RotiKaya |
| Lahir Awal Tiga Minggu — Dato’ Dr Sheikh Muszaphar & Isteri Sambut Anak Kedua Posted: 19 Jan 2013 05:16 AM PST Dr. Harlina Mohd Yunos, isteri kepada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di’khabarkan telah selamat melahirkan anak kedua pasangan ini pada 7.53 malam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Berita gembira ini di’sampaikan sendiri oleh pembantu peribadi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar kepada pihak media awal malam ini. Maklumat yang di’sampaikan turut menyebut yang kelahiran bayi kedua pasangan ini awal tiga minggu dari yang di’jangkakan sebelum ini iaitu sekitar Februari 2013. UPDATE-1: It’s baby girl! Ini merupakan anak perempuan kedua pasangan ini selepas kelahiran puteri sulung mereka, Sophea Isabella yang kini sudah berusia 17 bulan. Sebarang maklumat lanjut akan kami sampaikan di’sini secepat mungkin & tahniah buat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar & Dr. Harlina Mohd Yunos! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Sedang Buat Persiapan — Rozita Che Wan & Zain Saidin Bakal Kahwin Tahun Ini Posted: 18 Jan 2013 10:39 PM PST Ya, anda tidak salah baca & bukan gimik atau gurauan di’hujung minggu — nada Zain Saidin memang serius akan hubungan beliau dengan Rozita Che Wan ketika dan bersedia untuk berkahwin. “Saya dan Rozita (Che Wan) memang serius — kalau ada terdengar gosip akan Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain Saidin kepada GUA baru baru ini. “Kalau ada rezeki & jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” tambah Zain Saidin menjawab sejauh mana hubungan beliau dengan Rozita Che Wan selepas insiden komen penuh romantis di Instagram. Ini merupakan satu perkembangan yang menarik kerana ramai anggap hubungan Zain Saidin & Rozita Che Wan tidak seserius mana tetapi hari ini jejaka berdarah kacukan ini siap mengaku yang mereka bakal berkahwin. Semoga apa yang di’rancangan mereka berdua bakal menjadi kenyataan — kalau sudah ada tarikh yang tetap jangan lupa beritahu kami. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.