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami ada berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi”

“Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa,” tambah Aidil Zafuan.

Aidil Zafuan juga pelik kenapa isterinya itu tidak bertanya sendiri kepada dirinya tentang hal ini & menganggap Rita Rudaini sengaja menimbulkan isu menjelang sebutan kes cerai di mahkamah Isnin ini.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tidak Salahkan Fizz Fairuz

Posted: 20 Feb 2013 05:07 PM PST

Oh ya, seperti anda semua kami juga terasa seperti mengikuti drama penuh dengan plot berputar belit. Semua pihak yang ada terlibat ketika ini memberikan kenyataan yang sangat berbeza.

BACA: Azlyn Massiela Dakwa Fizz Fairuz Bohong, Bukan Isteri Orang

Ketika Azlyn Massiela mendakwa dirinya tidak pernah bergelar isteri orang sepanjang hidup 26 tahun, muncul pula lelaki yang mendakwa suami kepada wanita ini yang mahu di’kenali sebagai Ramli.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.

Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.

“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turu mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Julia Ziegler Sangkal Dakwaan Berbaik Dengan Sharifah Sakinah

Posted: 20 Feb 2013 04:48 PM PST

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika di’tawarkan oleh mana mana pihak.

Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini di’khabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu.

“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya & tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini.

Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih seperti yang di’dakwa.

Menerusi akaun Twitter beliau, Julia Ziegler menulis,”Sejak bila jernih? Kau buat dosa dgn aku, minta maaf dulu baru boleh jernih” & menujukan tulisan itu kepada Sharifah Sakinah.

Sharifah Sakinah tidak mengambil masa lama untuk menulis kenyataan balas dengan menyatakan yang beliau malas untuk terus bergaduh dan menyerahkan kepada umum untuk menilai. Apa cerita?

#03 Julia Ziegler Sangkal Dakwaan Sudah Berbaik Dengan Sharifah Sakinah - ROTIKAYA #02 Julia Ziegler Sangkal Dakwaan Sudah Berbaik Dengan Sharifah Sakinah - ROTIKAYA #01 Julia Ziegler Sangkal Dakwaan Sudah Berbaik Dengan Sharifah Sakinah - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Azlyn Massiela: Fizz Fairuz Berbohong, Saya Tidak Pernah Kahwin

Posted: 20 Feb 2013 04:46 PM PST

Semalam Fizz Fairuz tampil menjelaskan kepada para peminat dan juga media yang beliau sudah pun sudah putus tunang dengan wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang baru baru ini.

Alasan’nya adalah kerana wanita itu, Azlyn Massiela memegang status isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an & Fizz Fairuz memutuskan pertunangan tanpa banyak persoalan.

Hari ini menerusi Berita Harian, Azlyn Massiela secara eksklusif tampil memberikan kenyataan menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam & menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.

“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”

“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”

“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”

“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiela hari ini.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Pilih Bekas Isteri, Datuk Hattan Bakal Bernikah Jun Ini

Posted: 20 Feb 2013 08:15 AM PST

Datuk Hattan bakal bernikah Jun ini dan telah memilih bekas isteri pertama, Arianie iaitu ibu kepada anak tunggal mereka bernama Adam Eiman yang kini telah pun berusia 14 tahun.

Menurut Hattan beliau hanya mahu mengadakan majlis kecil-kecilan dan mungkin akan melangsungkan perkahwinan secara bersama dengan adik lelakinya, Achem.

Penyanyi yang popular dengan lagu Memburu Rindu itu turut memberitahu respon sebenar bekas isterinya itu setelah beliau meluahkan hasrat murni untuk mereka kembali hidup bersama.

“Pada mulanya dia (Arianie) tidak mahu kembali bersama namun saya yakinkan kepadanya bahawa saya sudah berubah dan sikap panas baran yang dahulu itu sudah hilang”

“Bila saya melihat wajahnya hati saya menjadi semakin sayang dan mahu memperisterikannya kembali”

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini. Kalau jodoh, tidak ke mana ‘kan?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Penyanyi Wanita Aniaya Mohd Mentor Selepas Gagal Ajak Kahwin

Posted: 20 Feb 2013 08:02 AM PST

Akhirnya tuan punya badan sendiri membuka mulut tentang dakwaan yang beliau merogol teman wanita sendiri yang mencetuskan pelbagai tanda tanya di’kalangan peminat hiburan.

Menjawab kepada Media Hiburan tentang status hubungan beliau dengan penyanyi wanita yang di’katakan menjadi mangsa rogol itu, Mohd Mentor menegaskan yang mereka hanya berkawan.

“Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis”

“Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan,” ujar beliau.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Mentor di’dakwa merogol kekasih sendiri kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.281)

Posted: 20 Feb 2013 08:01 AM PST

VIDEO HARI INI: Anda pasti pernah mendengar projek penuh harapan bernama Google Glass dan ini buat pertama kali di’tunjukkan antaramuka pengguna melalui gajet ‘masa hadapan’ ini. Awesome!

Kepada peminat Norah Jones yang sentiasa berimpi untuk menyaksikan penyanyi ini dalam konsert secara live, konsert di Singapura 27 Februari ini merupakan peluang terdekat untuk anda. – Sistic

Persatuan Seniman melalui Zahrin Ishak meluahkan rasa kecewa dengan Sharnaaz Ahmad yang di’katakan enggan bekerjasama untuk selesaikan masalah dengan pengarah filem Darah Panas, S Baldev. – Yahoo!

Ini bukan berita & sekali sekala kami ingin letakkan pautan ke galeri gambar dan kali ini ianya giliran Selena Gomez, Vanessa Hudgens dan Ashley Benson di tayangan perdana filem Spring Breakers. – Just Jared

Lagu baru SISTAR19, Gone Not Around Any Longer berjaya mendominasi hampir semua carta muzik pop Korea & kini mereka melancarkan di’sebalik tabir pembikinan video muzik lagu tersebut. – Soompi

Dek kerana tiba awal di United Kingdom untuk menghadiri Brit Awards, Justin Bieber telah menghabiskan masa yang ada untuk keluar berparti dengan rakan baiknya Will.i.am baru baru ini. – Splash


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Penceraian Jeslina Hashim & Suami Terpaksa Ditangguh

Posted: 19 Feb 2013 06:52 PM PST

Pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berlangsung sebutan pertama kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim & suami, Dion Andrew Vercoe.

Pasangan ini di’khabarkan telah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan yang lalu & ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada di’bawah jagaan suami.

Namun hasrat pasangan ini untuk bercerai terpaksa di’tangguh kerana Dion Andrew Vercoe tidak di’benarkan melafazkan talak kerana Jeslin Hashim dalam keadaan tidak suci.

Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian Jeslina Hashim & Dion Andrew.

Jeslina Hashim yang di’temui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata punca penceraian mereka tidak boleh di’dedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.

ROTIKAYA_22 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_23 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_24 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_25 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_26 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_27 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_28 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA ROTIKAYA_29 Jeslina Hashim & Suami Bakal Bercerai - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...