RotiKaya |
- Selepas Kontroversi Anak — Norish Karman Rampas Suami Kawan Sendiri?
- Kahwin Tidak Lama Lagi? — Michelle Yeoh Rancang Majlis Perkahwinan Di Ipoh
- Aizat Amdan Rasa Tidak Layak Dalam Bidang Lakonan
- Ingin Bernikah Cepat — Diana Amir Akan Tinggalkan MIG Selepas Kahwin?
- Tiada Persengketaan Di Antara Yuna Dan Uji Rashid
- Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Pengurusan TV3 Jawab Dakwaan Gugur Uji Rashid
| Selepas Kontroversi Anak — Norish Karman Rampas Suami Kawan Sendiri? Posted: 20 Jan 2013 06:48 PM PST Oh Norish Karman, kalau betul gossip yang di’bawakan dalam Berita Harian hujung minggu lalu, memang tidak akan berkesudahan drama dalam kehidupan aktress ini. Wartawan Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar menulis yang beliau menerima khabar berkaitan Norish Karman yang merampas kebahagian sebuah keluarga dengan menggoda si suami. Kisahnya, Norish Karman telah berpantang di rumah seorang kenalan untuk menyorok kelahiran Muhammad Haq Lutfie Alexander yang di’lahirkan sekitar September lalu daripada pengetahuan umum. Namun, budi baik kenalan yang menjaga diri Norish Karman sepanjang berpantang tidak di’hargai sebaiknya — aktress ini di’khabarkan telah merampas suami beliau & memusnahkan rumahtangga yang di’bina. Pasangan suami isteri itu telah berpisah kerana si suami mahu meneruskan hidup bersama Norish Karman & mereka kini semakin intin bersama. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Kahwin Tidak Lama Lagi? — Michelle Yeoh Rancang Majlis Perkahwinan Di Ipoh Posted: 20 Jan 2013 06:32 PM PST Nampaknya pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh khabarnya sudah bersedia untuk menamatkan zaman solo tidak lama lagi. Perkara ini menjadi bualan ramai peminat selepas beberapa laporan media di internet menyebut yang Michelle Yeoh bersedia untuk melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman beliau. “Saya sedang berfiir bagaimana untuk melangsungkan upacara khas untuk perkahwinan saya nanti,” kata kata Michelle Yeoh yang di’petik media. Pelakon berusia 50 tahun ini khabarnya berhasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Ipoh, Perak kerana bapa beliau yang mengalami kesukaran untuk bergerak jauh di usia 87 tahun kini. Rancangan Michelle Yeoh ini di’kongsikan dengan semua wartawan yang hadir pada tayangan perdana filem dokumentari bertajuk Pad Yatra: A Green Odyssey yang beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh bagaimana pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Aizat Amdan Rasa Tidak Layak Dalam Bidang Lakonan Posted: 20 Jan 2013 04:34 PM PST Penyanyi, Aizat Amdan yang pernah membintangi filem Istanbul Aku Datang memberitahu dia tidak mahu fokus dengan bidang lakonan selepas ini kerana merasakan ada orang lain yang lebih layak untuk berlakon. “Saya rasa ada orang yang lebih bagus dan layak berlakon daripada saya yang sekadar mencuba nasib di dalam bidang lakonan” “Pada saya eloklah jika watak tersebut diberikan kepada pelakon yang sememangnya belajar mengenai lakonan berbanding saya yang lebih kepada nyanyian” Ujar Aizat lagi, dia kini sedang sibuk menyiapkan album penuhnya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Di dalam album tersebut terdapat 12 lagu dan kebanyakkan dari lagu tersebut ditulis olehnya. “Apa yang pasti di dalam album saya nanti terdapat banyak kejutan dan saya cipta lagu untuk peminat sama-sama enjoy dengan saya di atas pentas — tiada lagi lagu syok sendiri,” ujar Aizat Amdan. Aizat turut memberitahu usia yang semakin meningkat banyak mendewasakan pemikirannya dari segi mencipta lagu. “Jika dulu banyak lagu yang saya cipta ikut halwa telinga saya sahaja namun untuk lagu dalam album baru saya banyak mengenai kisah kehidupan dan lebih dewasa” Menurut Aizat, persiapan albumnya sudah hampir 60 peratus siap dan dia sendiri tidak sabar untuk memperdengarkan kepada peminatnya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Ingin Bernikah Cepat — Diana Amir Akan Tinggalkan MIG Selepas Kahwin? Posted: 20 Jan 2013 04:08 PM PST Sah menjadi tunangan Mohd Habib Bullah pada September lalu, Diana Amir mengharapkan agar pernikahannya berlangsung cepat. Walaubagaimanapun, Diana lebih gemar jika kisah peribadinya tidak terlalu didedahkan kepada umum. “Saya taknak