RotiKaya |
- Almy Nadia: Saya Baru Tahu Dia Bertunang Dengan Isteri Orang
- Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang, Kini Sah Putus
- Dakwaan Rogol Kekasih — Mohd (Mentor) Dianiaya Rakan Kalangan Artis
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.280)
- Festival Filem Malaysia Ke 25 — Erra Fazira Dan Fahrin Ahmad Bakal Pengacara Majlis
| Almy Nadia: Saya Baru Tahu Dia Bertunang Dengan Isteri Orang Posted: 19 Feb 2013 05:09 PM PST Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar & menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu. Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang. BACA: Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang, Kini Sah Putus “Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu. Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidka menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu. “Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang, Kini Sah Putus Posted: 19 Feb 2013 04:10 PM PST Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu. Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu. BACA: Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz & Azlyn Massiela “Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini. “Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi. “Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu” Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif. “Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Dakwaan Rogol Kekasih — Mohd (Mentor) Dianiaya Rakan Kalangan Artis Posted: 19 Feb 2013 08:33 AM PST Juara Mentor musim ke-4, Mohd atau nama sebenar Mohd Izwan Mohd Nor terpaksa menanggung malu serta hilang sumber pencarian selepas didakwa merogol kekasih sendiri sebelum ini. Kekasih yang dimaksudkan telah membuat laporan polis adalah bekas peserta Mentor Musim keenam yang dikatakan telah menganiaya dirinya. Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini. Menurut salah seorang ahli keluarga Mohd yang dapat dihubungi, Mohd begitu sedih dengan perkara ini dan tidak menyangka akan dimalukan seperti itu selain kehilangan beberapa komitmen kerjaya. Ujarnya lagi yang telah dibebaskan selepas beberapa hari siasatan tidak akan berdiam diri dan akan mengadakan sidang media khas untuk membersihkan namanya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.280) Posted: 19 Feb 2013 08:04 AM PST VIDEO HARI INI: Sanggupkah anda membayar US$47.30 (RM146) untuk minuman dari Starbucks? Lelaki ini berjaya memecah rekod pesanan minuman paling mahal dari rangkaian kedai kopi itu. Heh. Kami ada dengar yang penyanyi ini tidak gemar untuk berjalan jauh dan terbaru Adele di’khabarkan bercadang untuk mengembangkan kariernya secara tetap di Las Vegas, Amerika Syarikat. – Huff. Post Anak lelaki kepada Michael Jackson, Paris Jackson kini bertugas sebagai wartawan di Entertainment Tonight dan berkata kepada media yang beliau berazam untuk menjadi pengarah, pelakon & penerbit. – Vulture Pengarah filem Spider-Man sebelum ini, Sam Raimi berkata beliau belum memiliki keberanian untuk menonton filem The Amazing Spider-Man arahan Marc Webb. Takut kecewa? – Total Films Kumpulan muzik pop Korea, 2PM mengumumkan acara khas Google+ Hangout di saluran Youtube JYP Entertainment pada 13 Mac 2013 ini untuk berinteraksi bersama para peminat. – Soompi Kumpulan Indonesia, Zivilia yang popular dengan lagu Aishiteru berhasrat untuk merakamkan sebuah lagu terbaru bergandingan dengan Najwa Latif dalam masa terdekat ini. – mStar Online © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Festival Filem Malaysia Ke 25 — Erra Fazira Dan Fahrin Ahmad Bakal Pengacara Majlis Posted: 18 Feb 2013 07:28 PM PST Selepas mengharungi kontroversi penangguhan beberapa kali sejak penghujung tahun lalu, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) telah sah bakal berlangsung pada Mac ini. Majlis anugerah yang bakal mengiktiraf 70 buah karya filem anak tempatan ini bakal di’adakan pada 2 Mac 2013 dan mengambil tempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). FFM 25 kali ini bakal di’hoskan oleh dua orang selebriti popular iaitu Fahrin Ahmad dan Erra Fazira yang kami kira bergandingan buat pertama kali sebagai pengacara majlis anugerah. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan di’siarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2. Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi. Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan. Senarai Penuh Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25) CERITA ASAL TERBAIK 1. Bunohan (Dain Said) LAKON TV TERBAIK 1. Bunohan (Dain Said) SINEMATOGRAFI TERBAIK 1. Songlap (Haris Hue Abdullah) PELAKON WANITA TERBAIK 1. Maya Karin – Ombak Rindu PELAKON LELAKI TERBAIK 1. Faizal Hussein – Bunohan PENGARAH FILEM TERBAIK 1. Dain Said – Bunohan FILEM TERBAIK 1. Bunohan (Apparat Sdn Bhd) PELAKON HARAPAN WANITA 1. Farah Nazirah – Hoore! Hoore! PELAKON HARAPAN LELAKI 1. Shahrizal Jaszle – Azura PELAKON PEMBANTU WANITA 1. Normah Damanhuri – Songlap PELAKON PEMBANTU LELAKI 1. Husyairi Husain – Bunohan PENGARAH HARAPAN 1. Syafiq Yusof – Sam © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.