RotiKaya |
- Reviu: The Last Stand
- Rozita Che Wan: Ya, Hubungan Dengan Zain Saidin Serius
- Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Gambar Pra Perkahwinan
| Posted: 21 Jan 2013 04:40 PM PST The Last Stand (2013) ialah sebuah filem aksi dark comedy yang menjadi filem Hollywood sulung arahan pengarah Kim Ji-woon dari Korea Selatan yang terkenal dengan arahan filem The Good, the Bad, the Weird (2008) dan I Saw the Devil (2010). Filem ini juga merupakan comeback lakonan Arnold Schwarzenegger sebagai Sheriff Ray Owens, mengimbas semula aksi beliau yang 'keras, kental, kematu dengan dialog yang bersahaja tetapi macho'. Filem ini bermula dengan tenang di sebuah pekan kecil rekaan fiksyen untuk filem ini yang bernama Sommerton Junction, Arizona. Ia merupakan laluan terdekat ke Mexico yang dipisahkan oleh sebuah gaung dan jurang sahaja. Di situ, Owens iaitu bekas polis anti narkotik di Los Angeles, kini bertugas sebagai Sheriff yang menjaga keamanan asas penduduk tanpa masalah jenayah besar-besaran. Owens dibantu oleh beberapa orang lagi polis yang muda remaja iaitu Deputy Jerry Bailey (Zach Gilford) dan Deputy Sarah Torrance (Jaimie Alexander) serta Deputy Mike Figuerola (Luis Guzmán) yang juga sudah polis veteran seperti Owens. Diperkenalkan juga watak-watak tambahan iaitu Lewis Dinkum (Johnny Knoxville) seorang pengumpul koleksi senjata api antik dan Frank Martinez (Rodrigo Santoro) bekas tentera yang kini menjadi pemabuk. Penceritaan awal filem di pekan itu sangat santai dimana suntingan muzik latar sangat minima dengan hanya merakam bunyi persekitaran di lokasi yang damai dan tenteram. Kemudiannya filem ini memperkenalkan konflik yang bakal melanda Sommerton Junction iaitu seorang ketua pengedaran dadah, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) telah berjaya melepaskan diri dari tahanan FBI di Las Vegas. Lantas Cortez diburu oleh pasukan polis yang diketuai oleh Agent John Bannister (Forest Whitaker) sebelum dia berjaya menyeberang ke Mexico. Satu lagi elemen aksi yang menjadi nadi filem ini ialah kepantasan dan kehebatan sebuah kereta berjenama Chevrolet Corvette C6 ZR1 yang dipandu oleh Cortez untuk melarikan diri. Cortez juga menculik Agent Ellen Richards (Genesis Rodriguez) sebagai tebusan. Maka bermulalah aksi kejar-mengejar di antara pasukan SWAT dan roadblocks oleh pihak berkuasa tempatan di sepanjang laluan Cortez. Seterusnya? Anda kena saksikan apakah yang akan berlaku apabila Cortez melalui pekan Sommerton Junction yang menjadi jagaan Owens? Masih mengekalkan pesona seorang hero yang berani mati, Arnold membawa perwatakan yang kelihatan lebih matang dan cool walaupun nampak 'kepenatan' kerana faktor usianya. Bersesuaian dengan jalan cerita, aksi Arnold dibantu oleh beberapa orang sidekicks sebagai helah untuk mengelakkan dia beraksi sendirian di sepanjang filem. Namun begitu, perhitungan terakhir di antara Owens dan Cortez masih memberikan ruang kepada Arnold untuk bertumbuk secara fizikal yang menjadi trademark seorang hero one-man show seperti filem filem terdahulunya. Arahan oleh Kim Ji-woon masih cuba mengekalkan aksi tembak-menembak serta babak pergaduhan yang ganas dan mencemaskan seperti arahan filem-filem Korea beliau. Walaupun secara peribadi saya merasakan bahawa filem ini lebih 'jinak' berbanding arahannya yang sebelum ini, Kim berjaya menggabungkan acuan Hollywood dengan beberapa babak dramatik untuk seketika. Filem ini mengangkat persepsi skeptikal kuasa FBI terhadap pihak berkuasa tempatan yang dianggap kurang penting dalam membantu kes pelarian seorang penjenayah. Seperti peribahasa 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya' watak Sheriff Ray Owens membuktikan bahawa dia masih mampu menjadi 'buaya' tua yang bertenaga. Sesuai dengan judul filem ini The Last Stand, Owens ialah taruhan terakhir untuk menghadang Cortez yang digambarkan sangat hebat dengan panduan keretanya yang sangat laju dan moden! \ Saya teruja menonton babak kejar-mengejar kereta di antara Owens dan Cortez dalam ladang jagung yang seolah menggantikan kuda sebagai tunggangan untuk filem koboi. Filem ini juga menyuntik suasana dan dialog komedi yang bersahaja dalam situasi genting pertarungan pihak Owens dengan kumpulan pengganas yang diketuai oleh Burrell (Peter Stormare). Sungguhpun kadangkala perjalanan ceritanya mudah dijangka dan klise, namun ia masih sebuah filem yang mampu menghiburkan seandainya anda peminat tegar Arnold Schwarzenegger atau penggemar filem-filem aksi sebegini. Kesimpulan: The Last Stand sudah tentu hanyalah sebuah filem bertih jagung komersial yang ringan tetapi begitu mendebarkan penontonan saya seperti menyaksikan perlumbaan kereta yang diadun dalam dunia pertempuran senjata api serta aksi gusti WWE, dengan itu saya berikan 4 ROTIKAYA. © Ajami Hashim for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Rozita Che Wan: Ya, Hubungan Dengan Zain Saidin Serius Posted: 21 Jan 2013 04:20 PM PST Ya, akhirnya ada kenyataan dari pihak yang satu lagi tentang perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang menjadi bualan ramai sepanjang hujung minggu lalu. Rozita Che Wan hari ini berkata kepada Utusan Malaysia mengakui yang hubungan beliau & Zain Saidin kini sememangnya serius tetapi belum sampai ke tahap merisik atau bertunang. “?Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya” Namun, Rozita Che Wan turut berkata yang beliau kini masih sibuk dengan dunia lakonan dan tiada masa untuk memikirkan akan perkahwinan — tetapi tidak menolak jodoh dengan Zain Saidin. “Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Gambar Pra Perkahwinan Posted: 20 Jan 2013 06:30 PM PST Ah tidakkah anda suka gambar pra perkahwinan selebriti — pasti akan menjadi bualan ramai peminat sementara mereka menanti tibanya tarikh perkahwinan sebenar mereka. Kurang dua minggu daripada sekarang, Liyana Jasmay & tunang Fathudin Mazlan bakal mengikat tali perkahwinan selepas lebih setahun berkenalan. Pasangan ini bertunang pada 28 Mac 2011 yang lalu sebelum Liyana Jasmay terbang ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus pendek & kini pulang untuk berkahwin. Heh. BACA: Liyana Jasmay Bakal Berpindah Ke Sabah Selepas Kahwin Majlis pernikahan Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan akan berlangsung 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur & resepsi perkahwinan pula bakal berlangsung pada hari yang sama. Berikut merupakan beberapa keping gambar pra perkahwinan pasangan ini yang di’hasilkan pasukan jurugambar professional, Candid Syndrome untuk tatapan anda semua. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.