terlalu terbuka pasal pertunangan. Takut kalau tak jadi, saya dan keluarga juga yang akan malu” “Majlis nikah belum ditetapkan lagi bila. Tapi kalau cepat lebih elok. Kalau ada jodoh, InshaAllah kami akan berkahwin” Ditanya samada akan berhenti dari bidang lakonan setelah dirinya bergelar isteri, Diana menjawab, “saya akan teruskan lakonan selagi ianya tak memalukan saya dan keluarga. So far tunang ok — kalau saya ada buat silap, dia (tunang) ada menegur” Diana masih aktif dalam lakonan seperti biasa. Cuma kadangkala kurang naskah yang bersesuaian dengan dirinya, sedikit membataskan diri beliau untuk berlakon. “Kebanyakkan skrip tak sesuai dengan imej Diana sekarang. Diana memang ada perancangan untuk menulis skrip. Memandangkan skrip yang berunsur Islamik tidak banyak sekarang ni. InshaAllah satu hari nanti. Masih lagi dalam perancangan” Ini yang terbaru sampai ke telinga kami, Diana Amir dikhabarkan bakal meninggalkan syarikat MIG tidak lama lagi. Dalam erti kata lain nya, menarik diri. Mungkin Diana dapat tawaran yang lebih baik untuk dirinya. Untuk pengetahuan, Diana telah menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama MIG. Walaubagaimanapun jika tidak silap perkiraan kami, kontrak Diana masih berbaki 2 tahun. Setakat ini kami belum lagi dapat mengesahkan kesahihan berita ini. Apa pun, kami akan mendapatkan Diana Amir nanti bagi menjelaskan perkara tersebut. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tiada Persengketaan Di Antara Yuna Dan Uji Rashid Posted: 20 Jan 2013 03:47 PM PST Yunalis Zaraai yang balik ke Malaysia untuk meraikan kejayaan beliau dan Aizat di AJL 27 baru-baru ini memberitahu pihaknya menjemput Uji Rashid ke kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Aizat malam semalam. Memberitahu pihak wartawan, Yuna yang ditemui anggun berbaju kurung biru nyata terkilan dengan isu yang dibangkitkan mengenai kejayaan lagunya "Terukir Di Bintang" setelah penyanyi veteran itu disingkirkan dari membawakan lagu tersebut. Dia turut memberitahu bahawa ada menjemput Uji Rashid untuk sama-sama meraikan kenduri kesyukuran tersebut namun ditolak baik oleh Uji kerana terdapat persembahan yang perlu dipenuhi. “Saya ada menjemput kak Uji untuk malam ini namun dia tidak berkesempatan untuk datang kerana ada show pada hari yang sama” “Hubungan saya dan Kak Uji yang juga merupakan idola saya sejak kecil lagi baik sahaja, tiada persengketaan antara kami kerana isu tersebut bukanlah datang dari saya” Yuna yang berusia 27 tahun ini turut memuji penyanyi veteran tersebut mempunyai suara yang klasik dan dia amat berbersar hati jika diberikan peluang untuk bekerjasama dengan beliau untuk masa akan datang. Walaupun pelbagai spekulasi dan andaian yang diberikan dari pelbagai pihak, Yuna ternyata begitu positif di dalam menangani isu yang datang kerana padanya karier seninya yang kini semakin meningkat di Amerika Syarikat perlu diberi perhatian penuh. “Saya baru sahaja menandatangani perjanjian bersama rekod label dibawah David Foster dan kini sibuk di studio rakaman oleh yang demikian masa saya banyak dihabiskan di sini” Bagi mereka yang mungkin tidak tahu, Yuna turut meminjamkan suaranya untuk lagu tema bagi filem animasi Dreamwork berjudul The Croodz. Antara kejayaan yang patut dibanggakan untuk anak muda seperti Yuna! Tahniah diucapkan kepada beliau. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Pengurusan TV3 Jawab Dakwaan Gugur Uji Rashid Posted: 20 Jan 2013 07:01 AM PST Kalau anda terlepas menonton Melodi edisi 20 Januari 2013, ini merupakan rakaman video liputan rancangan hiburan tersebut akan jawapan pihak pengurusan TV3 terhadap isu yang menjadi bualan ramai. Uji Rashid dalam kenyataan kepada media baru baru ini berkata beliau terkilan dengan pihak penganjur Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang menyingkirkan dirinya dari menggantikan Yuna. Tempat beliau di’ganti oleh Aizat Amdan di saat akhir & ini menimbulkan rasa tidak puas hati di hati Uji Rashid — dan ini jawapan pihak pengurusan TV3, pengarah muzik Dato’ Ramli MS & pihak pengurusan Yuna. Di’harap dengan penjelasan semua pihak yang terlibat ini akan tamatkan kontroversi yang melanda — boleh kita beralih fokus ke isu lain pula. Okay. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.