RotiKaya |
- Personaliti TV, Ras Adiba Radzi Kini Tampil Bertudung
- Ibu Liyana Jasmay Kecewa Gambar Pra Perkahwinan Bocor Ke Internet
- Emma Ma’embong: Gambar Ini Di Ambil Ketika Sambut Tahun Baru Di Langkawi
- Polis Tahan Pegawai Bank — Kes Kecurian RM50,000 Lisa Surihani Hampir Selesai
- Filem Lawak Ke Der 2 — Hans Isaac Letak Sasaran 15 Juta Penonton
- 2013 Sundance Film Festival — Sedutan Filem Biografi Tidak Rasmi Steve Jobs, jOBS
- Nabil Lebih Rajin Selepas Bergelar Bapa
| Personaliti TV, Ras Adiba Radzi Kini Tampil Bertudung Posted: 24 Jan 2013 06:46 PM PST Pembaca berita untuk stesen televisyen NTV7, Ras Adiba Radzi Nampak lebih anggun dengan imej terbarunya yang kini sudah bertudung. Mungkin ada yang sudah mengetahui setelah melihat beliau tampil di kaca televisyen dan ternyata perubahan imejnya membuatkan Ras Adiba kelihatan lebih jelita dan tenang. Walaupun lumpuh separuh badan dan terpaksa menggunakan kerusi roda Ras Adiba dilihat masih mampu bergelak tawa bersama anak angkatnya, Umar Ras Engel Abdullah yang diambil setelah kematian adik lelaki yang rapat dengannya sebelum ini iaitu Iqbal Ismail. Semoga dengan imej terbaru ini peminat Ras Adiba akan lebih seronok melihatnya keudara di kaca televisyen! Lihat beberapa keping gambar yang diambil dari laman facebook rasmi beliau, Ras Adiba Radzi. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Ibu Liyana Jasmay Kecewa Gambar Pra Perkahwinan Bocor Ke Internet Posted: 24 Jan 2013 05:33 PM PST Awal minggu lalu, para peminat hiburan Malaysia di’sajikan dengan barisan gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — ianya mengundang reaksi bercampur. Gambar pra perkahwinan pasangan ini yang telah di’rakamkan di Hyatt Regency Kuantan Resort mengundang kontroversi kerana ‘kemesraan’ mereka berdua yang terserlah dalam gambar itu. BACA: Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan Hari ini menerusi Sinar Harian, ibu kepada Liyana Jasmay meluahkan perasaan kesal beliau terhadap apa yang berlaku dan berkata perkara ini sepatutnya tidak berlaku. “Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi” “Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja” “Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” ujar Datin Habsah Simpon yang di’hubungi. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Emma Ma’embong: Gambar Ini Di Ambil Ketika Sambut Tahun Baru Di Langkawi Posted: 24 Jan 2013 05:14 PM PST Editor’s note: Kami menerima beberapa keping gambar Emma Ma’embong yang di’dakwa menghadiri sebuah parti sambutan tahun baru yang lalu dan di atas permintaan tuan punya badan sendiri, gambar itu kami simpan rapi buat tatapan sendiri. Heh. Mungkin anda tertanya-tanya setelah melihat gambar di atas adakah Emma Ma’embong masih sama seperti yang dahulu selepas mengeluarkan kenyataan dia telah berubah lebih baik atau ada pihak sengaja sabotaj potensi beliau untuk menjadi pelakon wanita yang berjaya. Tatkala ditanya soalan adakah Emma Ma’embong masih berparti liar, dengan penuh tenang gadis jelita ini menjawab bahawa apa yang dilihat itu adalah dirinya bersama peminat dan bukan bersama rakan-rakan. "Kalau tengok ada orang pegang tin minuman keras itu saya sendiri tidak pasti, ketika berjalan-jalan di pantai ada peminat yang meminta untuk menangkap gambar bersama. "Saya sebagai public figure takkan nak tolak benda-denda macam tu, saya sendiri tak sedar ketika itu ada orang yang pegang tin minuman keras." Menyambut tahun baru di Pantai Chenang, Langkawi, Emma Maembong menyifatkan apa yang terjadi itu hanyalah perkara kecil yang hendak diperbesarkan. "Isu ini tidaklah besar mana, saya percaya apa yang saya buat dekat sana dan tidak kisah jika ada yang cuba provoke gambar tersebut." Selain daripada itu Emma turut memberitahu bahawa ketika di sana dia bukan seorang sahaja, ramai lagi artis yang ada di sana melakukan penggambaran. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Polis Tahan Pegawai Bank — Kes Kecurian RM50,000 Lisa Surihani Hampir Selesai Posted: 24 Jan 2013 08:45 AM PST Pihak polis baru baru ini telah mengesahkan yang seorang wanita yang merupakan seorang kakitangan bank telah di’tahan berkaitan dengan kes kehilangan RM50,000 daripada akaun milik Lisa Surihani. Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran berjumlah RM50,000. “Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai,” komen Lisa Surihani tentang penahanan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK). (via mStar Online) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Filem Lawak Ke Der 2 — Hans Isaac Letak Sasaran 15 Juta Penonton Posted: 24 Jan 2013 08:03 AM PST Mula dipersembahkan pada bulan Februari tahun lalu, penerimaan yang sangat positif dari penonton Malaysia amat membanggakan tatkala tiket yang terjual ketika dipersembahkan di Istana Budaya sentiasa sold out. Bertitik tolak daripada fenomena tersebut, Hans Isaac selaku pengarah bagi teater Lawak Ke Der telah membuat sekali kejutan dengan melakukan persembahan yang kedua di Istana Budaya tahun lalu. Seramai lebih dari 30,000 penonton telah membanjiri Panggung Istana Budaya sepanjang ia dipersembahkan membuatkan Hans Isaac mengambil peluang tersebut untuk merakamkan ke dalam video untuk disunting menjadi sebuah filem. Menyaksikan kebolehan pelawak kelas A Malaysia seperti Harith Iskander, Nabil Ahmad, Johan & Zizan serta anggota kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik melawak di atas pentas berprestij itu bakal membawa penonton lebih ramai bergelak ketawa di pawagam 7 Mac nanti. Apabila ditanya mengenai belanja yang telah dilaburkan untuk bahagian promosi sahaja, Hans Isaac memberitahu telah habis hampir setengah juta untuk promosi sahaja. "Saya tidak memilih mana-mana rangkaian televisyen ataupun mana-mana medium percetakan untuk promosi filem ini. Saya buat untuk semua stesyen dan tidak pilih bulu kerana peminat yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum bukan hanya datang dari 1 medium massa" Menurut Hans Isaac lagi, jumlah penonton yang disasarkan untuk filem Lawak Ke Der 2 adalah seramai 15 juta. Bagi mereka yang kurang jelas, filem ini bakal divisualkan dari persembahan teater yang berlangsung pada tahun lepas dan bukanlah melakukan penggambaran. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| 2013 Sundance Film Festival — Sedutan Filem Biografi Tidak Rasmi Steve Jobs, jOBS Posted: 24 Jan 2013 08:02 AM PST Walaupun mendapat perhatian ramai sebagai filem biografi pengasas dan ikon Apple pertama yang bakal ke’pawagam, masih tiada sebarang trailer memaparkan sedutan dari filem ini sehingga ke hari ini. Kurang 24 jam, filem jOBS yang memaparkan kisah hidup Steve Jobs dari tahun 1971 sehingga 2000 ini akan membuat kemunculan pertama di Festival Filem Sundance 2013. Filem arahan Joshua Michael Stern ini menyaksikan Ashton Kutcher memikul tugas membawakan watak ikonik Steve Jobs & bakal ke pawagam menemui peminat filem pada 19 April 2013. Klip berdurasi 60 saat di’atas menunjukkan Steve Jobs (Ashton Kutcher) menyakinkan Steve Wozniak (Josh Gad) di tempat letak kereta Hewlett Packard tentang sistem operasi yang baru di’cipta oleh Wozniak. Dalam perkembangan lain, Sony Pictures juga sedang mengusahakan sebuah filem Steve Jobs berdasarkan autobiografi tulisan Walter Isaacson & lakon layar bakal di’karang oleh Aaron Sorkin (The Social Network, The West Wing). © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Nabil Lebih Rajin Selepas Bergelar Bapa Posted: 24 Jan 2013 08:00 AM PST Bergelar bapa lebih kurang dua bulan Nabil dapat merasakan perubahan dirinya setelah kelahiran Naira Mikayla pada 25 November tahun lalu. Bekas pengacara radio SuriaFM ini mengatakan lebih rajin daripada dahulu dan apa yang dilakukan anaklah menjadi keutamaan baginya. “Saya rasa saya semakin rajin setelah bergelar bapa. Bukan mudah menjaga anak yang masih kecil ini dan ini juga merupakan pengalaman pertama saya sebagai bapa” “Contohnya saya belajar mandikan dia, bangun lebih awal untuk menyediakan keperluan anak seperti susu dan sentiasa menjaga kesihatan isteri agar dia sentiasa sihat dan tidak keletihan” Nabil turut memberitahu bahawa pengalaman pertama kali bergelar bapa adalah momen manis yang tidak akan dilupakan dan membuatkan Nabil lebih matang di dalam menguruskan rumah tangga. Ditemui di majlis pelancaran filem Lawak Ke Der 2 baru-baru ini, pihak media sempat bertanyakan kepadanya adakah mahu Naira Mikayla (Mika) mengikut jejak langkahnya sebagai pelawak dan pelakon. Nabil menjelaskan bahawa dia masih belum memikirkan soal tersebut kerana perjalanan hidup anaknya itu masih panjang, apa yang penting saya mahu berikan pelajaran terlebih dahulu kepadanya. “Saya nak dia well educated, saya tidak mahu menjadi seperti saya yang bersandarkan sijil SPM sahaja" “Tentang (menjadi) artis tu biarlah masa yang menentukan,” Ujar Nabil. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.