RotiKaya

RotiKaya


Farid Kamil Sudah Kenal Pasti Pembawa Fitnah

Posted: 18 Feb 2013 04:26 PM PST

Semua orang sedar rasanya sepanjang perjalanan kisah pertunangan Farid Kamil & Diana Danielle sehinggalah ke hari perkahwinan mereka, setiap satu pasti ada kisah negatif.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Farid Kamil mengakui yang beliau sudah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab membawa kisah kisah negatif juga fitnah tentang diri beliau & Diana Danielle.

“Saya sudah lama tahu orang yang bertanggungjawab memburukkan nama saya selama ini dan sangat kenal dengannya. Cuma saya tidak mahu ambil kisah langsung dengan segala perbuatannya itu”

“Bagi saya orang tersebut sebenarnya sangat tertekan dengan kehidupan yang dilaluinya dan saya cuma mendoakan yang terbaik buat dirinya”

Farid Kamil menambah yang individu tersebut telah mula membawa mulut sejak sebelum berkahwin lagi namun belum berniat untuk mengambil sebarang tindakan atau bersemuka dengan individu tersebut.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.279)

Posted: 18 Feb 2013 08:46 AM PST

VIDEO HARI INI: Seperti trend selepas kemunculan Gangnam Style kini muncul pula wabak baru di laman sesawang dan merebak hingga ke Youtube dimana konsep Harlem menjadi ikutan seorang demi seorang sehingga dikenali di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia. Saksikan video yang diterbitkan oleh produksi JinnyboyTV yang diberi nama Harlem Style (Goncang Haram) khas untuk anda!

Produser bagi episod popular Running Man Im Hyung Taek memohon maaf diatas kesilapan seratus peratus skrip yang datang dari beliau sendiri untuk episod khas Macau yang menerima kecaman dari pelbagai pihak. – allkpop

Penyanyi country, Mindy Mcready yang berusia 37 tahun telah ditemui mati membunuh diri dengan menembak dirinya di rumah bersama seekor anjing. – Eonline

Pengarah dan juga suami kepada pelakon wanita terkenal Kajol, Ajay Devgn dilihat keluar dari kuil Shakumbhari Devi yang menjadi teman kebiasaan Ajay untuk kesuksesan filem terbaru beliau Singham, Bol Bachchan and Son Of Sardaar. – The Times Of India

Penyanyi veteran, Aishah memberitahu berita yang dikatakan beliau akan menyertai pertandingan PRU 13 pada bulan tiga nanti hanyalah spekulasi yang dibuat-buat. Beliau menafikan berita tersebut. – Murai

Raffi Ahmad dibawa ke pusat pemulihan Lido, Jawa Barat pada jam 6 petang waktu tempatan. - KapanLagi


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Lebih 6,000 Peminat Banjiri Konsert Tiga Dekad Anuar Zain Cinta Muzik & Sanubari

Posted: 18 Feb 2013 01:05 AM PST

Tidak pernah mengecewakan peminat wanita yang seringkali mengidamkan Anuar Zain membuat persembahan, kali ini Anuar Zain pertama kali membuat konsert selepas 30 tahun bergelar artis.

Membuat kejutan pada jam pertama persembahan, Anuar Zain menampilkan pelakon jelita, Nora Danish ketika menyanyikan lagu "Ajari Aku". Beliau telah mencium tangan Nora Danish dan membuatkan semua peminat Anuar bersorak.

Antara kejutan lain, tiga penyanyi hebat iaitu Adibah Noor, Dina Nazir dan Elvira Arul sebagai penyanyi latarnya sewaktu mempersembahkan lagu Cinta Harus Memiliki. Ternyata kemunculan tiga penyanyi hebat itu berjaya memukau penonton dengan vokal mantap mereka.

Konsert Tiga Dekad Anuar Zain Cinta Muzik & Sanubari telah berlangsung dengan meriahnya di Stadium Melawati , Shah Alam pada hari Sabtu yang lepas bermula pada jam 9 malam.

Antara yang turut hadir memberikan sokongan adalah Hafiz AF7, Ziana Zain dan suami serta bapa mereka Encik Zain.

Bersempena dengan sambutan kelahiran Anuar Zain yang ke 43 tahun Jumaat lalu, Anuar sempat mengusik para peminatnya bahawa konsert yang dijalankan adalah demi peminatnya dan telah menyanyikan lagu selamat hari jadi bagi mereka yang lahir di bulan Februari.

Dalam erti kata lain, konsert yang berlangsung selama dua jam ini sememangnya antara sejarah pertama di dalam karier seni Anuar Zain yang berjaya meraikan peminat di bawah satu bumbung.

_MG_3196 DSC_0599 DSC_0607 DSC_0609 DSC_0619 DSC_0621 DSC_0629 DSC_0648 DSC_0682 DSC_0685 DSC_0770 DSC_0780 DSC_0781 DSC_0782 DSC_0783 DSC_0784 DSC_0785 DSC_0792 DSC_0794 DSC_0798

Video Oleh: SelebritiOnline.com


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...