RotiKaya

RotiKaya


Aidil Zafuan Bakal Lafaz Cerai Rita Rudaini 25 Februari Ini?

Posted: 17 Feb 2013 08:56 AM PST

Pada 25 Februari ini, Aidil Zafuan di’laporkan ada memfailkan permohonan cerai yang di’jangka bakal menjadi hari yang penting buat beliau & isterinya ketika ini, Rita Rudaini.

Memetik laporan Berita Harian, Rita Rudaini berkata yang beliau sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.

“Namun, Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema,” ujar Rita Rudaini.

Aktress ini mendakwa telah menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.

Menurut e-mail tersebut, Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah merancang untuk berkahwin pada Julai 2013 selepas menceraikan Rita Rudaini.

“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah”

#02 Aidil Zafuan Bakal Lafaz Ceraikan Rita Rudaini 25 Februari 2013 - ROTIKAYA #01 Aidil Zafuan Bakal Lafaz Ceraikan Rita Rudaini 25 Februari 2013 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.278)

Posted: 17 Feb 2013 08:02 AM PST

VIDEO HARI INI: Apa terjadi jika Vince Vaughn dan Owen Wilson pergi ke Google untuk buat latihan industri selepas mereka kehilangan kerja di’dunia serba moden ini. The Internship di pawagam 7 Jun 2013 (USA).

Buat pertama kalinya secara terbuka Beyonce telah mendedahkan wajah anak pertama beliau bersama Jay-Z, Blue Ivy Carter dalam dokumentari beliau Life Is But a Dream di HBO. – Just Jared

Gambar terbaru mendedahkan cincin terbaru di jari manis Katy Perry yang timbulkan gossip sama ada penyanyi ini sudah pun bertunang dengan kekasihnya, John Mayer pada Hari Kekasih yang lalu. – US Weekly

Sharnaaz Ahmad tampil melalui akaun Twitter beliau menempelak media yang suka memutar belit kenyataan yang di’berikan beliau sebelum ini berkaitan hubungan dengan Shila Amzah. – Sinar Harian

Pelakon, Song Joong Ki telah membeli sebuah kereta sedan mewah sebagai hadiah kepada pengurus beliau yang telah setia bersama sejak bermulanya karier sehingga ke hari ini. Aww. – Soompi

Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan akan membuat kajian khusus berhubung perjalanan karier & usaha pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini. – Bernama


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Nelydia Senrose Kini Kembali Fokus Kepada Pelajaran

Posted: 16 Feb 2013 07:51 PM PST

Pelakon muda yang semakin dikenali menerusi watak Ersalina dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose memberitahu kami bahawa dia akan kembali fokus kepada pelajarannya selepas hampir sebulan lebih menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan”

“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya”

“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,” kata Nelydia Senrose ketika ditemui.

Dia juga turut mengulas bahawa dia tidak akan berhenti dari dunia lakonan, cuma mahu memberi tumpuan terhadap pelajarannya.

Melihatkan dia seorang artis muda dan remaja, kami juga sempat menyoal mengenai kontroversi yang berlaku terhadap seseorang yang bergelar artis, dan adakah dia sudah bersedia?

ROTIKAYA_17 Nelydia Senrose Ingin Tumpukan Perhatian Kepada Pelajaran - ROTIKAYA ROTIKAYA_18 Nelydia Senrose Ingin Tumpukan Perhatian Kepada Pelajaran - ROTIKAYA ROTIKAYA_19 Nelydia Senrose Ingin Tumpukan Perhatian Kepada Pelajaran - ROTIKAYA ROTIKAYA_20 Nelydia Senrose Ingin Tumpukan Perhatian Kepada Pelajaran - ROTIKAYA

“Kontroversi memang tidak dapat lari dunia artis, cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku. Memang tidak salah sekiranya seseorang artis itu mempunyai kontroversi tetapi biarlah kontroversi itu, merupakan kontroversi ke arah positif dan boleh menaikkan nama dan kariernya, tetapi elakkanlah dari kontroversi yang boleh menjatuhkan maruah, kredibiliti dan memusnahkan kerjaya seseorang artis itu."


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Emma Ma’embong Akui Putus Cinta Sejak Awal Februari

Posted: 16 Feb 2013 07:19 PM PST

Sebenarnya, ramai juga yang tidak tahu bahawa sebelum ini Emma Ma’embong sudah pun mempunyai kekasih dan kisah percintaan mereka tidak mendapat perhatian daripada mana mana media.

Namun, dalam satu laporan Berita Harian hari ini, Emma Ma’embong berkata yang hubungan cinta beliau sudah pun berakhir sejak awal Februari 2013 lagi.

“Yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni,” ujar Emma Ma’embong yang di’gandingkan dengan Adi Putra untuk sesi fotografi baru baru ini.

Emma Ma’embong juga seboleh bolehnya tidak mahu memanjangkan cerita tentang kisah putus cinta dengan jejaka bernama Adli ini kerana menganggap mereka berdua sudah tidak ada jodoh.

BONUS: Berikut merupakan beberapa keping foto aksi Emma Ma’embong di acara Amazing Race anjuran majalah Mangga. Enjoice!

ROTIKAYA_05 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_06 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_07 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_08 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_09 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_10 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_11 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_12 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_13 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_14 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_15 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA ROTIKAYA_16 Emma Maembong Di Sekitar Amazing Race Majalah Mangga - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...