RotiKaya |
- Google: ‘Gangnam Style’ Raih RM24.3 Juta Untuk Youtube
- Lisdawati Tidak Tahu Menahu, Enggan Campur Tangan Isu Suami & Rita Rudaini
- Zizan Razak: Juliana Evans Ada Ucap Tahniah Kepada Saya
- Awie Kesal Persepsi Negatif Akan Kelab Malam Milik Beliau
- Kekasih Bakal Doktor — Fizo Omar Mengaku Hubungan Sudah Berakhir
| Google: ‘Gangnam Style’ Raih RM24.3 Juta Untuk Youtube Posted: 22 Jan 2013 05:32 PM PST Google dalam satu kenyataan rasmi semalam menyebut yang video Gangnam Style di laman Youtube telah menjana pendapatan US$8 juta (RM24.3 juta) melalui pengiklanan. Pendapatan besar daripada pengiklanan sejak Julai 2012 itu di’kongsi dengan pencipta fenomena Gangnam Style ini. Video Gangnam Style oleh PSY seperti anda tahu berjaya mencipta fenomena di’seluruh dunia sehingga menjadi yang pertama mencecah tontonan melebihi 1 billion — mengalahkan pesaing, Justin Bieber. Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Lisdawati Tidak Tahu Menahu, Enggan Campur Tangan Isu Suami & Rita Rudaini Posted: 22 Jan 2013 05:19 PM PST Keputusan Rita Rudaini & Lisdawati untuk melupakan sengketa lama dan berbaik sekarang ini memang mendapat pujian ramai — tetapi ada satu isu yang masih menjadi tanda tanya peminat. Rita Rudaini telah melarang suami Lisdawati, Fauzi Nawawi untuk berada di’lokasi penggambaran mereka berdua atas sebab sebab yang masih tidak di’ketahui sesiapa. Bercakap kepada Murai hari ini, Lisdawati pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan apa sebenarnya yang berlaku antara suaminya itu & Rita Rudaini ketika ini — juga tidak mahu campur tangan. “Terus terang, saya tidak tahu apa-apa hal mereka. Sebolehnya, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan dikecohkan lagi. Cukuplah” “Saya tidak mahu sebelah mana-mana pihak. Itu antara Fauzi dan Rita. Saya hanya menjalani perkara ini secara profesional,” ujar Lisdawati. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Zizan Razak: Juliana Evans Ada Ucap Tahniah Kepada Saya Posted: 22 Jan 2013 04:49 PM PST Juara bagi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012, Zizan Razak yang bersama dengan kumpulan Jozan gembira tatkala menerima pesanan ringkas dari rakan baiknya, Juliana Evans. “Walaupun Jue tinggal di sana namun dia tidak lupa untuk mengucapkan tahniah sejurus selepas kemenangan saya di MLM (Maharaja Lawak Mega) baru baru ini,” ujar Zizan Razak. Menurut Zizan hubungan dia dan Jue masih seperi biasa cuma jadual yang bercanggah membuatkan masing-masing tiada masa untuk berbual lama. “Saya pun tak tahu waktu tepat di sana sebenarnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan kami memang dah merancang untuk keluar bersama jika balik ke Malaysia jika ada kelapangan” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Awie Kesal Persepsi Negatif Akan Kelab Malam Milik Beliau Posted: 22 Jan 2013 04:37 PM PST Peminat hiburan sedia maklum yang Awie atau nama sebenar beliau Ahmad Azhar Bin Othman telah membuka sebuah kelab malam di Ipoh, Perak beberapa bulan yang lalu. Penglibatan Awie dalam perniagaan hiburan ini bukan sahaja mengundang gossip yang beliau semakin kukuh dalam dunia gangster, ianya turut menerima persepsi negatif tentang ‘rezeki’ dari sumber tersebut. “Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo — kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concord. Untuk sembahyang ke?” Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap & bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau. “Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi — so better stop this stupid question,” tambah Awie yang jelas kesal dengan isu ini. Beliau di’temui media ketika tayangan perdana filem terbaru beliau Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit di ibu kota. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Kekasih Bakal Doktor — Fizo Omar Mengaku Hubungan Sudah Berakhir Posted: 21 Jan 2013 09:15 PM PST Kalau anda masih ingat, sekitar Ogos 2012 yang lalu ada beberapa laporan media yang menyebut akan status Fizo Omar yang mempunyai kekasih bakal bergelar seorang doktor. Agak lama tidak dengar akan kisah peribadi pelakon dan usahawan ini, kesempatan bertemu beliau di pelancaran koleksi baru Levi’s 501 di Bangsar kami gunakan untuk bertanya. “Ohh, itu kisah lama — saya pun sudah tiada cerita untuk di’ceritakan — hubungan kami berdua sudah berakhir berbulan lamanya,” jawab Fizo Omar tentang hubungan dengan kekasihnya itu. “Lagi pun saya dengan dia tidak pernah letakkan apa apa status pada hubungan kami & sebelum ini pun saya ada kata, jika berjodoh adalah” Namun tiada pula jawapan daripada Fizo Omar berkaitan status beliau ketika ini sama ada sudah punyai pengganti atau pun terlalu sibuk menguruskan perniagaan beliau untuk mencari kekasih. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.